03

3.3K 238 17
                                    


ALLY lontarkan tubuh ke katil. Bosan menonton TV, dia masuk ke dalam bilik.

Matanya merenung kipas yang ligat berputar. Selalunya aircond dibuka. Tetapi tidak hari ini. Rosak rasanya bila beberapa kali butang on off ditekan, tiada udara sejuk yang dirasakan. Sudah dua minggu dia duduk di kondo Irfizzad ini.

Kedua-dua tangannya naik pada tengah dada. Merasai detak jantung. Matanya dipejamkan seketika.

Dup dap.

Dup dap.

Dup dap.

Normal. Tiada apa yang lain. Bermakna dia masih hidup dengan baik. Aturan nafasnya tenang. Tidak mengah seperti sebelum ini.

Ally buka matanya. Fikirannya jauh menerawang. Memikirkan sesuatu.

Ir.fiz.zad

Jad.

Perlahan nama itu meniti di bibirnya. Ditekan kuat tangan di dada. Kali ini detak jantungnya tetap normal. Nama itu diulang sebut lagi. Mengapa tidak hatinya berdegup kencang saat nama itu berlegar di kepala?

Ally geleng kepala laju-laju. Ah! Mengapa perlu dia ingat. Baguslah jika begini. Menyusahkan saja jantungnya nanti mahu bekerja lebih masa.

Dia hela nafas. Saat ini, wajah Jad muncul di ruangan mata. Wajah tegang itu kadangkala buatkan dia cuak. Sungguh.

Bibir diketap. Kepalanya digeleng, cuba menghapuskan bayangan yang hadir. Dia kena kuat.

Perutnya tiba-tiba berbunyi. Pagi tadi hanya roti bakar dan bijirin sahaja yang dia sentuh. Cuaca panas buatkan bibirnya pecah lantas buatkan seleranya merudum. Apatah lagi dengan Jad yang makan bersama. Dua kali ganda seleranya hilang.
Bicara bisu mereka tadi buatkan dia gelisah. Nampak sangat lelaki itu hanya bersahaja tanpa menghiraukannya.

Tubuh diangkat. Sudah petang. Perutnya lapar. Nak masak, dia malas. Baik oder makanan sahaja.

Ally turunkan kaki ke lantai. Beberapa tapak melangkah, tubuhnya terhenti. Keluhan dilepaskan saat tubuh membongkok mengambil baju lelaki yang bersepah. Tuala yang tidak disangkut dengan betul juga diambil. Dimasukkan ke dalam bakul. Katil dikemaskan sedikit.

Telefon pintar diambil, mahu membuat tempahan. Namun bunyi loceng di pintu membuatkan niatnya terbantut. Segera Ally bergerak apabila telinganya makin sakit dengan bunyi loceng yang membingitkan.

Dan dia tidak terkejut saat pintu terbuka. Tanpa kata, tubuh itu masuk melepasi dirinya. Ally berdecit.

“Nak apa?” Soal Ally.

“Tak boleh datang ke?” Soalan balas daripada Jad. Kondo ni dia yang punya dan dia tak suka bila Ally sudah berlagak lebih daripada tuan rumah.

Ally kalih pandang. Dipandang belakang tubuh Jad sebelum pintu ditutup semula. Langkahnya tertuju ke ruang tamu. Baru pergi tadi dah muncul balik.

“Masak hari ni? I lapar.” Jad henyak punggung di atas sofa. Dia tidak kisah dengan soalan tidak berbalas oleh Ally. Entah mengapa pemanduannya tertuju ke sini. Lagi pula dia tidak tahu hendak ke mana. Kepalanya lebih banyak berfikir tentang isterinya ini. Walau sudah banyak kali dia cuba melupakan, tetap juga sama. Sampai dia sendiri sakit kepala.

“I tak masak. Baru nak oder.” Telefon pintar di tangan diangkat malas.
Jad picingkan mata.

“You tak masak?” Pelik. Setiap kali dia datang ke sini, pasti ada makanan yang tersedia. Sudah cukup untuk mengenyangkan perutnya.

“Tak. Kalau you nak makan, I boleh oderkan sekali.” Ally menawarkan bantuan. Berdiri tidak jauh dari Jad. Malas mahu berlawan kata.

“I nak you yang masak.” Mata Jad menyorot pada Ally yang berada di depannya. Pada sepasang kaki panjang itu, naik pula pada bahagian atas tubuh yang tersarung t-shirt besar.

Dia SebenarnyaWhere stories live. Discover now