20

7.5K 391 5
                                    

Gadis ayu itu memasuki ruangan wad Atiqa. Dia memberi senyuman manis kepada Dato Mustaphar dan Datin Emelie. Matanya memandang sekeliling bilik itu sebelum matanya tertumpu kepada Zafriel.

"Oh, hello handsome! " sapanya sambil menghulurkan tangannya. Zafriel menggaru kepalanya tanpa menyambut huluran tangan Nasuha.

"Oh hello cik-"

"Nasuha but you can call me anytime," katanya lalu mengenyitkan matanya. Zafriel hanya dia terdiam dan berasa janggal namun dia amat berterima kasih kepada Atiqa kerana menghentikan mulut becok itu bebicara.

" Kau datang sini pehal ah? Nak lawat aku ke nak menggedik dengan boyfriend aku?" tanya Atiqa keras. Semakin lah Zafriel rasa ingin mampus. Tak, masalahnya yang mereka sibuk nak claim dia boyfriend siapa ni pehal?

Tidak lama, ketukan pintu wad Atiqa menarik perhatian mereka di bilik itu. Kelihatan wajah ayu Arabella yang menjadi mimpi indah Zafriel selama ini terpapar.

Arabella kelihatan lebih pucat dan lebih lemah, dan semestinya itu merisaukan Zafriel.

"Assalamualaikum semua," sapa Arabella sambil tersenyum lemah. Kakinya terus melangkah namun terhenti seketika memandang kehadiran sepupunya disitu.

Sepupu yang menjadi punca dirinya dibenci.

"Aurora!" sapa Zafriel. Dia terus berlari ke arah Arabella lalu menarik lengannya yang berlapik.

Arabella mengikuti langkah Zafriel sebelum sampai di tempat ibu bapanya. Mereka hanya memandang biasa anak mereka sebelum menyalam Arabella.

Terasa sejuk tangan pucat Arabella. Tipu kalau hal itu tidak merisaukan mereka. Namun, apa yang dapat dilakukan.

Arabella meletakkan beberapa bekas makanan di tepi meja Atiqa. Dia kemudian memberi salam lalu memeluk kakaknya erat namun ditolak kasar oleh Atiqa.

Semua didalam bilik itu terkejut apabila Atiqa mulai mengamuk. Dia mulai menjerit lalu menolak Arabella di bahagian pinggang. Mengerang sakit Arabella dibuatnya. Makanan yang dibawa Arabella tadi dibuka lalu dibuang ke muka Arabella. Cukup kejam dan menarik minat seseorang. Seseorang yang berbangga akan kekacauan dalam keluarga ini. Nasuha.

" Atiqa! Jangan lebih sangat!" jerkah Zafriel. Siapa juga yang sanggup melihat buat hati dibuat sebegitu rupa?

Zafriel segera membantu Arabella bangun lalu menarikkan keluar dari wad itu. Langkah Zafriel semakin perlahan apabila mendengar Arabella yang batuk dan nafas yang agak tidak teratur itu.

"Aurora? Are you okay?" tanya Zafriel. Dia memandang baju Arabella yang diselaputi darah itu. Zafriel yang teramat risau segera mencampungnya lalu dibawa ke bilik rawatan abangnya, Doktor Zafwin.

" Along! Along!" jerit Zafriel. Zafwin yang kebetulan baru hendak masuk ke ofisnya itu segera memandang ke arah adiknya yang kedengaran cemas.

"Ya Allah Ril, bawa dia masuk dalam!" arah Zafwin. Dia segera menyuruh Zafriel menunggu diluar walau dibantah oleh Zafriel beberapa kali.

Zafwin segera memanggil rakannya, Doktor Ryana, untuk menjahit luka pembedahan yang ada di pinggang Arabella.

Zafwin mengambil keputusan untuk menunggu diluar bersama adiknya. Kelihatan Zafriel meraup mukanya kasar.

"Siapa yang Aril bawak tadi tu?" tanya Zafwin sengaja walau dia sudah mengenali siapa wanita itu didalam hidup adiknya. Zafriel menarik nafas dalam.

"Tu, someone special Aril. Dia adalah wanita pujaan yang Aril tunggu tunggu selama ni. Tutur kata dia, senyumannya, ketawanya, semua Aril suka. Dia tak pernah bantah Aril, tak juga gedik gedik dengan Aril. Dia tahu mana batas pergaulan dia yang sepatutnya. Hilangnya dia, ibarat Aril pun dah hilang. Aril kalau boleh nak terus kahwin dengan dia lepas SPM," balasnya yang cuba untuk menghiburkan hati sendiri.

Zafwin mengeluh kecil. Cinta adiknya terhadap wanita itu sungguh besar. Namun, bersediakah Zafriel dengan apa yang akan dihadapinya sebentar lagi.

Baru sahaja Zafwin ingin membalas, namanya diseru oleh Doktor Ryana.

"Saya dah siap. Korang boleh check her now but she still need a lot of rest okay?" kata Doktor Ryana.

Zafriel dan Zafwin hanya mengganguk lalu masuk kedalam wad. Zafriel masuk dengan langkah yang lebih laju atau boleh dikatakan berlari.

Yelah, dah buah hati kau sakit kan? Siapa je yang tak risau.

Manakala Zafwin disebelah sana masih lagi mencari cara untuk memberitahu Zafriel tentang penyakit teman wanitannya itu.

  ***

Hello! Semua tak merajuk kan saya terlambat update. Yela, sorry lah korang! Tak sengaja sebab banyakkkkkk sangat kerja sampai nak mampuih rasanya.

Tapi anyway enjoy the chappy even korang rasa macam "dehel? jalan cerita apa ni?" huhu maaf😭

Apapun I hope korang suka and jangan lupa vote and comment okay! Thanks❤️❤️

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now