37

11K 490 50
                                    

Datin Emelie bercadang untuk berkebun pada pagi itu setelah sekian lama. Kehadiran Arabella benar benar menyesakkan fikirannya. Ingin sahaja dia mencari anaknya itu, bertanyakan khabar berita.

Datin Emelie mulai menghampiri gudang dibelakang rumah untuk mengambil sedikit baja bagi tanam tanamannya. Semakin dia mendekati gudang itu, semakin pelik rasa yang timbul dihatinya.

Apabila tiba di pintu gudang, dia cuba untuk membukanya namun gagal. Dengan segera dia memanggil suaminya untuk membukakan pintu tersebut.

Setelah seketika, pintu itu terbuka akibat terjahan Dato Mustaphar. Datin Emelie semakin dihurungi rasa takut. Entah kenapa firasatnya menyuruhnya melihat di sekeliling gudang kecil itu.

Pak!

Dia terlanggar sesuatu benda. Datin Emelie segera menunduk untuk mencapai benda itu. Namun, pandangan itu menyesakkan dadanya.

Gambar percutian mereka sekeluarga pada 10 tahun lepas. Hari dimana dia terpisah dari suami dan anaknya. Namun yang menyedihkan, muka Arabella di potong keluar dari gambar itu.

Gambar ini, gambar yang telah lama dicarinya. Gambar yang disimpannya dari dahulu lagi dan kerana perasaan benci dia mengunting wajah Arabella dari gambar itu.

Datin Emelie segera menyalakan suis lampu yang terdapat di gudang itu. Buku-bukuan dan beberapa pakaian lusuh digantung di dinding gudang.

Aurora Arabella binti Mustaphar

Nama itu. Nama itu amat dia kenali. Datin Emelie mengelengkan kepalanya. Tidak mungkin selama ini Arabella tidur di gudang yang dipenuhi racun dan baja ini.

Dia menolak pemikiran itu. Matanya terpandang ke arah surat yang berada di atas meja itu. Surat dari Diamond Hospital.

Tangannya terketar ketar untuk mengambil surat tersebut. Datin Emelie menarik nafas dalam lalu mulai membaca kandungan surat tersebut.

Pemindahan hati dan buah pinggang

Pengesahan kanser tahap 4 jenis Leukemia

Air matanya mengalir. Tidak mungkin. Adakah selama ini dia membenci orang yang salah?

Tidak lama, kedengaran bunyi batuk seseorang. Datin Emelie memejamkan matanya. Dia menolak pemikiran bahawa Arabella berada di situ. Kakinya melangkah semakin dekat dan akhirnya melihat Arabella yang terbaring lemah.

Wajahnya yang pucat semakin membiru. Tangan Arabella sedaya upaya menekup mulutnya.

"Ya Allah Bella anak ibu!" jerit Datin Emelie. Dia segera melutut lalu mendapatkan jasad Arabella yang terbaring lemah di timbunan baja.

Akibat kecuaian Arabella kemarin, dia tertimbus oleh beberapa baja yang ringan dan telah memecahkan sebotol racun untuk tumbuh-tumbuhan.

"I-i-bu. B-betul ke ni ibu?" tanya Arabella lemah. Tangannya yang menekup mulutnya di turunkan dari mulutnya.

"I-ibu maafkan..Bella gagal jadi anak ibu dan ayah. Bella sayang korang," ucap Arabella lalu mengusap pipi ibunya yang dibanjiri air mata.

Rentak nafasnya semakin laju dan tidak teratur menyebabkan Datin Emelie risau. Dia segera memanggil suaminya yang duduk menikmati teh di laman luar.

"Abang! Call ambulans! Cepat ya Allah!" jerit Datin Emelie. Dato Mustaphar turut kelam kabut walau tidak mengetahui situasi sebenar.

Selesai menelefon ambulans, Dato Mustaphar mengikuti jejak isterinya yang berlari masuk ke gudang. Dia melihat isterinya memangku kepala satu jasad. Dia menghampiri kelibat itu.

Terus jatuh terduduk Dato Mustaphar. Dia segera mendapat Arabella yang terbaring lesu. "Bella, bangun sayang. Jangan pejam mata," katanya sambil menangis.

Bukan sekali dua dia melihat Arabella pengsan namun kali ini dia merasakan Arabella bukan pengsan. Dia merasakan jauh dengan anaknya.

Setelah beberapa minit, ambulans tiba di perkarangan rumah mereka. Arabella segera dinaikkan diatas stretcher lalu dibawa masuk kedalam ambulans. Datin Emelie dan Dato Mustaphar hanya mengekori ambulans itu menggunakan kenderaan sendiri.

Ya Tuhan, berikan kesembuhan untuk Arabella. Aku janji lepas ini aku akan menjaganya sama seperti aku menjaga anak anak ku yang lain,

Doa Datin Emelie.

Hello! Sorry lambat update😙✌🏻 sedih sungguh semua last part! harap yang ni tak sedih lah eh taknak sedih sedih

vote and comment pls untuk author yang dirindui sebelu author ni merajuk taknak update dah😠❤️

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now