Bab 28

154 7 0
                                    

Eijaz menutup buku yang berada di depannya. Dia melepaskan keluhan berat. Ada dua hari lagi maka peperiksaan di kolejnya akan berakhir.

Cepatnya masa berlalu.

Eijaz merungut perlahan. Terbayang wajah Afiyah. Sejak dia memberitahu gadis itu yang dia akan masuk meminang, Afiyah sentiasa mengelak untuk bertemu dengannya. Malah panggilannya juga tidak bersambut. Eijaz mengeluh lagi.

Apa dah jadi dengan aku ini? Betul ke cakap Fiyah yang aku sengaja gunakan dia untuk sakitkan hati Liya?

Eijaz mendengus perlahan.

Memang orang lain akan anggap macam itu. Apatah lagi Fiyah. Tapi...,

Eijaz meraup wajahnya.

I'm not turning back. Fiyah is mine!

Eijaz mengangguk perlahan. Mungkin Afiyah akan membencinya. Namun dia nekad untuk memiliki gadis itu. Walauapapun yang akan berlaku, Afiyah tetap akan jadi miliknya.

*****

Suha menoleh memandang Afiyah yang hanya membisu sedari tadi.

"Fiyah," tegurnya lembut. Afiyah menoleh memandang gadis itu.

"Are you okay?" tanya Suha prihatin. Afiyah mengangguk sambil tersenyum hambar. Suha mengeluh perlahan.

"Hubungan Fiyah dan Liya dah baik. Sekarang ini Suha lihat cuma Eij yang buat fikiran Fiyah tak tenang. Betul tak? Atau pasal Daf lagi?" soalnya bertalu. Afiyah melepaskan keluhan perlahan.

"Daffa itu cuma masa lalu saya. Sekarang ini saya ada masalah dengan Eij. Dia nak masuk meminang lepas exam ini nanti," beritahunya sambil bersandar pada kerusinya. Fikirannya melayang mengingat semula kata-kata Eijaz.

"Eij nak pinang Fiyah?" soal Suha dengan wajah terkejutnya. Afiyah mengangguk perlahan. Suha terkedu.

"Saya memang tak terima lamaran itu. Tapi masalah sekarang ini, Eij itu degil. Kata nak tunaikan janjinya. Tapi itu janji masa kecil kot. Lagipun saya pasti sangat dia nak pinang saya sebab sengaja nak sakitkan hati Liya," kata Afiyah sambil menggeleng perlahan.

"Janji? Janji apa? Siapa yang berjanji?" soal Suha semula semakin kebingungan.

"Saya dan Eij rapat masa kecil. Dulu Eij tinggal kat Melaka dengan keluarganya. Tapi semasa umur 5 tahun, keluarga Eij pindah kat sini. Entah lah Suha. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Masa berpisah itu Eij janji nak datang ambil saya semula bila dia dah besar. Dia janji nak kahwin dengan saya. Pelik, saya dah tak ingat pun memori itu. Kalau pun saya ingat, mustahil kot saya nak pegang janji budak lelaki yang baru aje berumur 5 tahun," jawab Afiyah dengan kening berkerut. Suha terdiam mendengar cerita gadis itu.

"Maknanya sebelum ini korang memang pernah berjumpa? Fiyah memang tak ingat Eij ke? Masa mula-mula nampak Eij hari itu, Fiyah tak kenal?" soalnya dengan perasaan tidak puas hati.

"Memang lah pernah jumpa tapi kecil lagi kot masa itu. Mana lah saya ingat lagi rupa Eij," balas Afiyah dengan kening berkerut.

"Yang Suha ini macam nak salahkan saya sebab tak kenal Eij dah kenapa?" soalnya pula agak terasa dengan sikap gadis itu. Suha tergelak besar mendengar soalan gadis itu.

"Sorry. Saya cuma rasa tak percaya aje. Tak sangka. Rupanya Eij dan Fiyah pernah jumpa sebelum ini. Malah rapat masa kecil. Nak tanya lagi boleh tak? Eij macam mana? Dia pun sama dengan Fiyah ke? Maksud Suha, masa mula-mula jumpa itu Eij kenal tak dengan Fiyah?" soal Suha lagi. Dia sangat tertarik dengan cerita sahabatnya itu. Sebenarnya dia masih tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh rakan baiknya itu. Kisah Afiyah, Aliya dan Eijaz benar-benar menarik perhatiannya.

Pilihan TerakhirWhere stories live. Discover now