Bab 40

200 9 0
                                    

Afiyah menarik kerusi di hadapan Datuk Hashim. Dia agak berdebar melihat reaksi tenang papanya itu.

"Papa marah Fiyah?" soalnya perlahan. Datuk Hashim menarik nafas dalam. Dia menyentuh jemari Afiyah yang berada di atas meja.

"Papa tahu Fiyah tak bersedia lagi. Tak apa, masih ada masa. Papa harap Fiyah dan Eij gunakan masa itu sebaik-baiknya untuk kenal hati budi masing-masing. Apa pun keputusan kamu berdua selepas ini, papa tak akan masuk campur," jawabnya dengan senyuman.

"Fiyah minta maaf," ucap Afiyah dengan perasaan bersalah. Kad undangan majlis yang akan berlangsung dua minggu lagi memang sudah diedarkan. Banyak persiapan yang sudah diselesaikan. Afiyah mengeluh perlahan.

"Fiyah minta maaf papa," ucapnya sekali lagi. Datuk Hashim menggeleng tersenyum.

"Mungkin dah rezeki papa dan aunty Bienda naik pelamin kot," balasnya separuh bergurau. Perlahan senyuman terukir di bibir Afiyah.

"Papa setuju?" tanyanya dengan perasaan teruja.

"Sebelum papa jawab soalan Fiyah itu, papa nak tanya. Fiyah minta papa dan aunty Bienda kahwin bukan sebab nak selamatkan diri kan?" soalnya tepat memandang wajah gadis itu.

"Fiyah tak sejahat itu papa," jawab Afiyah dengan kening berkerut. Datuk Hashim tergelak kecil.

"Kenapa mesti aunty Bienda?" soalnya lagi. Afiyah menarik nafas dalam.

"Papa tahu tak kenapa Fiyah ambil keputusan balik dari Australia?" Datuk Hashim terdiam mendengar soalan gadis itu.

"Sebab Fiyah risaukan mama yang tinggal seorang diri kat Melaka. Mama tak ada keluarga selain Fiyah seorang. Rancangan ini sebenarnya daripada nenda. Nenda kata tak salah kalau calon yang Fiyah nak cari untuk mama itu adalah papa. Kebetulan papa pun single. So, Fiyah tak fikir panjang. Fiyah yakin mama pasti bahagia di samping papa. Fiyah juga yakin papa boleh jaga mama seperti mana papa jaga Fiyah dan Liya," balas Afiyah dengan panjang lebar.

"Papa sebenarnya tak ada masalah. Fiyah dah bincang berdua dengan aunty Bienda?" soal Datuk Hashim setelah agak lama mendiamkan diri.

"Belum lagi. Nanti Fiyah jumpa mama lepas ini," jawab Afiyah dengan senyuman hambar. Datuk Hashim mengangguk perlahan.

"Nenda kamu sihat? Papa sebenarnya dah lama tak hubungi nenda kamu. Papa masih rasa bersalah," beritahu Datuk Hashim seiring dengan keluhannya.

"Nenda tak pernah salahkan papa dengan apa yang berlaku. Hati nenda dan arwah mama itu sama pa. Lembut dan mudah memaafkan. Tak seperti hati Fiyah," balas Afiyah dengan perasaan agak sebak.

"Sebelum Fiyah balik hari itu, nenda pesan supaya sampaikan ucapan terima kasihnya pada papa sebab hadiahkan Fiyah untuknya. Walaupun arwah mama dah tak ada, nenda kata kehadiran Fiyah sudah cukup mengubati rindunya pada arwah mama," sambungnya semula dengan senyuman hambar. Datuk Hashim mengangguk perlahan.

Maafkan Shim, Bonda.

*****

Bienda menarik nafas dalam sebelum berpaling memandang gadis itu.

"Mama sayang Fiyah tak?" soal Afiyah dengan senyuman.

"Mama memang sayangkan Fiyah. Tapi...,"

"Fiyah akan pastikan mama bahagia dengan papa. Fiyah dan Liya akan jadi anak yang baik untuk mama," pintas Afiyah sambil berjalan mendekati wanita itu. Dia memeluk Bienda dengan erat.

"Sudikah mama jadi isteri papa dan ibu kepada Fiyah dan Liya?" soal Afiyah separuh meminta. Agak lama Bienda terdiam sebelum membalas pelukan gadis itu.

Pilihan TerakhirDonde viven las historias. Descúbrelo ahora