🌸Kejutan Hari Lahir

171 29 16
                                    

Aku membeli sebotol air mineral dan duduk berhadapan sebuah tasik.

Kenapa aku pergi sini?

Teman lelakiku sendiri tidak mengingati hari lahirku pada hari ini. Aku cuma berharap dia akan memberikanku hadiah dan sepotong ayat sahaja.

Apabila aku sudah meluangkan masa disitu, aku pulang ke rumah dan ternampak kereta teman lelakiku. Ah tak mungkin dia datang! Mungkin kereta jiran sahaja.

Aku meletakkan kasut di rak kasut dan membuka pintu. Kejap, kenapa gelap? Aku cuba buka suis lampu namun tiada hasil.

Aku menuju perlahan-lahan ke dapur dan meletakkan beg tangan di atas meja.

Saengil chukka hamnida
Saengil chukka hamnida
Saranghaneun Park Jisya
Saengil chukka hamnida

Aku menoleh kebelakang dan ternampak teman lelakiku sedang membawa kek dan di belakang terdapat ahli keluargaku dan teman baikku.

Teman lelakiku datang ke arahku untuk meniup lilin dan membuat hajat. Usai sahaja aku meniup lilin dan membuat hajat, aku memotong kek tersebut. Setelah selesai memotong kek, aku mengambil dua potong kek dan dilekkan di atas piring. Aku dengan teman lelakiku berkongsi piring.

Aku tersenyum manis kepada dia kerana dia sanggup bersusah payah menyediakan kejutan sempena hari lahir aku yang ke 23.

Pada mulanya, aku tak sangka dia buat begini kerana dia begitu sibuk dengan kerjanya sebagai guru muzik di Seoul High School.

"Gomawo, Joon. Saya hargai sangat-sangat apa yang awak buat pada saya," ucapku lalu mengalirkan air mata bahagia.

Dia terus menyeka air mata yang laju mengalir di kedua-dua belah pipiku.

"Shh. Saya tak suka awak menangis. Sekarang ni, kita bergembira je okay?" katanya lalu menarikku ke dalam pelukan. Aku terus membalas pelukannya itu.

"Berhenti drama, Jisya. Kau kalau drama memang satu rumah ni banjir," usik abangku, Park Jimin.

Terus aku meleraikan pelukan apabila sedar banyak mata yang sedang melihat ke arah aku dan dia. Nak tutup mana muka ni?

"Sayang, saya pergi ambil air ya. Awak berbual lah dulu dengan Jimin," katanya lalu bangun dan pergi mengambil air.

Aku mengangguk.

Abangku pula asik mengusikku dari tadi. Ya, perasaan inilah yang aku nak apabila tiba hari lahirku. Terima kasih, Kim Namjoon.

[C] Tiga Minit | KNJWhere stories live. Discover now