§ Episod 6 §

1.4K 122 6
                                    

"7 tahun lalu,mungkin kamu sudah tidak mengingatinya Gempa tetapi pada hari itu kamu telah keluar ke hutan untuk menolong Datuk mencari kayu"

"Dan tak lama lepas kamu pergi,Nitsuki pun datang ke rumah Datuk sambil membawa Yuki dalam keadaan dirinya yang seperti sekarang ini"

[flashback 7 tahun lalu]

Tok tok tok

Datuk Takashi yang sedang sibuk memotong kayu itu terus menandang ke pintu apabila mendengar bunyi ketukan

Dia pun berjalan ke arah pintu,hatinya tertanya-tanya akan siapa kah yang mengetuk pintu itu

Klak

Pintu di buka dan wajah anak angkatnya, Nitsuki terus terpapar di hadapannya

"Ayah..." panggil Nitsuki perlahan

"Nitsuki.."

Datuk Takashi pun terus memeluk anak angkatnya yang sudah bertahun lamanya tidak dia jumpa itu

Dia lalu melepaskan pelukannya dan terkejut melihat seorang gadis kecil sebaya Gempa berdiri di sebelah Nitsuki

Gadis kecil itu hanya diam sambil memandang kosong hadapannya

"Siapa ni Nitsuki..?" Tanyanya tidak mengenali gadis kecil ini

Datuk Takashi memandang lama gadis kecil itu dan kemudian dia memandang Nitsuki

"Ayah....sebenarny-"

"Kenapa kau membawa raksasa kecil ke sini?" Kata Datuk Takashi membuatkan Nitsuki memandangnya terkejut

"Jadi...ini anak kamu?" Kata Datuk Takashi memandang gadis kecil itu

"Dan nama dia Yuki?"

"Ya..Ayah.." kata Nitsuki mengusap perlahan rambut anaknya

"Apa kamu sudah memberinya 'makanan' ?"

Nitsuki memandang sekilas Datuk Takashi lalu mengangkat lengan anaknya

Kelihatan satu gelang tali melingkari lengan Yuki,gelang itu bersinar terang keemasan

"Gelang ni adalah gelang 'pembatasan',ia pemberian dari Ratu"

"Gelang ini bantu Yuki untuk mengawal dirinya apabila terserempak dengan manusia"

"Dia juga tak makan manusia,ayah hanya perlu berikan dia tenaga haba seperti cahaya matahari dan api sahaja untuk kumpulkan tenaganya"

"Betul ke? Baguslah kalau begitu" kata Datuk Takashi lega

"Tapi...selama dia memakai gelang ini,pemikiran dia juga akan terbatas dan itu membuatkan dia hanya mengingat sedikit sahaja memorinya" kata Nitsuki

"Dan ayah,saya datang ni sebenarnya nak minta tolong ayah untuk jaga dia" kata Nitsuki

"Ayah tahu bukan tempat tinggal kami di bandar,di tengah-tengah kota. Saya tak boleh menjaga dia selamanya"

"Ratu juga menyuruh Saya untuk membawa keluar Yuki dari situ sebab kalau tidak lama kelamaan orang sekeliling kami akan tahu juga nanti.."

"Apa tidak ada cara lain untuk membatalkan sumpahan itu?" Tanya Datuk Takashi tiba-tiba

Nitsuki pun diam,cuba memikirkan akan kata-kata ayahnya.

"Sebenarnya...Ratu ada cakap..satu-satunya cara untuk membatalkan sihir itu dengan mencari siapakah penyebab Yuki terkena sumpahan itu"

"Dan saya tak tahu siapa penyebabnya..benda tu berlaku waktu Yuki berada jauh dari saya ayah.."

Datuk Takashi pun mengeluh lalu memandang Yuki yang sedang duduk diam di tepi Nitsuki

Siuhh~~

Angin sejuk meniup masuk dari tingkap menuju ke tempat mereka berada

"Huh..?" Tiba-tiba gelang di tangan Yuki bersinar terang membuatkan gadis kecil itu terus memandang lama gelangnya

Dan kemudian,bebola matanya tiba-tiba bertukar menjadi seperti kucing,dia pun berdiri membuatkan Nitsuki dan Datuk Takashi terkejut

"Yuki,kenapa ni?"

Yuki tidak menjawab terus berlari keluar dari situ

Bam!

Dia membuka kuat pintu dan terus berlari keluar

"Hermm...." dia mengeram perlahan,giginya dia ketap kuat lalu memandang sekeliling

Cahaya di gelangnya bersinar lagi membuatkan dia terus memandang gelang itu

Dia pun lalu berlari masuk ke dalam hutan tanpa memperdulikan teriakan ayahnya yang memanggil dirinya

"Yuki!"

Tap!

Yuki pun berhenti lalu melihat ke tepinya,gelangnya bersinar terang lagi seperti menyuruhnya untuk berjalan ke tepi

Tanpa membuang masa,dia pun terus berlari laju mengikuti arah cahaya di gelangnya

"Darah! Bagi aku!"

"Arghh!!" Teriak Gempa lalu menutup matanya,tanpa dia sedar cahaya di rantainya bersinar terang

Yuki yang berada tidak jauh dari situ terus menggenggam kuat tangannya,matanya yang pudar itu terus bertukar warna ke warna biru terang

Dia pun terus melompat tinggi menuju ke arah makhluk itu lalu menendang kepalanya sekuat tenaga

BUK!

[End Flashback 7 tahun lalu]

"Jadi,Yuki ni dulu manusia?"

"Ya,disebabkan satu sumpahan. Dirinya telah bertukar menjadi raksasa" kata Datuk Takashi

Gempa pun memandang Yuki yang masih memeluk Datuk Takashi

Nak kata manusia pun tak dan nak kata raksasa lagi lah tak mungkin

Sebab Gempa tak nampak pun rupa raksasa di diri Yuki,yang Gempa lihat hanyalah seorang gadis sebaya dirinya

"Gempa,besok kamu sudah genap 18 tahun bukan?" Kata Datuk Takashi membuatkan Gempa terus tersedar

"Oh,ya..Gempa hampir lupa tentang tu" kata Gempa teruja

"Besok,Datuk mahu tunjukan pada kamu sesuatu jadi bangun awal" kata Datuknya lalu berdiri

"Oh,baiklah Datuk"

"Mari,Yuki" kata Datuk Takashi membuatkan Yuki terus berdiri

Mereka pun berjalan ke pintu tetapi tiba-tiba Yuki memghentikan langkahnya lalu menoleh kembali ke Gempa

"Huh.."

Yuki terus berjalan ke arah Gempa dan terus memeluk Gempa

"Ermm..." pelukan Yuki semakin kuat membuatkan Gempa menjadi binggung

"Ke-kenapa ni?" Tanya Gempa kehairanan

"Mungkin..kamu ingatkan dia pada abang dia. Yuki sebenarnya mempunyak seorang abang dan Nitsuki kata Yuki sangat-sangat menyayangi abangnya" kata Datuk Takashi

"O-oh" Gempa pun dengan perlahan membalas pelukan Yuki

Yuki lalu melepaskan pelukan dan memandang wajah Gempa,dia mengangkat tangannya dan penyentuh pipi Gempa

Tanpa mereka sedar,cahaya di gelang dan rantai keduanya bersinar terang

"Pergi!"

Ingatan akan abangnya terus terlintas di hadapan Yuki membuatkan Yuki memandang Gempa sedih

Dia pun bangun lalu berjalan ke pintu dan mereka terus keluar dari situ

[TBC]

The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓}Where stories live. Discover now