§ Episod 31 § {LAST}

1.7K 128 4
                                    

Author rasa semangat dengar lagu ni tadi,korng pun dgrlh ÒwÓ👆

------
------

Tap..tap..tap

Suara langkah kakinya kedengaran di sepanjang lorong itu,dia yang baru keluar dari asrama lelaki dan menuju ke dewan utama

Pakaian yang dia pakai sama sewaktu hari pertama dia sampai di akademi

Tak terasa masa berlalu dengan begitu cepat sedangkan dulu dia hanya seorang budak berumur 10 tahun

Yang mempunyai impian untuk masuk ke dalam kerajaan Seveny,ingin mengetahui apa yang ada di sebalik dinding hadapannya itu

Dan sekarang apa yang dia inginkan tercapai

Sekarang umurnya 18 tahun,melangkah kan kakinya di situ dengan pelbagai macam tujuan

Salah satunya adalah tentang..mencari tahu diri sebenar dia

Dia melalui banyak cabaran sepanjang berada di akademi

tetapi dia tahu..itu hanyalah permulaan dan cabaran yang dia terima adalah mudah

Tap..

Dia berhenti di hadapan pintu dewan utama,satu senyuman terukir di bibirnya

Dia pun mengangkat kedua tangannya lalu menolak pintu itu selebar mungkin sehingga membuatkan penghuni di dalam dewan menoleh

Bisikan kedengaran, pandangan kagum kelihatan

Dan semua itu tertuju pada dia

Dia adalah...-

"Gempa!~" Zui mengangkat lalu melambaikan tangannya,disebelah dia kelihatan Zen yang tersenyum nipis

Gempa membalas senyuman kedua kawannya lalu melangkah masuk ke dalam dewan

Lencana di tepi bajunya bersinar indah,lencana Red iaitu peringkat ke-2 dari bawa setelah Silver

Dia adalah...Gempa yang merupakan pelajar baru di situ

Seorang pelajar baru yang berjaya mencapai peringkat lencana Red dalam masa 2 bulan sahaja

2 bulan dia di situ dan 2 bulan dia telah berjaya masuk ke peringkat lencana Red

Mungkin kerana kemampuan dia,mungkin kerana latihan itu. Atau mungkin kerana..kuasa di dalam dirinya

"Selamat pagi!" Sapa Gempa dengan penuh semangat

"Yoshh! Selamat pagi juga!~ / Ya, pagi" Sapa kedua kembar itu serentak

"Erm? mana Yuki?" Gempa menoleh ke kiri dan kanan,mencari keberadaan gadis itu

"Yuki kata dia lambat sikit tapi nanti datang lah tu" jawab Zui membuatkan Gempa mengangguk faham

"Baiklah! Aku harap dia akan sampai secepatnya"

--------

--------

Yuki sedang di biliknya,berdiri di depan meja. Sedang memegang sesuatu,berwarna biru apabila dia menyentuhnya

Benda itu beruba warna ke asal iaitu merah sebaik sahaja Yuki meletakan semula ke kotak dan menutup kotak itu

Benda yang dia sentuh itu kecil sahaja jadi kotaknya juga kecil. Yuki memasukkan kotak yang di perbuat daripada kayu itu ke dalam poket bajunya

Setelah itu,barulah dia melangkah keluar dari biliknya untuk menuju ke dewan utama.

Yuki masih belum berumur 18 tahun kerana dia hari jadi hujung tahun iaitu bulan 12,tepat hujung bulan tanggal 31

Sekarang bulan 8, lagi 4 bulan

Untuk tahun depan..dihari jadinya ke-19 lah hari itu akan tiba..

Datangnya Gerhana Blue Sky yang hanya terjadi 8 tahun sekali seperti 7 tahun lalu..

Yang akan mengaktifkan Power Infinity miliknya

"lagi satu tahun ya..? masa berlalu dengan pantas..." hati kecil Yuki berbisik perlahan

Yuki takut..akan datangnya hari itu..

Dia tidak mahu.. segalanya berulang seperti 7 tahun lalu

Tidak mahu melihat kuasa orang lain di rampas lagi..tidak mahu melihat nyawa orang terkorban lagi..tidak mahu pertumpahan darah terjadi lagi..

Dan..

"Seperti 7 tahun lalu.. kita berempat berada di situasi yang sama"

Tidak mahu hubungan dia,Solar,Thorn dan Hali musnah hanya kerana kuasa dan dirinya..

Patutkah dia menyerahkan sahaja dirinya? Dia tidak mahu menyusahkan orang lain...

Lagipun..jiwa dia telah tidak suci kerana dia adalah demon

Tap...

Yuki berhenti di hadapan pintu dewan itu,masih tidak ingin membuka pintu. Dia diam memandang lantai sambil fikirannya melayang jauh

Masa memang berlalu begitu cepat sehingga tidak terasa satu tahun lagi hari itu akan tiba..

Patutkah dia menyerah atau bertahan seperti 7 tahun lalu?

"Aku..takut" Yuki memegang kedua-dua tangannya sambil menutup mata

Walaupun sesetengah memori Yuki akan terbatas tetapi memori 7 tahun lalu tidak akan pernah terlupa di fikirannya

Ianya..menyakitkan untuk dia sehingga rasanya seperti ada batu yang sangat berat mengunci tubuhnya dari membuatkan dia meneruskan langkah ke hadapan

"Mungkin aku memang patut menyerahkan diriku pada dia"

Tetapi kemudian, pintu depannya terbuka sehingga membuatkan dia mengangkat wajahnya

Mata biru pudar milik dia bertembung dengan mata coklat milik seseorang. Orang itu tersenyum lebar

"Gempa..."

Gempa memegang tangannya,digenggam kemas tangan Yuki seperti dia tidak akan lepaskan tangan itu

"Jangan pernah berfikir seperti itu,aku tak akan benarkannya"

"Jika kau takut,aku akan berada di sisi kau dan mengusir rasa takut di dalam dirimu" kata Gempa lagi semakin kuat memegang tangan itu

Yuki yang mendengarnya mula mengukirkan satu senyuman lalu dia pun mengangguk perlahan

"Baiklah...Gempa"

"Sudah,mari kita masuk. Zen dan Zui dah menunggu kita"

Gempa dan Yuki pun melangkah masuk ke dalam dewan itu

lalu pintu dewan terus tertutup..

Bam!





















[ THE END ]
OF
[ SEASON 1 ]

The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓}Where stories live. Discover now