Lelaki itu berkerut apabila melihat Mawar yang menunduk. Dia cuba mengintai wajah gadis itu namun pandangannya terhalang kerana gadis itu menutup wajah dengan buku menu.

Tanpa sepatah kata, dia terus duduk di depan gadis itu. Mawar terus angkat wajah. Bulat mata dia apabila memandang wajah selamba lelaki itu.

"Kau nak sorok-sorok apa? Aku kenal kaulah."

Mawar menggigit bibir. Hendak tidak hendak, dia tahu identitinya tidak boleh disorok. Keluhan panjang dilepaskan. Dia berdehem pendek.

"Lama tak jumpa kau. Kau apa khabar?" Lelaki itu sekadar berbasa-basi.

Pandangan tidak dilarikan daripada Mawar. Dia amat mengenali Mawar kerana gadis itu merupakan juniornya dulu waktu sekolah menengah.

"Alhamdulillah, sihat lagi."

"Senior apa khabar?"

Lelaki itu tertawa kecil. "Tak perlu panggil aku senior. I'm not your senior anymore. Erm, alhamdulillah sihat juga, masih mampu bernafas."

Mawar tersenyum janggal. Kening yang tidak gatal digaru. Rasa tak selesa apabila berdua-duaan begini. Bukan apa, dia tahu meskipun dia berada di sini, mata-mata Engku Raid tidak pernah terlepas walau sesaat pun daripadanya.

Dia tahu, Engku Raid tidak akan melepaskannya untuk bercuti semudah itu. Lelaki itu tahu setiap aktiviti dan pergerakannya.

Semalam ada juga Anna perasan ada seorang lelaki asyik memerhatikannya dari jauh. Namun dia hanya mengendahkan. Dia tidak mahu Anna menjadi tidak selesa jika mengetahui perkara sebenar.

"Hei." Terkebil-kebil mata Mawar apabila lelaki itu memetik jari di depan mukanya.

"Huh?" Kening Mawar bertaut.

Sekali lagi lelaki itu tertawa kecil. Terhibur dengan reaksi Mawar yang terpinga-pinga. "Ni aku tanya, datang sini dengan siapa?"

Lama Mawar diam sebelum menjawab. "Kawan saya." Lelaki itu mengangguk saja. Ralit dia renung wajah Mawar membuatkan gadis itu rasa tidak selesa.

"Erm senior—"

"It's Anas. Call me Anas." Potong lelaki itu.

Anas Mikael nama diberi.

Mawar mengangguk. Mulut ditutup kembali. Tak ada mood nak berbual dengan lelaki itu. Mata dikalihkan memandang Anna yang sedang berjalan ke arah mereka itu.

"Mamat mana kau bawa ni Mawar?" Anna menjeling Anas sekilas.

Bahu Mawar ditepuk sekali lalu dia labuhkan punggung di sebelah gadis itu. Kini matanya terpasak pada lelaki yang duduk di depan Mawar itu. Keningnya bertaut.

Kejap, macam dia kenal. Muka lelaki itu agak familiar.

"Lupa dah ke? Aku Anas Mikael. Senior lama kau orang." Anas menegur Anna.

Barulah Anna ingat. Dia tersengih seraya menepuk dahi. Macam manalah dia boleh lupa. Lelaki itu merupakan bekas crush dia dulu. Dulu sanggup dia ponteng kelas semata-mata nak mengintai Anas.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now