15

83 15 0
                                    

"Tuanku mahu meneruskan santapan ini?" tanya Edward sambil melambaikan tangan di hadapan muka Charlie dengan harapan agar Charlie tidak meneruskan lamunannya.

"Ermm, tak." balasnya. Aisk

Fikiran Charlie yang tenang sebelum ini menjadi serabut dengan kehadiran seorang perempuan persis Redju yang menjadi tanda tanya.

<> <> <> <> <> <>

"Siapkan seekor kuda putih beta kerana beta akan berangkat ke sesuatu lokasi." arah Charlie. Para pengawal memgangguk faham.

Dalam 1 jam perjalanan untuk meredah hutan, Charlie tiba di lokasinya.

Charlie terus membuka pintu rumah Redju seperti rumah sendiri dan terus masuk ke dalam.

Memang kedekut salam mamat nih.

Redju yang tertidur di atas sofa terganggu dengan Charlie yang tiba-tiba menerjah masuk ke rumah dia tanpa memberi salam.

"Apa kau nak buat dekat sini?" buku cerita yang dipegang Redju terjatuh.

Charlie segera mengambil buku cerita itu. ' Si Gadis Bertudung Merah '

"Jadi, betul lah kau Redju?"

"Memang lah aku Redju! Takkan mangkuk ayun bodoh!"

"Tapi kau ingat tak memori pasal aku?"

"Tak." balas Redju dengan selamba.

"Eh..."

"Eh?"

"Eh? Kau betul-betul amnesia lah ni?"

"Amnesia? Kau mengarut apa bhai."

"Kau ingat tak ni buku siapa punya?" Charlie menunjukkan buku cerita Si Gadis Bertudung Merah kepada Redju.

"Aku tak tau lah. Tapi aku pernah ingat sesuatu memori pasal buku ni."

"Apa yang kau ingat?"

"Aku ingat ada seorang budak lelaki berikan buku ni dan suruh aku menyimpannya. Budak lelaki tu juga pernah sesat dalam hutan ni masa aku kecik dulu, aku tolong dia keluar dari hutan ni. Dan, ARGHHHHHH!" Redju memegang kepalanya yang terasa sakit saat menceritakan memori yang diingatinya walaupun memori itu baru sahaja muncul sejak menjumpai buku cerita itu.

Putera KucingWhere stories live. Discover now