§ Episod 24 §

1.2K 129 8
                                    

Thorn menghulurkan tangannya ingin membantu Hali untuk bangun dan dengan pantas Hali menyambutnya

Hali berjalan menuju ke arah Taufan dan Blaze yang masih cuba untuk tenangkan Yuki

Thorn pula berada di belakangnya,mengikuti langkahnya

Hali berhenti memandang sekeliling kawasan tempat Blaze dan Taufan

"Dia masih tak nak keluar ke..?" Tanya Hali kepada Thorn

"Ha? Oh..ya" Thorn menjawab dengan perlahan

Hali pun memandang ke luar medan perlawanan,melihat ke arah seseorang yang masih tetap berdiri di situ dan tidak ikut serta mereka

"Aku..boleh paksa dia kalau kau mahu"

"Tak perlu, biarkan dia dengan rasa bersalah dia itu" Hali membalas dengan pantas

"Erk!" Hali meringis perlahan sambil memegang perutnya yang terasa sakit

Mungkin kerana hentakan di dinding tadi

"Kau tak apa-apa ke?" Tanya Thorn mula risau

"Ya,aku hanya mengalami luka hentakan"

"Aku boleh guna kuasa penyembuh aku kalau kau mahu"

Hali diam tanda berfikir dengan kata-kata Thorn

"Luka hentakan aku tak teruk mana dan aku rasa ada baiknya kau guna kuasa kau untuk budak tu" kata Hali memandang tepi dia

Memandang ke arah Gempa yang sedang terbaring tak jauh dari tempat dia dan Thorn berada

"Kau tahu bukan kuasa aku tidak berkesan kepada mereka yang terkena racun kegelapan "

"Tak salah mencuba,kau pergi lah sembuhkan dia,biar kami bertiga tenang kan gadis itu"

"Tapi kapte-"

"Jika tak boleh!" Hali dengan pantas memintas kata-kata Thorn,tidak ingin Thorn memanggilnya dengan panggilan itu

"Sekurang-kurangnya tolonglah Yaya untuk buka kunci kertas itu"kata Hali lagi

Thorn terkejut mendengarnya lalu memandang ke arah tepi

Dia memandang ke arah Yanita,di situ terdapat segulung kertas dan keluar cahaya keemasan dari kertas itu

Kelihatan Yanita sedang sibuk menyusun ayat-ayat kuno yang keluar dari kertas tersebut,seperti ingin membuka kunci dari kertas itu

Thorny terus terkejut apabila mengenal kertas yang berada di tangan Yanita itu

"Itu!..bukan kah itu 'Sihir Rasmi diraja'? Bagaimana boleh ada di situ?" Thorny memandang ke arah Hali,minta penjelasan

"Ratu memberikan kertas gulungan tersebut kepada gadis bernama Yuki itu"

"Apa..? Bagaimana boleh? Kau tahu bukan itu kertas apa?! Dan! ianya tidak boleh diberikan kepada sebarangan orang!"

"Bagaimana pula jika Yuki.. bukan 'sebarangan orang' kepada Ratu?" Hali bertanya kembali dan itu membuatkan Thorn diam

Thorn diam dan berfikir dan tak lama lepas itu dia memandang ke arah Hali

"Tak mungkin..jadi Aoi lah yang di maksudkan oleh Ratu!?"

————
————

Yanita masih sibuk menyusun setiap ayat-ayat kuno yang depannya itu,matanya bercahaya menandakan dia menakrifkan 'tanda kunci' di dalam tubuhnya

Sebenarnya kertas gulungan itu hanya boleh di buka kepada mereka yang dipilih oleh Ratu sahaja

Yanita,Thorn dan Sakura merupakan tiga penjaga kepada 'Sihir Rasmi diraja' itu

The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓}Where stories live. Discover now