Bab 13

176 6 2
                                    

Datuk Hashim menolak pintu bilik Aliya yang tidak berkunci. Kelihatan gadis itu sedang termenung di meja belajarnya.

"Boleh papa masuk?" tanyanya dengan nada lembut. Aliya berpaling menoleh.

"Masuk lah pa," jawabnya dengan senyuman hambar. Datuk Hashim melangkah masuk sambil berjalan perlahan menghampiri gadis itu.

"Kenapa gaduh dengan Fiyah?" tanyanya dengan kening berkerut.

"Perempuan itu dah melampau pa. Dia boleh kata nak bunuh Liya depan papa. Liya dah tak tahan. Liya nak papa hantar perempuan itu balik semula ke Melaka. Kalau tak, Liya akan keluar dari rumah ini!" balas Aliya separuh mengugut.

"Aliya!" Datuk Hashim menyentuh dadanya yang terasa pedih.

"Fiyah itu pun anak papa juga. Kakak Liya. Kenapa susah sangat nak berbaik dengan Fiyah? Papa tak suka Liya cakap macam itu dengan Fiyah. Lagi satu, papa tak nak ada sesiapa pun antara kamu yang keluar dari rumah ini!" sambungnya dengan nada tegas.

"Papa selalu menangkan perempuan itu. Papa ada tanya perempuan itu apa dia buat kat Liya? Papa dah lupa yang perempuan itu tak pernah anggap papa ini papa dia? Come on papa. Perempuan itu buat silap papa boleh aje pejam mata. Kalau Liya yang buat silap, papa tak pernah tak tegur Liya. Papa memang tak adil! I hate you!" kata Aliya separuh menjerit. Dia bangun lantas berlari keluar dari bilik. Datuk Hashim terduduk lemah di atas lantai.

Maafkan papa, Liya.

*****

Suha menghampiri Afiyah yang sedang termenung. Dia memandang sekeliling. Masih sedikit pelajar yang sampai awal pagi itu.

"Awal Fiyah masuk kelas," tegurnya sambil menarik kerusi. Afiyah hanya tersenyum hambar sambil memandang sekilas ke arah gadis itu. Suha mengeluh perlahan. Dia menyentuh bahu gadis itu.

"Fiyah," panggilnya lembut.

"Saya tak tahu sampai bila saya nak hidup macam ini Suha," kata Afiyah dengan suara yang perlahan hampir tidak kedengaran.

"Bahagia itu pilihan Fiyah," balas Suha sambil memandang tepat wajah gadis itu.

"Kalau macam itu, saya akan kembali semula ke Melaka. Di sini saya tak pernah rasa bahagia. Saya terluka dan rasa berdosa dengan semua orang," balas Afiyah tanpa memandang wajah gadis itu.

"Fiyah, saya bukannya nak masuk campur dengan masalah keluarga awak. Tapi sebagai kawan, saya nasihatkan awak supaya tinggal lah dulu dengan papa awak dan Liya. Betulkan dulu semuanya sebelum kembali. Kalau awak nak balik sekarang, masalah tak akan pernah selesai. Awak tak akan tenang sebab kebahagiaan yang awak nak itu tak akan datang tanpa kasih sayang. Saya tahu awak faham dengan apa yang saya maksudkan," nasihat Suha dengan ikhlas. Dia tahu jauh di sudut hati gadis itu ada kekesalan yang cuba menyelit namun mungkin kerana dendamnya yang lebih kuat maka gadis itu menafikan sekerasnya perasaan bersalah itu. Afiyah terdiam mendengar nasihat gadis itu. Suha menyentuh jemari Afiyah.

"Mungkin saya tak faham Fiyah. Sebab saya tak lalui apa yang Fiyah dah lalui. Tapi kita berdua memang mempunyai tujuan yang sama. Nak hidup bahagia dalam dunia yang sementara ini," sambungnya dengan senyuman. Afiyah hanya memandang gadis itu tanpa berkata apa-apa. Dia mengeluh lagi dalam diam.

Bahagia...?

*****

Eijaz memandang sekilas Aliya yang sedang termenung di mejanya.

"Kau nak lunch apa?" soal Kamal sambil memandang rakannya yang sedang sibuk memasukkan bukunya ke dalam beg.

"Kau pergi aje lah. Aku nak jumpa Fiyah," jawab Eijaz tanpa memandang.

Pilihan TerakhirWhere stories live. Discover now