18

7K 407 35
                                    

Selepas saja Arabella selesai solat subuh, dia segera mandi lalu memakai baju. Arabella memandang ke arah cermin. Surat yang semalaman ditulisnya dipandang sebentar lalu disimpan rapi di bawah tilamnya.

"Kalau hari ni hari terakhir aku hidup, hilangkanlah aku dari ingatan semua orang ya Allah,"

Arabella kemudian berjalan keluar lalu mengalas perutnya dengan sekeping roti. Semua ahli keluarganya masih tidur jadi ini masanya dia boleh keluar.

Arabella memandang poketnya. Hanya RM500. Dia mengambil keputusan untuk mengambil teksi. Arabella kemudian memakai kasut lalu menunggu teksi dihadapan rumahnya.

Setelah mendapat teksi, dia segera mencari Doktor Zafwin. Kelihatan doktor Zafwin sedang menyiapkan perkakas bekerjanya.

Arabella berniat untuk mengejutkannya. Dia perlahan lahan masuk lalu menepuk bahu Doktor Zafwin.

"Opocot mak kau hijau!" latahnya sekaligus mengundang gelak tawa Arabella.

"Eish budak ni! Buat kejut ke subuh subuh ni!" kata Doktor Zafwin . Arabella hanya mengangkat dua jari "peace".

"Oh, where should I go to for the operation?" tanya Arabella. Zafwin yang tadi mengukir senyuman terus pudar.

"Arabella, stay strong okay? Kalau tak pun, betahan untuk abang, untun Zafriel? Okay?" tanya Doktor Zafwin .

Arabella hanya tersenyum kecil lalu mengganguk. "Kalau Allah izinkan abang. Kalau tak, jagakan Zafriel untuk Bella. Terima kasih abang jadi salah satu kekuatan for me, bakal abang ipar hahahahah," usik Bella.

Doktor Zafwin hanya tertawa kecil lalu membawa Arabella ke preparation room sebelum pembedahan bermula.

Arabella memandang operation dress yang tersarung ditubuhnya. Masih lagi berfikir sama ada dia bisa melihat dunia selepas ini.

Setelah itu, dia pergi ke jururawat yang bertugas lalu dia diarahkan bebaring di atas katil. Tidak lama tirai yang memisahkan antara pesakit dan penderma ditutup.

"Kak, penerima dah tak sedar ke?" tanya Arabella. Jururawat itu hanya mengganguk. Tidak lama, kelihatan Doktor Zafwin disebelah Arabella.

"Stay strong okay?"

"InsyaAllah. Tapi boleh tak abang buka kan tirai tu. Please, I wanna see her face," rayu Arabella. Doktor Zafwin kemudian menyuruh jururawat membuka tirai lalu Arabella segera memandang kakaknya. Bibirnya mengukir senyuman.

"Semoga semua berjalan lancar kak," kata Arabella lalu kemudian dia mengganguk memberi isyarat. Dia disuntik dan tidak sedarkan diri setelah itu.

***

Diluar bilik pembedahan, banyak keluarga Atiqa disana. Dari sebelah ibunya yang di Australia juga turut datang.

Kelihatan Doktor Zafwin keluar setelah beberapa minit Atiqa ditolak kedalam. Dia kemudian memanggil Datin Emelie, Dato Mustapha dan Arwish untuk berbincang.

"Ye abang? Kenapa?" tanya Arwish. Maklumlah kan, abang kawan baik sendiri.

"Okay. Saya akan jelaskan keadaan pembedahan. Sekarang mereka baru mulakan pembedahan hati dan sesudah itu buah pinggang belah kanan.

Pembedahan dijangka siap dalam 6 ke 7 jam. Okay, sekarang Awin nak sentuh tentang kondisi. Selesai sahaja pembedahan itu, InshaAllah, Atiqa dijangkakan sembuh seperti sedia kala tanpa sebarang komplikasi," jelas Doktor Zafwin. Terlepas keluhan berat dari mereka. Lega!

"Keadaan penderma pula macamana Win?" tanya Dato Mustapha.

" Penderma, Win tak pasti uncle. Sebab hati dan buah pinggang hanyalah organ yang masih baik pada penderma. Yang lain sudah dijangkiti sel kanser," kata Doktor Zafwin sayu.

"Ya Allah, kesiannya. Berapa umurnya Win? Keluarga dia okay ke? Berikan uncle keterangan tentang penderma Win,"

" Maaf itu penderma minta rahsiakan. Yang Zafwin dapat tahu ialah penderma dibuang keluarga. Penderma juga telah menghidapi penyakit ni 13 tahun yang lalu. Dan dia berusia setahun muda dari Atiqa. Yang Win tahu, penderma ini mengumpulkan duitnya sendiri untuk menampung pembedahan ni" kata Zafwin. Dia sebenarnya ingin jujur sahaja memberitahu siapa penderma sebenar. Geram dia dengan layanan mereka terhadap Arabella.

"Kenapa Awin tak bagitahu uncle untuk bayar pembedahan ni? Kenapa perlu Awin pilih dia? Kesian dia win!" tegas Dato Mustapha.

"Maafkan uncle. Tapi waktu tu uncle juga yang membutuhkan sangat uncle. Dan waktu tu , saat dia baca nama Atiqa dia terus setuju dan sudi tanggung kos pembedahan. Okay uncle, Zafwin minta diri dulu," balasnya lagi. Naik angin Zafwin olehnya.

***
"Pembedahan selesai dan Cik Atiqa Amylia dalam keadaan stabil. Kami akan memindahkan Cik Atiqa ke unit rawatan rapi. Encik dan keluarga bolehlah ikut jururawat Aliya sebentar lagi," kata Doktor Amir selaku doktor bedah.

"Alhamdullilah," terus kata kata ini meluncur di mulut mereka semua. Doktor Zafwin masih resah menanti Arabella, remaja tabah yang dianggap seperti adiknya sendiri itu. Tahukah mereka ada satu ahli keluarga mereka di dalam yang sedang bertarung nyawa.

"Doktor, bagaimana kondisi penderma?" tanya Datin Emelie. Namun melihat Doktor Amir yang menundukkan kepalanya itu menimbulkan resah dalam diri Doktor Zafwin.

"Dia-" kata kata Doktor Amir terhenti apabila nurse segera memanggilnya untuk kedalam.

Zafwin segera mengiring keluarga Arabella ke bilik wad supaya mereka tidak mendengar perbualan Doktor Amir dan jururawat itu.

Zafwin pergi bersama mereka dalam keadaan yang tergesa gesa menyebabkan timbulnya rasa hairan dalam diri mereka.

Doktor Amir segera masuk ke dalam ruang pembedahan. Dia bertanya kepada nurse disitu tentang kejadian yang berlaku.

"Doctor, dia alami pendarahan dan degupan jantungnya sangat lemah," kata jururawat yang bertugas.

"Nurse, naikkan rate supply oxygen!"
"Nurse, suntik penenang!"

Doktor Amir segera menyuntik ubat teesebut ke badan Arabella yang mengelupur. Muka Arabella berubah menjadi biru pucat.

Tidak lama, mesin degupan jantung Arabella menunjukkan sesuatu yang menjadi mimpi ngeri, garis lurus.

***

Apa khabar semua? Bella dah tak ada gais😭 So, seems that its gonna be Atiqa x Zafriel now! Atiqa x Zafriel shippers where you at?🕶

By the way, Maaf atas lambatnya update saya😢. Maaf juga jika jalan cerita agak bosan.

Tapi yang berbaik hati dan sudi tu, tolong tinggalkan comment dan tekan vote okay? Bye munchkin love ya❤️🥰

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now