"Aku dah cakap, aku tak sengaja." Violet geram.

  'Kau datang dari keturunan mana? Aura kau sangat berbahaya! Grr....' Suara itu menderam marah.

  "Aku-" Violet terhenti kata. Dia teringat sesuatu. "Kau adalah guardian beast milik keturunan Puteri Pahlawan Malam sebelum aku?" teka Violet.

  'Kau keturunan itu?'

  Mata Violet meliar memerhati sekeliling.

  Tiba-tiba muncul satu cahaya di hadapan Violet. Violet yang tertanya-tanya terus menyentuh cahaya itu tanpa berfikir panjang.

  Dan satu kelibat kecil muncul di hadapannya.

  Dahi Violet berkerut.

  Seekor pegasus bersaiz kecil persis anak kucing terbang di hadapannya. Tanduk kecil itu bersinar dalam gelap.

  'Kau adalah pewaris tuan puteri?'

  Violet mengangguk, perlahan-lahan. Disebabkan dia mula berasa lenguh, Violet duduk bersila di atas... Lantai? Tanah? Dia tidak tahu.

  Pegasus kecil itu terbang dan duduk di riba Violet. Dia memandang ke hadapan, kelam yang dapat dilihat.

  'Aku adalah seekor guardian beast berbentuk pegasus milik Tuan Puteri Diandra. Sebelum dia terkorban dalam sebuah peperangan, dia telah meletakkan aku dalam hutan ini. Dialah yang membina tempat ini dengan kuasanya. Sebaik sahaja dia dikhabarkan mati, aku mengurung diri dalam tempat ini.

  Aku tidak bertemu lagi dengan guardian beast milik Tuan Puteri Alexa. Aku tahu, dia menjadi tonggak utama Kerajaan Diamond. Tapi aku kecewa dan terkilan kerana aku kehilangan Tuan Puteri Diandra.

  Tidak lama kemudian, aku mendengar berita kehilangan Tuan Puteri Alexa. Apa yang aku tahu, guardiannya juga dibawa pergi.

  Dan aku bersendirian dalam hutan yang hampir musnah ini. Beberapa guardian beast yang masih hidup mula membina kehidupan baru dengan harapan agar kembalinya keturunan puteri.

  Dan kini, kau kembali. Walaupun kau anak Tuan Puteri Alexa, kau mengambil alih peranan Tuan Puteri Diandra, iaitu roda kehidupan. Manakala kembar kau mengambil peranan Tuan Puteri Alexa.

  Apa yang membezakan kembar kau dan Tuan Puteri Alexa adalah Tuan Puteri Alexa merupakan permulaan bagi segala-galanya dan kembar kau adalah penamat peperangan.

  Kau? Akan memenuhi takdir seorang puteri, memenuhi takdir asal Tuan Puteri Diandra. Kau... Sangat menyerupai Tuan Puteri Diandra.

  Aku harap sangat kalian berdua akan mengakhiri segalanya.'

  Violet memandang pegasus kecil dalam ribaannya. "Maksud kau? Kami akan terkorban juga?"

  'Aku tak tahu..'

  "Kalau aku dan Rien terkorban, keturunan ini akan tamat begitu sahaja?" soal Violet.

  'Ya.'

  Violet terkedu.

  'Jangan risau, tamatnya peperangan ini bermakna tamatnya segala konflik. Dunia ini akan terus aman.. Mungkin? Tapi jikalau ada lagi konflik, itu adalah tugas orang lain. Tugas Puteri Pahlawan Malam hanyalah mengakhiri peperangan syaitan sahaja.'

  Tangan Violet mengusap lembut kepala pegasus itu. Tanduk kecil itu disentuh. "Siapa nama kau?"

  'Qinny.'

  "Cini?" Violet mengerutkan dahi.

  'Qinny...' Pegasus kecil itu membetulkan sebutan Violet. Cara menyebutnya adalah Cinni. 'Panggil sahaja aku Qin.'

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now