" Perempuan pembawa malang tu lah yang dah selamatkan Atiqa. Perempuan pembawa malamg tu lah yang mengutamakan kebahagiaan orang lain walau dia tersakiti. Perempuan pembawa malang tu bukan pembawa malang, tapi keegoan dan kerakusan kamu yang memalangkan perempuan kiriman Tuhan tu," kata Doktor Zafwin yang tiba tiba muncul.

Dia membawa satu fail tebal. Fail itu dilempar tepat atas meja coffee hospital tempat dimana Datin Emelie dan Dato Mustaphar duduk.

Aurora Arabella

Mereka segera membuka fail itu. Keselurahan kertas kertas menunjukkan keadaan Arabella beberapa tahun lepas. Dato Mustaphar memejam matanya. Dia mahu menolak takdir jika diberi kuasa.

16 Jun 2010 : Kerosakkan hati. Tiada pembedahan dijalankan

8 July 2010: Leukemia tahap 2. Tiada pembedahan dan rawatan di teruskan.

12 September 2015: Leukemia Tahap 3+. Tiada rawatan dijalankan. Separuh organ dalaman rosak.

8 September 2018: Leukemia Tahap 4. Keseluruhan organ dalaman rosak. Pemindahan hati dan buah pinggang kiti kepada Atiqa Amylia binti Dato Mustaphar.

30 November 2018: Kerosakkan seluruh organ dalaman. Sel kanser semakin merebak. Kesan patukan ular tedung di pergelangan kaki kiri. Dijangka turut terdedah kepada baja dan racun. Kesan tikaman pada pergelangan tangan sedalam 4 cm

Datin Emelie menggengam erat fail itu. Tubuhnya segera dipeluk oleh Dato Mustaphar. Atiqa, Arwish dan Zafriel hanya terkaku. Tidak mungkin.

Air mata mengalir di pipi masing masing. Doktor Zafwin hanya memandang sinis terhadap mereka. Akhirnya kegeramannya selama ini telah dapat diungkap.

"Buat apa menangis? Baru nak menyesal?" ujarnya sinis. Sekarang dia tidak lagi bercakap sambil memegang jawatan doktor. Dia berbicara sebagai seorang anak kepada kawan baik Dato Mustaphar dan abang kepada Zafriel dan yang lain.

"Bella dah lama terseksa. Atiqa tidak sakit sebenarnya. Semua penyakit yang saya jelaskan adalah sesuatu yang dihidap oleh Arabella. Atiqa cuma mengalami kerosakkan hati dan buah pinggang kecil namun dapat memudaratlan jika permakanan tidak dijaga. Arabella yang menyuruh saya merahsiakan semua ini. Tiada rawatan dijalankan kerana dia sibuk mengumpul duit untuk membiayai kos pembedahan dan juga menjaga makan pakai Datin Emelie dan Atiqa sewaktu diambang kemiskinan dahulu," jelasnya panjang lebar.

Datin Emelie sudah menundukkan mukanya. Malu! Malu kerana gagal menjadi seorang ibu yang sepatutnya melindungi anaknya. Ibu yang sepatutnya bekerja demi keselesaan anaknya.

Ara! Sumpah ibu menyesal. Arabella yang kuat ya nak! Rayunya.

****

Zafriel berlari menuju ke rooftop hospital. Disitu dia menghamburkan segala tangisan. Dia sudah cukup melukakan hati Arabella yang dari mulanya memang terluka.

Zafriel segera mengambil telefonnya lalu menelefon Erynn. Dia nekad.

Hello Erynn

Hello sayang! Dah sampai?

Ye. Saya nak cakap
something.

Cakap jelah. Start
bila awak minta
izin ni?

Kita putus. Titik

Zafriel dengan segera terus mematikan panggilan. Dia dari dulu memang tiada perasaan terhadap Erynn. Dia masih sayangkan Arabella hingga kini.

Ting!

From: Erynn
Hai Zafriel. Saya tahu awak akan putuskan saya. Maafkan saya sebab rampas awak dari Arabella. Semua ni kerja Nasuha yang ugut saya. Saya tahu awak akan benci saya tapi malam tu, bukan Bella yang sabotaj, tapi Nasuha. Dia tolak kami sebab Nasuha lepaskan ular tedung miliknya untuk ditujukan kepada Atiqa. Sekali lagi, saya minta maaf. Terima kasih atas segala memori kita bersama.

Zafriel membaca mesej itu. Semakin hatinya membara. Tidak sangka, wujud perempuan selicik Nasuha. Zafriel segera membuka gallery nya. Gallery telefon itu dipenuhi dengan gambar Arabella dengan wajah comelnya. Mata hazelnya. Dia tidak tahu jika dia dapat melihat mata itu sekali lagi.

Zafriel kemudian mendakap gambar Arabella yang tersenyum manis yang pernah dicucinya lalu dibawa ke dada. Disitu dia menghamburkan tangisannya sekuat yang mungkin.

"My sister had always been the sweetest creature that I wasted my entire life. Jika ada kesempatan, aku nak hargai dia sebanyak nana pegorbanan yang telah dia lakukan Riel!" muncul Arwish tiba tiba.

"Aku menyesal. Aku selalu perhati dia termenung tengah malam memandang bintang. Dia selalu genggam satu surat dekat tangan dia. Salah aku tak tanya apa surat tu. Salah aku tak tanya kenapa dia pucat selalu. Salah aku tak tanya dia dah makan ke belum. Kalau tak, aku masih dapat nikmati hidup dengan dia kau tau," katanya sayu. Dia merenung gambar yang didakap oleh Zafriel. Senyuman nipis terukir di bibir.

"Kalau dia sedar, aku akan bagi apa yang dia nak. Baik dia nak ke bulan sekalipun, aku sanggup. Asalkan aku dapat liat dia hidup macam biasa,"

Zafriel dan Arwish akhirnya berpelukan. Kedua mereka menangis teresak-esak ditemani dengan angin yang bertiup lembut.

Jeng jeng jeng bejeng jeng jeng! Ok la ok lah semua mintak update😤❤️ takshabarnye!

Boleh tak I tengok jari jemari comel yang support I since day 1 nak bagi kiss😚

Vote and Comment macam selalu tauuu😤❤️

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now