13

98 14 0
                                    

"Hallu, sapo awak ni? tak pernah nampak pun." tegur seorang budak perempuan berkerudung merah apabila melihat seorang budak lelaki nyeyak tidur di bawah rimbunan pokok.

Budak lelaki tadi bangun dan menguap.

"Halluuuuuu..."

"Ngeh. Kau nak apa hah?" marah si budak lelaki.

"Tanya je. Kut-kut sesat ker..."

"Ye. Aku memang sesat. Apahal?"

"Saya boleh hantarkan awak jalan pulang." promote si budak perempuan berkerudung merah.

"Eleh. Macam lah kau tau jalan dia." balas si budak lelaki tadi dengan sinis.

Si budak perempuan berkerudung merah tersengih. "Eheee... walaupun saya macam cengeng, tapi saya renjer hutan tau!" bangga si budak perempuan berkerudung merah.

"Hoi pendek, nama siapa?" tanya si budak lelaki.

"Redju. Saya tak pendek! saya tinggi!" Redju menjengketkan kakinya tetapi tak sampai paras kepala pun jengketan kedua kakinya.

Si budak lelaki ketawa terbahak-bahak. "Masalahnya, kau tu memang pendek!"

"Yelah. Awak tu tinggi macam menara bendera. Atas kepala awak ada mahkota... cantik. Siapa nama awak?" tanya Redju pula.

"Ouh. Aku Putera Charlie."

"Patik, patik minta maaf kerana berkasar dengan tuanku." Redju melutut sembah di hadapan Charlie.

"Lek arr. Panggil aku Charlie je. Tunjukkan aku jalan keluar dari hutan ni cepat." Charlie menggenggam kedua tangan Redju dan menyuruhnya berdiri tegak.

"Baik, tuanku!" Redju tabik hormat seperti tentera.

"CHAR-LIE!" Charlie menyebut kasar namanya sendiri supaya Redju memanggilnya dengan panggilan itu.

"Ok Charlie. Ikut saya."

Putera KucingWhere stories live. Discover now