4

182 23 1
                                    

"Ikan betina lawa-lawa memang ada di sungai seberang hutan. Tapi kena ingat, sungai itu banyak penghuni yang membuatkan para pengunjung loya tekak. Jawapan teka teki darinya perlu dijawab dengan benar, atau tidak, kaliam berdua akan dimakan hidup-hidup oleh piranha gigi tumpul" kata-kata pembantu ikan ajaib terngiang-ngiang di kepala.

Wanita ahli sihir dan Charlie cuba untuk mencari maksud dibalik 'loya tekak' yang pembantu ikan ajaib beritahu. Adakah ia merupakan mahluk berupa monster hodoh? Atau hantu jin jembalang setan?

Berpandukan GPS dari alat canggih yang pembantu ikan ajaib itu beri, wanita ahli sihir dan Charlie tiba di sungai seberang hutan. Sungai itu cantik dan aman sahaja. Mana 'penunggu' yang dikatakan?

"Hai awak, buat apa kat sini." seorang perempuan cantik menegur wanita ahli sihir dengan suara garau.

Oh, patut lah... ada halkum.

"Oww... you bawak kucing sekali... meh, miau miau..." perempuan garau berhalkum cuba memeluk Charlie. Charlie sempat mengelak dan menggigit jari perempuan garau berhalkum.

"Alang-alang you dah sampai sini, apa kata jawab teka teki yang I bagi." soal perempuan garau berhalkum dengan penuh godaan. Dia menyentuh pipi mulus wanita ahli sihir dan tangannya melingkar di badan Charlie.

Lenggang lenggok perempuan garau berhalkum diperhati. Aumm! Seksi. Gurau,gurau.

Wanita ahli sihir dan Charlie meneguk air liur. Segala butir peluh bertaburan di wajah wanita ahli sihir. Charlie memang tak lah nak kata berpeluh, muka dia kan berbulu.

Putera KucingWhere stories live. Discover now