"Tapi kau kena ingat. Baik tak semestinya 'baik'." Suara Razin bertukar datar. Renungannya juga bertukar tajam. Dia sedang cuba membaca bahasa tubuh rakan sendiri. Tubuh dibawa bersandar. Jangan pandang orang dari segi luaran. Itu prinsipnya.

Sekali lagi Jad membuang pandang. Telunjuk kanannya bermain di atas paha. Memikirkan kata-kata Razin.

Baik tak semestinya 'baik'.





TEKAK yang terasa kesat buatkan mata Ally celik sedikit demi sedikit. Dia kehausan. Badannya terasa lenguh. Perlahan-lahan tubuhnya bangkit menuju ke dapur. Air masak diteguk rakus.

Uhuk!

Dia terbatuk lalu tangannya naik mengelap air yang tiris di hujung bibir. Batuk kecil kedengaran lagi. Tekaknya sedikit perit. Ally tercungap-cungap mencari nafas.

Jam di dinding dikerling. Sudah jam 6.35 petang. Hampir satu hari dia tidur. Dia hanya bangun untuk makan roti bersapu nutella pada waktu tengah hari dan sambung tidur semula selepas itu.

Sunyi. Itu yang dia rasakan sekarang. Ally masuk semula ke dalam bilik dan cermin solek menjadi tatapannya. Kalau diingatkan kejadian lepas, gerun dia memikirkan Jad yang bertukar bengis. Habis seluruh badannya sakit akibat perbuatan Jad.

Tali halus diturunkan melepasi bahu, tangannya naik menyentuh pada tulang selangka. Merah kebiruan. Perlahan-lahan dielus bahagian itu. Sungguh, sakitnya masih lagi terasa.

Kalaulah Jad tidak dapat mengawal diri, entah apa nasibnya. Pasti lagi teruk daripada apa yang dia dapat semalam. Perasaan gerun menyelinap di dalam hati pada saat ini. Lelaki itu tidak boleh dibuat main. Pergelangan tangannya ditekan, masih ada lagi kesan merah. Hasil pergelutannya dengan Jad.

"Ally!"

Ally tersentak. Suara dan bunyi pintu yang ditutup secara kuat mengejutkannya. Dia berpaling lantas melihat Jad yang berdiri di daun pintu.

"Makanan atas meja." Begitu sahaja Jad berlalu pergi tanpa menunggu kata balas.

Rumah yang bergelap membuatkan dahi Jad berkerut. Memikirkan di mana Ally berada buatkan dia sedikit cemas walau pada dasarnya dia tidak ingin pedulikan wanita itu. Keadaan Ally yang sebegitu, tidak memungkinkannya untuk bangun apalagi memasak. Jadi, dia dengan mudah membeli makanan buat 'teman rumahnya'. Dia masih punyai hati perut.

Ally betulkan tali baju dibahu. Entah bila lelaki itu pulang, dia tidak sedar. Ruang tamu juga sudah terang benderang, menandakan lampu sudah dibuka. Lambat-lambat dia berjalan keluar. Dilihat dua bekas plastik polistirena sudah berada di atas meja. Tiba-tiba perutnya lapar.

Tanpa bicara, Ally duduk di island bar dan makanan diambil. Sudu dibenamkan lantas nasi disuap ke dalam mulut. Nasi yang masih panas buatkan seleranya terbuka.

Mata Jad mengerling pada Ally yang sedang menjamu selera. Wanita itu diam tanpa ada rasa mahu menegurnya.

Jad bangun lalu kakinya menuju ke tempat Ally. Punggungnya berlabuh di berhadapan wanita itu. Dia juga mahu menjamu selera. Sesekali matanya melirik pada tubuh Ally yang terdedah. Singlet dan short pants.

Tulang selangka lebam, pergelangan tangan juga memerah, dia agak pasti ada lagi anggota tubuh lain yang lebam.

"Makan." Ally angkat wajah tatkala perasan akan dirinya yang diperhatikan.

"Hmmm..." Jad menggumam. Matanya masih lagi naik pada pergelangan tangan Ally.

"Ingatkan tak datang." Ally sambung kata. Nasi goreng tomyam di sumbat masuk ke dalam mulut.

Jad masih lagi diam. Nasi dikuis-kuis. Mendengar suara Ally buatkan dadanya berombak kembali. Nampaknya kemarahan semalam masih belum benar-benar surut. Mungkin hari ini jika tersalah langkah, pasti Ally bakal dapat habuan lagi.

Suasana rumah sunyi. Ally biarkan sahaja Jad. Dia takut untuk buka mulut. Khuatir jika dia diapa-apakan lagi. Trauma semalam masih belum hilang.

"Kenapa?" Jad menyoal apabila Ally mengurut pergelangan tangannya.

"Tangan sakit." Pergelangan tangannya diusap.

"Sakit sikit je. You yang cari pasal." Apa yang diperhatikan, Ally ini memang daring. Main redah dan buat sesuka hati.

Ally diam namun matanya tetap naik melihat wajah beku sang suami.

"You dah kira kejam buat I macam ni. Lebam badan I. Ini, ini." Kesemua anggota lebam pada tubuh ditunjuk. Dia jadi bengang dengan bicara Jad.

"You yang lembik." Sinis ucapannya. Dia tidak kisah dengan lebam yang sedikit pada tubuh Ally. Hatinya lagi sakit daripada itu.

Ally terdiam.

"I tak nak you keluar rumah buat masa ni." Jad bangun usai menghabiskan makanan. Aura negatif terasa antara mereka.

"You nak kurung I dalam ni?" Dahi Ally berkerut-kerut.

"Suka hati I. Rumah I." Bukan dia mahu mengurung, tetapi dia mahu Ally tidak terlalu berada di luar. Khuatir jika ada perkara buruk yang berlaku lagi-lagi selepas rakaman Ally tersebar padanya.

"Tak nak! Kenapa you nak kurung I?" Dia gelisah. Apa yang Jad fikirkan. Inikah lelaki yang dia fikir mampu membantunya?

"You untung I tak buat apa-apa pada you. Apa yang you buat pada I sangat teruk. Teruk. Apa yang you dapat di badan you tu sikit je." Mata Jad membuntang. Telunjuknya naik ke tubuh Ally.

"I masih marah dan you jangan nak buat hal kalau you tak nak I buat macam semalam." Bicara kasar Jad bersambung. Wajahnya cukup tegang menunjukkan amarah yang meluap-luap. Cukulah dia kasari tubuh Ally semalam. Sekilas pandang dia ternampak lebam kecil yang terdapat di dagu Ally. Muncul secara tidak sengaja mungkin.

"Tapi I tak nak duduk di rumah." Ally geleng kepala. Hanya lelaki ini yang dapat akses padanya. Dia sudah jadi tawanan Jad.

Jad cekak pinggang. Di mana agaknya akal Ally terletak?

"I tanya you, duduk di luar atau dalam rumah ni yang lagi selamat? You nak berfoya-foya di luar? Hah? Nak buat video lain?!" Jad kembali berlahar. Dadanya berapi dengan soalan sendiri. Wajah Ally ditatap dalam. Wajah itu cantik tetapi pemikiran cetek.

Ally kaget. Dia mengaku Jad yang di depannya ini mampu buatkan dia dalam ketakutan. Soal rakaman itu juga buat dia bertambah takut. Biarlah dia ikut kata lelaki ini.

"Okey. I ikut cara you." Dia malas mahu berbalah. Lebih baik dia berehat dan tenangkan diri.

"You duduk je dalam rumah ni. I bukan nak kurung you lama pun." Rambut disebakkan ke belakang. Kusut.

Ally diam memikirkan kata-kata Jad.

"I nak rehat." Ujar Ally perlahan. Dia tiada mood hari ini. Lama-lama jika dia berbalah dengan Jad, kepalanya akan sakit.

Jad biarkan Ally yang berlalu pergi. Dia sendiri tidak mampu tidur sejak semalam. Jad duduk semula di atas sofa lalu kepala didongakkan memandang kipas yang berputar laju. Pelipis ditekan kuat. Kenapa mesti Ally? 












Hah, cemana perasaan sekarang?

Dia SebenarnyaWhere stories live. Discover now