§ Episod 9 §

1.3K 133 18
                                    

Kelihatan cahaya matahari yang bersinar terang menandakan pagi telah pun tiba,cahaya matahari kelihatan malap sahaja disebabkan awan yang menutupi salji itu

Gempa yang dari tadi lagi sudah bangun kelihatan sedang mengemas sesuatu di biliknya

Dia memasukkan beberapa bahan sihirnya ke dalam beg kecilnya lalu mengambil sarung tangan di meja tepinya dan terus memakai sarung tangan itu

Kelihatan dia memakai pakaian berwarna hitam bergaris keemasan dengan warna tambahan iaitu coklat di bahagian bawa [boleh tengok gambar dia di part 'watak' atau cover book,cuma pedang tak ada huhu]

Rantai di lehernya dia pakai kemudian dia masukkan ke dalam baju untuk menyembunyikan rantai itu

Rantai itu adalah simbol rasmi Seveny Kingdom dan ini bermaksud hanya orang yang memiliki kaitan dengan keluarga di raja Seveny Kingdom sahaja memiliki rantai ini

Gempa tak nak bila dia sampai di akademi itu nanti,orang terkejut melihat rantai di lehernya dan itu pasti membuatkan orang tertanya-tanya akan diri Gempa

Ya,hari ini adalah hari di mana Gempa akan ke akademi pahlawan. Hari di mana dia akan memulakan sebuah perjalanan yang baru

Gempa pun memakai beg yang berada di kerusinya lalu berjalan ke pintu,sempat dia menoleh untuk memandang biliknya buat kali terakhir sebelum keluar dari situ

Bam!

Pintu pun ditutup dan bilik itu terus menjadi kosong..hanya di temani cahaya matahari yang masuk ke dalam melalui tingkap

————
————

"Datuk..Yuki..pagi!" Kata Gempa dari atas tangga,dia pun memandang Datuk Takashi yang sedang berada di ruang tamu bersama Yuki

Seperti biasa dia pun melompat dari tangga ke bawa dan dia mendarat dengan selamatnya di bawa

Dia pun berjalan ke arah mereka dan duduk di situ lalu memakan makanannya

"Kamu sudah kemas apa yang perlu?" Tanya Datuk Takashi

"Erm! Dah" kata Gempa sambil mengangguk

"Tapi..tak apa ke Gempa hanya mengusai setengah sihir sahaja?" Tanya Gempa,kelihatan raut wajah risaunya

"Asalkan kamu dapat menguasai kesemua sihir Protection pun dah cukup..lagipun tiga sihir teratas itu agak susah untuk kamu kuasai"

"Walaupun..Datuk sangat ingin kamu untuk kuasai sihir kedua Magic Sword" kata Datuk Takashi lagi

"Sihir kedua..? Oh! Pedang berapi?"

"Ya sebab..Datuk ingin kamu untuk memberikan tenaga kepada Yuki..kamu tahu bukan,Yuki hidup dengan menyerap tenaga haba" kata Datuk Takashi

Gempa yang mendengarnya pun membuat wajah terkejut dan tak percaya

Nak kuasai sihir pertama Magic Sword pun dah susah ni kan sihir kedua dia! Tapi tak apa..demi Yuki,Gempa akan cuba untuk kuasai huhu

Itulah yang ada di fikiran Gempa sekarang,dia pun mengunyah habis makanan di mulutnya lalu bersuara

"Baiklah,Gempa akan cuba untuk kuasai sepenuhnya sihir kedua Magic Sword"

The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓}Where stories live. Discover now