"You're hurting me." ringis Mawar.

"Tak nak sakit? Dengar je cakap aku."

Mawar diam tidak membalas. Tak ada guna jika dia melawan sekalipun. Tak akan ada sesiapa yang ingin menolongnya. Lantaran itu, Mawar hanya membiarkan. Meskipun dia rasa berdosa yang teramat.

Lebih kurang 15 minit perjalanan, kereta Engku Raid berhenti di depan sebuah restoran. Mawar sekadar mengikut langkah lelaki itu dengan senyap. Malas nak bersuara.

"Ni restoran sepupu aku." ujar Engku Raid setelah mereka mengambil tempat di meja paling belakang, tak ada ramai sangat orang memandang.

"Urm..." Mawar sekadar bergumam. Mata memerhatikan sekeliling.

Cantik. Ruang di bahagian depan kaunter berdekorasi tema taman bunga. Dekorasi yang simple dan minimal. Tak terlalu sarat dengan dekorasi moden. Lebih menenangkan.

"Yow bro, tak cakap datang sini." Engku Raid berdiri. Dia bersalaman cara lelaki dengan sepupunya, Engku Fatih.

"Hi Mawar." Kini pandangan Engku Fatih beralih kepada Mawar yang menunduk. Dia sedar pandangan Engku Raid kepadanya tetapi dia tidak hiraukan.

Masak benar dengan perangai sepupunya yang terlampau posesif itu.

Selama ini, Engku Raid selalu juga bercerita tentang Mawar kepadanya. Dia juga tahu apa yang telah terjadi antara mereka berdua tetapi dia hanya mampu mendiamkan diri.

"Err hai..." Mawar teragak-agak untuk membalas. Dia tersenyum paksa.

"Saya Fatih, sepupu Raid." Engku Raid memperkenalkan diri. Mawar sekadar mengangguk, wajah ditundukkan semula.

Engku Fatih tersenyum kecil. Bahu Engku Raid ditepuk beberapa kali. "Order je kau orang nak makan apa. Aku belanja hari ni."






"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






"Tuan, saya dapat tahu yang cik Mawar akan bercuti esok."

Mata yang terpejam, kini dicelikkan dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya. Berlapis-lapis dia pandang anak buahnya sekaligus penyiasat persendirian yang telah diupah untuk mengikut ke mana saja Mawar pergi.

Setiap pergerakan dan aktiviti gadis itu sentiasa dilaporkan kepadanya.

"Ke mana?" Soalnya bernada biasa. Tangan direhatkan di atas penghadang kerusi.

"Langkawi. Cik Mawar pergi bersama kawan dia, Anna Haysa esok." Ringkas dan padat jawapan lelaki itu.

Engku Raid mengangguk saja. Jemari panjangnya mengetuk-ngetuk permukaan kaca meja kerjanya. Otak sedang memikirkan sesuatu. Dia tersengih sinis.

"Luqe, aku nak kau siapkan semuanya. Kau ikut aku ke Langkawi esok."

Mendengarkan arahan Engku Raid, Luqe hanya mengangguk akur. Takkanlah dia nak   jawab "Eh tak boleh, malas aku." Kang ada pula dia kena maki dengan tuannya itu. Ceit.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now