25

105 9 6
                                    

"Sayang. Kenapa you taknak pecat pembantu rumah you yang bengap lagikan muka cangkerang nih? Dia kan kurang ajar." Charlotte berdiri seraya menggenggam erat tangan Charlie tetapi Charlie cepat mengelak.

Redju sudah menaikkan lengan baju tanda darah dia sudah menyirap hingga ke hujung rambut. Suka suki gigi palsu nenek kau je cakap muka aku serupa cangkerang.

"Don't you call me 'sayang' because it's make I feel ticklish." start dah abang Charlie kita speaking bahasa mat salleh.

"Tapi, tapi..." tergagap Charlotte mahu membalas.

"Kita ni sepupu, okay. Bersaudara kandung. Bercinta sesama sedarah daging amat tidak digalakkan. Semua agama mengatakannya." Nampak sinar cahaya putih suci menyelubungi muka handsome Charlie (ye ke handsome...atuk aku pernah cakap dia bukan handsome pun, atuk cakap dia lagi handsome sama muka artis Jebon Jungkuk).

"Dah lah dik. Betul apa Charlie kata. Kau kena pulihkan cinta buta kau tu semata-mata nak move on daripada ex boyfriend." Charles menepuk bahu Charlotte.

Charlotte tunduk bersalah. "Maafkan Lotte, abang dan abang Charl." Mata Charlotte melihat Redju berdiri kaku menatang dulang. "Oh maid. Maaf sebab cakap you...muka macam cangkerang."

Redju angguk kecil. Nasib minah 'gurita' tu dah terbuka hati nak minta maaf. Suka hati jer cakap muka orang macam cangkerang. Muka aku sama macam Aydah Hang Jebat kut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Putera KucingWhere stories live. Discover now