"Oo macam tu eh?"

Dia gigit hujung bibir bawahnya sambil matanya di larikan ke segenap wajah aku. Dari dahi turun ke mata. Turun lagi ke pipi dan berhenti terus di bibir.

Lama pandangan dia menatap ke bibir aku. Aku perasan dia gigit kuat hujung bibirnya, seakan akan ingin menggoda aku.

Meruap darah gemuruh aku bila di perlukan sebegitu. Segera mata aku bawa untuk pandang menu di hadapan. Tangan dah hampir terketar ketar.

Berdebar siot. Yaa tohan, aku di goda.

"Aaa awak nak makan apa?"

Ambik kau. Tergagap gagap haa. Dia masih lagi giat mengusik aku. Jari telunjuk dia bawa ke bibirnya. Mengusap lembut bibir bawahnya.

Aku yang tadinya acah acah pandang menu tetap jua melirik pada nya. Mata aku dah menderhaka pada badannya.

" Bukan kau cakap tadi, kau nak makan aku ke?"

Dia gigit hujung jari dia dengan pandangan yang aku rasa bukan setakat menikam hati dan jantung, limpa aku pun turut buat hal.

Tertunduk malu aku dengan pandangan mengusik Ray.

"Itu tadi. Sekarang tak."

Aku angkat tinggi menu. Di bawa menutup mulut hingga ke hidung. Aku gigit bibir. Darah bagai di pam pam ke seluruh muka.

Senyuman sinis tersungging di bibir seksi Ray.

"Itu baru sikit sayang kau dah panasaran macam ni. Kalau aku goda kau lebih lebih, aku syak kau pengsan terus kat sini. Entah sapa yang goda sapa pulak."

Aku putarkan bola mata. Menyampah dengan tahap ke konfiden an dia tu. Tapi bukan aku dah tergoda ke?

"Iyelah. Iyelah awak menang. Tapi malam ni je. Sebab perut saya lapar gila ni. Boleh order sekarang?"

Aku pandang mata dia. Tak kisahlah kalau dia kata aku gelojoh gila nak makan pun. Aku lapar sangat dah ni.

"Waiter!"

Ray melaung memanggil pelayan restoran.

"Dah siap ke?"

Bahu aku di tepuk kuat. Tersentak aku yang tengah mengelamun. Aku pandang dia di sebelah. Dia buat muka kosong. Mana nak ada senyum ke apa ke. Kosong tak beriak.

"Sakitlah. Dah siap apanya?"

Aku usap bahu yang masih lagi terasa dengan tepukan kuat tangan kasar Ray. Aku pandang kawasan parking.

"Eh dah sampai ke?"

Mata aku pandang kawasan sekeliling. Dah sampai ke butik pengantin rupanya.

"Sebab tu aku tanya, kau tu dah siap ke belum berangannya? Kalau belum kita duduk je dalam kereta ni sampai kau sudah. Tapi kalau dah siap tu jom lah keluar."

Ray menyandar belakang dia ke seat pemandu. Leher dia urut urut perlahan.

"Mana ada berangan. Teringat kenangan lama je."

Aku senyum. Mata aku lirikan tepat ke wajah dia. Dia paling memandang aku.

"Kenangan lama? Kenangan sapa?"

Dahi dia kerutkan. Tangannya di bawa berlabuh pada stereng kereta.

"Kenangan kita. Bila ingat balik kenangan dulu kelakar pun ada. Ray, awak tak pernah berubah ye. Kalau ada pun sikit je kot?"

Dia jongket kening. Senyuman dia tersungging di bibir.

"Yeke? Kenangan yang mana satu? The part when i took your first kiss or when we were hugging each others over the rain?"

Terbuntang mata aku. Ray ni buat aku malu je.

Aku berdehem sedikit. Panas rasanya muka ni. Walau aircond kereta di rasakan sejuk macam nak mengigil.

Dia senyum menggoda. Aku balas pandangan dia sebelum aku bawa badan merapat ke sisi dia dan bibir berhenti tepat ke teling kirinya.

"Itu pun saya ingat, semua pasal awak saya ingat. Tapi yang pastinya kenangan masa kita kawin nanti yang buatkan saya tak sabar sabar nak merasa."

Aku bisik selembut mungkin ke telinga dia. Aku tengok mata Ray tertutup sekejap. Aku kalih badan ke tempat asal semula.

Dia tenung aku tajam.

" Jangan memandai nak goda aku selagi kita belum ada ikatan yang sah. Aku tak nak sentuh kau bila kau belum halal bagi aku. Walau hati rasa nak gigit gigit sangat bibir kau."

Tajam pandangan dia penuh dengan keinginan. Ok, lepas ni aku takkan ulangi lagi.

Betullah orang cakap, satu benda je yang patut wanita tahu pasal seorang lelaki ialah jangan goda dia.

Sekali dia dah tergoda bersiap sedialah. Meremang terus bulu roma aku.

Dia hembus nafasnya kasar.

"Dah jom."

Enjin di matikan dan dia keluar dari kereta. Menonong laju dan membiarkan aku terkedu sendirian.

"Maira!"

Ray melaung kuat. Dan serentak dengan itu juga terasa pinggang aku di sauk oleh tangan kekar dia.

"Jalan tu baik baik lah sikit. Jangan dok berangan je."

Ray pusing kan belakang aku sehingga menghadap ke arahnya. Jantung aku ni bagaikan nak pecah. Berdebar dia tuhan je tahu. Akibat hendak mengikut jejak langkah dia yang sudah agak ke depan aku seberang jalan suka hati je tanpa pandang kiri kanan.

" Ma.. Ma.. Maaf.. Saya tak pandang kiri kanan."

Tangan yang menggeletar masih lagi melekat kemas di dada dia. Air liur yang terasa melimpah di dalam mulut aku telan laju laju. Pandangan dia yang selalunya tajam menikam kali ini nampak redup.

"Jangan buat lagi. Aku tak nak kehilangan kau."

Badan aku di tarik ke dalam rangkulan erat tangan sasa dia. Ye, aku di peluk dia kemas kemas di tepi jalan. Sedikit pun dia tidak mempedulikan pandangan orang ramai. Aku pulak yang terkulat kulat malu.

Ray.. Ray....

Tak sangka pula ini sisi istimewa pada diri kau.

Nak karang panjang panjang tak menjadi pula. Tak tahu kenapa cerita ni tak boleh nak taip panjang panjang. Jadi blank terus idea. Maybe sebab jalan cerita dan watak wataj dia agak sempoi kot?

Harap korang semua suka ye cerita yang dah di ubah tambah sikit sikit ni.
😜

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now