§ Episod 7 §

1.4K 134 10
                                    

[Besoknya]

Klak

Gempa memandang terkejut sebuah pintu bawa tanah di belakang rumah mereka,dia tidak pernah menyangka akan terdapat sebuah pintu di situ

"Mari" kata Datuk Takashi lalu masuk ke dalam

Gempa pun mengikuti langkah Datuk Takashi menuruni tangga menuju ke bawa

Setiap perjalanan mereka diiringi oleh lampu api yang sudah terpasang di dinding tangga itu

Mereka pun berhenti di depan sebuah pintu dengan simbol '§' di tengah-tengah pintu itu

Datuk Takashi mengangkat tangannya dan serta merta satu cahaya berwarna hijau keluar dari tangannya

Shing~

Simbol di pintu itu pun turut mengeluarkan cahaya berwarna hijau dan tak lama lepas itu,pintu itu terbuka

Mereka pun masuk ke dalam dan pintu itu terus tertutup semula membuatkan Gempa tersentak seketika

Dia memandang pintu itu lalu memandang ke hadapan semula

"Wouh..."

Matanya membesar tatkala dia melihat buku-buku yang begitu banyak di bilik itu,kelihatan seperti sebuah perpustakaan sahaja

Buku-buku itu terlalu banyak sampaikan bertimbun di lantai,terdapat juga sebuah meja dengan beberapa kerusi ditengah-tengah bilik itu

"Gempa,apa kamu tidak pernah tertanya-tanya..akan tanda lahir di belakang tangan kamu itu?" Kata Datuk Takashi tiba-tiba membuatkan Gempa yang sedang melihat sekeliling bilik itu terus memandangnya

"Mestilah...Gempa tertanya-tanya..tapi..Gempa fikir mungkin ini hanya tanda lahir biasa" kata Gempa sambil menyentuh simbol 'tanah' di belakang tangannya

"Bagaimana kalau tanda lahir itu bukan lah tanda lahir biasa tetapi..merupakan simbol kepada siapa diri kamu yang sebenarnya?"

Kata-kata Datuk Takashi membuatkan Gempa terus memandangnya

"Apa..maksud Datuk..?"

Datuk Takashi pun berjalan ke sebuah kerusi di itu,dia juga menyuruh Gempa untuk duduk di kerusi hadapannya

"Manusia mempunyai kuasa dari mereka lahir..tetapi,kuasa itu hanya akan muncul disaat diri mereka genap 18 tahun"

"Dan diri kamu telah pun genap 18 tahun..jadi,kuasa kamu pasti sudah muncul bukan?"

"Kamu pasti tidak tahu kuasa apa yang ada dalam diri kamu tetapi cuba lah untuk lihat betul-betul simbol itu dan kamu akan mengetahuinya"

Gempa yang mendengarnya pun memandang simbol di tangannya itu

"Jadi..Kuasa Gempa..adalah tanah..?"

"Ya"

"Huh..ianya hanya kuasa yang biasa" kata Gempa tersenyum nipis

Datuk Takashi yang mendengar kata-kata Gempa pun mengeluh lalu berdiri dan mengambil sebuah buku keemasan

Dia membuka buku itu lalu meletakan di tengah-tengah meja

Tiba-tiba cahaya bersinar terang di buku itu dan keluarlah imej simbol-simbol dan ianya ada 7 simbol

"Macam yang Datuk cakap kelmarin,ada 7 kuasa paling terkuat iaitu.."

"Petir" simbol petir kelihatan keluar dari imej cahaya itu

"Angin" simbol angin kelihatan

"Api" simbol api kelihatan

"Air" simbol air kelihatan

"Daun" simbol daun kelihatan

"Cahaya" simbol cahaya kelihatan

"Dan...kuasa yang merupakan kunci utama kepada keenam-enam kuasa ini,pelindung kepada keenam-enam kuasa ini..iaitu.."

"Tanah" simbol tanah terus kelihatan di hadapan Gempa

Gempa pun memandang terkejut pada imej cahaya di depannya yang mengeluarkan simbol 'Tanah',simbol itu sama seperti di lengannya

"Ini adalah tujuh kuasa alam semula jadi..tujuh kuasa paling terkuat..mereka yang lahir mempunyai salah satu kuasa terkuat ini akan mempunyai satu simbol di badan mereka"

"Dan ya,kamu mempunyai salah satu simbol itu" kata Datuk Takashi membuatkan Gempa memandang simbol di tangannya

"A-apa..tapi..macam mana..?"

"Datuk pun tak pasti Gempa tapi rasanya ini bukan lah satu kebetulan untuk kamu mendapatkan salah satu kuasa terkuat ini"

Datuk Takashi pun berjalan ke arah Gempa lalu memegang tangan Gempa,dia menyentuh simbol 'tanah' itu

"Kuasa yang kamu miliki ini sangatlah berbahaya sebab kuasa ini adalah kuasa utama kepada keenam-enam kuasa yang lain itu"

"Kuasa ini adalah kunci dan jika kuasa jahat mendapatkan kuasa kamu..maka..dunia manusia pasti akan hancur.." kata Datuk Takashi membuatkan Gempa memandang tak percaya

"Datuk juga sudah lama tahu akan kuasa yang ada dalam tubuh kamu sejak kali pertama berjumpa dengan kamu.." kata Datuk Takashi

Gempa diam tanda mengerti,dia memang sudah lama mengetahu bahawa Datuk Takashi bukanlah Datuk sebenarnya

Dia tahu,dirinya di jumpai oleh Datuk Takashi sewaktu masih bayi di sebuah sungai atas perahu kecil

"Kalau kamu mahu tahu..kuasa yang terkuat hanya boleh di miliki oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan pemilik lama kuasa terkuat itu"

"Datuk tak tahu..macam mana kamu boleh miliki kuasa ini tepi..bila di fikirkan balik..sejak Datuk terjumpa kamu di sungai itu.."

"Datuk mula terfikir akan sesuatu kemungkinan.."

"Dan kerana itu,Datuk mahu kamu untuk berjumpa dengan seseorang" kata Datuk Takashi lagi membuatkan Gempa memandangnya

"Datuk ingin kamu berjumpa dengan pemilik asal kuasa ini,Ratu 'Seveny'..dialah pemilik asal ketujuh-tujuh kuasa alam semula jadi"

"Datuk tidak dapat memberitahu dengan lebih banyak mengenai kuasa kamu tapi Ratu 'Seveny' mungkin mengetahuinya"

"Dan Datuk harap,bila kamu sudah dapat berjumpa dengan dia..kamu boleh tanyakan juga kepadanya tentang rantai yang ada di leher kamu"

Gempa pun memegang rantai di lehernya

"Sebab,rantai bersimbolkan perisai itu merupakan simbol rasmi kerajaan 'Seveny'. Lagipun..Ratu 'Seveny' dulu mempunyai seorang anak lelaki"

Deg

Gempa pun memandang ke arah rantai di lehernya,terkejut apabila mendengarnya

"Jangan-jangan...."

"Dan Datuk jumpa kamu sewaktu berlakunya peperangan yang dilakukan oleh iblis dan raksasa ke atas Seveny Kingdom"

"Tak..mungkin..jadi..maksudnya..." Gempa pun memandang Datuknya,pelbagai macam tanda tanya dan kemungkinan mula timbul di fikirannya

"Ratu Crisalyna!"

Fikirannya terus tertumpu pada mimpinya kelmarin,dia menggeleng kepalanya tak percaya

"Datuk rasa...kamu adalah anak kepada Ratu"

"Putera kepada Ratu Crisalyna"

[TBC]

The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓}Where stories live. Discover now