23

57 7 1
                                    

Habis menuruni tangga, terdapat dua orang manusia sedang duduk dengan dua jenis gaya. Sorang lelaki duduk membaca majalah, sorang lagi perempuan duduk sambil mengibaskan kipas tangannya. Mereka berdua menunggu kehadiran Charlie

"Eherm." garau cara Charlie menyapa mereka dua orang.

Siapa lagi kalau bukan tetamu yang dinyatakan oleh pengawal istana beberapa minit tadi. Sah! Mereka berdua merupakan sepasang kembar tak seiras Charlie pernah terangkan pada Redju.

"Hai sayang," tegur perempuan yang sibuk mengibaskan kipas tangan. Namanya Charlotte. Barangkali panas sebab tak on kipas Panasonic.

"Stop call me that, Charlotte!" marah Charlie.

"Apa marah-marah...I, I tak suka tau kena marah." gedik Charlotte.

Redju menyamar sebagai maid istana dari jauh memandang loya tingkah laku Charlotte. Benar kata-katamu itu, Charlie. Geddiks nucks mampoihs.

Baru Redju tahu sepupu kembar perempuan Charlie bernama Charlotte. Habistu seorang lagi kembar lelaki tu apa nama? Char Kuey Tiaw goreng kerang?

"Charles, kenapa kau bawak budak gurita ni pergi sini?" amaran Charlie pada sepupu kembar lelaki nya, Charles.

"Ooo Charles nama dia ingatkan Char Kuey Tiaw... Hensem gak mamat tuh... Ufufufuuu." gumam Redju.

"Mana aku tau. Aku sebenarnya bingit dengar dia duk membebel nak jumpa kau." Charles meletak kembali majalah ke atas meja kaca.

"You! Sampai hati you panggil I 'gurita'. And, abang kenapa tak backups adik?!" tanya Charlotte sambil memandang sekeliling. Bayangan Redju sedang berdiri kaku ditangkap. "Haa that's maid, please make lychee juice drink now!"

"Aah? Aku- Eh, saya?!" Redju masih dalam mode penyamaran sebagai seorang maid istana terpinga-pinga apabila ada sotong jelmaan manusia pergi panggil dia.

"Kau la siapa lagi! Dah pergi buatkan aku air!" tengking Charlotte.

"Hieee ish. Aku goreng kau jadi mee kawah kang. " Redju menurut sahaja pesanan minuman minah 'gurita', gelaran khas dari Charlie.

Dia ada agenda bagaimana mahu menaikkan lagi darah minah 'gurita' itu.

Putera KucingWhere stories live. Discover now