Get Out or Go Away!

Start from the beginning
                                    

Taufan dan Blaze kelihatan begitu kesal sekali di wajah mereka. Mereka berdua serentak mendengus kesal lalu berlalu pergi. Thorn muncul di depan Solar dengan pandangan marah (yang comel).

Thorn: Solar!

Solar: Tsk- apa lagi?

Thorn: Thorn hormat Solar sebab Thorn abang Solar! Tapi Thorn tak boleh maafkan Solar kalau Solar layan Gempa macam tu!

Solar: Tapi abang, Gempa tu dah hancurkan eksperimen Solar!

Thorn: Hmph! Takkan itu pun nak marah sampai macam tu? Kesian Gempa.

Solar: Dia tu perangai macam perempuan. Mudah sangat terasa!

Thorn menggelengkan kepalanya kesal.

Thorn: Thorn tetap nak Solar minta maaf dengan Gempa nanti!

Setelah berkata sedemikian, Thorn pun terus beredar keluar dari bilik Solar dan meninggalkan Solar yang masih diam sambil berdiri. Solar mengusap wajahnya menggunakan tangan kirinya dan menghela nafas kesal.

Solar: Haih... Orang baru yang manja dan menyusahkan.

💔•°•✘Д✘◍•°•💔

Sewaktu Solar sedang bergaduh dengan 3 kembarnya itu, Gempa berjalan keluar dari bilik Solar. Dia terus mempercepatkan langkahnya menuju ke tangga. Namun baru hendak turun, Gempa terdengar bunyi pintu bilik terbuka. Dia memandang ke hadapadan dan dia ternampak wajah orang yang tidak dia kenali.

Gempa: Taufan..?

Gempa memandang pelik. Irisnya mirip Taufan tapi kenapa wajahnya suram dan datar? Orang itu memandang Gempa lama sebelum dia menghampiri Gempa lalu menggelengkan kepalanya.

???: Ais.

Gempa: A..Ais..?

Orang itu atau lebih dikenali Ais menganggukkan kepalanya. Gempa diam terpesona sebelum dia tersedar apabila jari Ais mula menyentuh wajahnya. Gempa sedikit kikuk.

Ais: Kau... Nangis?

Gempa: Eh?! T-tak! Tak! S-saya tak nangis pun! S-saya pergi dulu!

Gempa sempat menundukkan kepalanya sebelum dia kembali ke niat asalnya. Dia terus turun melalui tangga dan menuju ke ruang tamu atau lebih tepatnya menuju ke pintu. Ais baru hendak memanggil dan menghentikannya namun terdapat susuk tubuh seseorang yang membatalkan niatnya.

Ais: ... Abang. Siapa tu?

Ais memandang ke arah abang sulungnya iaitu Halilintar.

Halilintar yang sedari tadi rupanya memandang Gempa bersama Ais tadi berjalan menghampiri adiknya. Sejak Gempa keluar dari bilik Solar dia sudah menyaksikan segalanya. Namun Ais dan Gempa tidak menyedari kehadiran Halilintar.

Hali: Gempa. Orang baru yang menyusahkan yang akan tinggal dengan kita.

Ais: Apsal abang cakap menyusahkan?

Hali: Sebab dia memang menyusahkan. Satu keluarga menyusahkan.

Pandangan wajah Halilintar kelihatan sedikit kesal. Namun, dari riak wajah kembar sulungnya itu Ais sudah cukup memahaminya.

'Jadi yang dipanggil 'menyusahkan' ini ialah Gempa tadi ya...? '

Ais diam termenung dan tidak terkutik dari tempat dia sedang berdiri. Lamunannya terhenti seketika apabila Halilintar mula bergerak turun ke bawah.
Ais: Abang nak ke mana?

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now