01

863 47 0
                                    

TANGAN diseluk ke dalam poket seluar. Telefon bimbit dikeluarkan sementara menunggu penyambut tetamu mendaftarkan namanya ke dalam sistem mereka.

“Encik Irfizzad.”

Jad angkat kepala apabila mendengar namanya dipanggil.

“Ini kunci bilik. Encik boleh naik tingkat tiga.” Senyuman manis terukir pada bibir gadis penyambut tetamu.

Kunci bilik bertukar tangan. Kata terima kasih diucapkan lantas dia beredar dari situ. Sambil melangkah, kunci dimasukkan ke dalam poket seluar.

Satu persatu anak tangga dipanjat menuju ke destinasi. Tidak sabar untuk dia jatuhkan badan di tilam empuk. Badannya sedikit sengal, dia mahu pejamkan mata dan berehat daripada seharian bekerja.

B-03. Melihat nombor yang tertera, tangan diseluk ke dalam poket untuk mengeluarkan kunci dan dilayangkan pada paparan sensor di pintu.

Pintu terus ditolak apabila lampu sensor bernyala hijau dan Jad melangkah masuk. Dahinya berkerut tatkala mata melihat ruang kamar yang nampak pelik. Tetapi dia tetap melangkah.

Beberapa tapak ke depan, kakinya terus kaku. Jantungnya berdegup kencang.

Jelas di depannya kini seorang wanita separuh bogel sedang tidur di atas katil dalam bilik tersebut. Pakaian berselerakan di kaki katil dipandang. Jad telan liur. Sekejap-sekejap dia menoleh pada sekujur tubuh di atas katil berselang dengan pakaian di bawah.

Matanya jatuh pada sepasang kaki yang panjang. Begitu juga pada bahu yang terdedah. Jad tegakkan tubuh. Setapak kakinya berundur ke belakang. Saat itu juga tubuh wanita itu bergerak-gerak.

Pantas Jad pusingkan tubuh membelakangi katil. Dia tidak boleh berlama di sini. Situasi ini amat bahaya buatnya. Namun sebelum sempat dia melangkah ke pintu, ketukan bertalu-talu di luar sana menghentikan langkahnya.

Mana yang lebih bahaya, di luar sana atau yang di dalam sini?






JadxAlly
🌹

Dia SebenarnyaWhere stories live. Discover now