Bab 15

158 5 0
                                    

Suha membiarkan Afiyah yang hanya termenung sedari tadi. Tabiat lama sahabatnya itu mula kembali. Suha menarik nafas perlahan sambil memandang tasik jernih yang ada di hadapan mereka.

"Saya tak rasa dia datang ke kolej ini sebab nak study," katanya bersuara perlahan cuba menarik perhatian Afiyah. Dia tahu gadis itu akan memarahinya namun perasaan ingin tahu mengenai apa yang berlaku antara Afiyah dan Daffa sudah melebihi rasa takutnya. Dia sudah tidak peduli apatah lagi mengingat semula wajah sayu Daffa.

"Dia pesan bila Fiyah dah bersedia, dia nak jumpa dengan Fiyah," sambung Suha apabila melihat Afiyah yang hanya membisu. Suha mengeluh.

"Dia lelaki baik. Saya tak layak untuk lelaki sebaik dia," kata Afiyah akhirnya dengan suara perlahan tanpa memandang Suha. Walaupun agak terkejut dengan reaksi gadis itu namun Suha lega. Dia membetulkan cara duduknya agar berdepan dengan gadis itu. Afiyah menarik nafas dalam.

"Saya tak sangka. Lelaki yang mengekori saya sehingga depan pintu rumah dua tahun yang lalu adalah lelaki yang sama mengekori saya sehingga sampai ke sini. Dua tahun yang lalu, dia merupakan salah seorang antara pelajar Universiti Malaya yang terlibat dengan kem motivasi tingkatan 5 di sekolah Fiyah. Mungkin sebab rupa paras dan anak seorang ternama namanya sekejap sahaja sudah menjadi sebutan dalam kalangan pelajar. Selama seminggu kem dijalankan, Fiyah tak perasan pun yang dia sebenarnya perhatikan semua gerak geri Fiyah. Sampai lah malam terakhir itu, dia datang jumpa Fiyah dan beritahu yang dia juga asalnya orang Melaka. Dia kata nak jumpa Fiyah bila dia cuti semester nanti. Fiyah tak tahu nak jawab apa sebab Fiyah memang terkejut. Fiyah pun tak sangka yang dia memang serius. Dia tunggu Fiyah depan sekolah dan ekori Fiyah sampai depan rumah. Dia jenis yang tak tahu berputus asa. Bila arwah mama benarkan dia masuk ke dalam rumah baru lah Fiyah berani sambut salam daripadanya," cerita Afiyah. Dia berhenti sejenak sambil memejamkan matanya. Memang dia akui Daffa seorang yang sangat pandai mengambil hati. Dia masih ingat bagaimana lelaki itu melayan arwah mamanya sehingga mamanya meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada lelaki itu untuk menjaganya. Apabila mengingatkan hari pemergian mamanya adalah hari yang sama dimana dia dan lelaki itu berpisah, ia benar-benar membuatnya sakit. Dia kehilangan dua orang insan yang bermakna dalam hidupnya pada hari yang sama. Suha menyentuh lembut bahu gadis itu. Dia agak risau apabila melihat reaksi wajah Afiyah seperti menahan kesakitan.

"Fiyah..." panggilnya. Afiyah membuka matanya semula.

"Genap dua tahun, akhirnya kami berpisah. Semuanya berjalan lancar sebelum ini. Cuma mamanya yang tak dapat terima Fiyah. Bukan Fiyah tak pernah cuba untuk menarik perhatiannya. Dah macam-macam Fiyah buat tapi Fiyah tak pernah berjaya. Kadang-kadang Fiyah tak sempat nak buat apa-apa mamanya dah terang-terang tolak Fiyah. Fiyah memang tak salahkan Daf dengan apa yang berlaku. Fiyah tahu dia tak mampu pilih antara Fiyah dan mamanya. Kalau Fiyah di tempatnya, Fiyah akan buat perkara yang sama. Siapa yang tak sayang mama," sambung Afiyah sambil menggigit bibirnya kuat. Dia sedaya-upaya cuba menahan air matanya daripada gugur. Suha memeluk bahu gadis itu. Cuba untuk menenangkannya.

"Bila Fiyah pulang selepas bertemu dengan Daf hari itu, mama dah tak ada. Kalau lah..., kalau lah Fiyah tak jumpa Daf hari itu. Kalau lah Daf tak pernah wujud dalam hidup Fiyah. Tentu Fiyah sempat jumpa mama. Tentu Fiyah sentiasa ada di sisi mama. Tentu...," air mata Afiyah menitis perlahan. Suha menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

"Tentu Fiyah tak rasa sakit sampai macam ini sekali. Sebab itu Fiyah dah tak boleh jumpa dia lagi. Walaupun..., Fiyah rindu. Tapi..., Fiyah tak boleh. Fiyah dah tutup hati Fiyah untuk lelaki itu," sambung Afiyah dengan suara tersekat-sekat seiring dengan air matanya. Suha memeluk erat sahabatnya itu.

Fiyah...,

*****

Aliya mengeluh perlahan. Rina yang duduk di sebelahnya menoleh.

Pilihan TerakhirOù les histoires vivent. Découvrez maintenant