§ Episod 22 §

1.3K 130 11
                                    

"Apa..apa yang sebenarnya sudah berlaku"

Yanita pun memasang wajah marah,dia rasa marah kerana terlalu lama tidak sedarkan diri

Dia harus hentikan semua ini

Jika apa yang Gempa katakan betul

Kalau Yuki sampai menyerap habis tenaga Shadow..Shadow pasti akan mati!

Dan jika Yuki tidak mampu mengawal dirinya,kemungkinan besar medan pertarungan ini akan hancur!

Lalu semua yang ada di sini mungkin akan turut terkena racun itu

Racun kegelapan terlalu kuat untuk di kawal..sedangkan sewaktu Shadow terkena pun dia tidak mampu mengawalnya

Yanita pun bangun walaupun badannya sakit dia tetap cuba berjalan sambil memegang tekuknya

"Kak!..Yanita!"

Dia menghentikan langkah apabila mendengar dirinya di panggil

Gempa mengangkat tangannya arah Yanita,memanggil Yanita agar menuju ke arahnya

Yanita pun terus berjalan ke arah Gempa lalu duduk di hadapan Gempa

"Gempa! Tolong jangan terlalu banyak bergerak,kalau tidak racun itu akan semakin merebak"

Gempa menggeleng kuat kepalanya lalu cuba bangun dan memandang ke arah Yuki

Gelang emas di lengan Yuki perlahan-lahan mula bertukar menjadi gelap dan itu membuatkan Gempa risau

"Tidak boleh,saya harus menghentikan Yuki..sebab..kalau..dia sera- Ark!" Gempa jatuh membuatkan Yanita terus memegang bahunya

"Kakak tahu tapi tubuh kamu sangat lemah sekarang Gempa!" Kata Yanita risau

"Kamu tunggu di sini biar kakak yang he-"

"Kakak tidak boleh,Yuki tidak akan dengar cakap kakak" kata Gempa

"Apa maksud kamu?"

"Dia akan hilang kawalan..jika terlalu ikutkan perasaan marah dia"

"Jadi dia tidak akan dengar cakap..orang sekeliling dia termasuk Ugh..saya" kata Gempa menahan sakit di perutnya

"Tapi kamu lemah sekarang Gempa! Kamu tidak boleh bergerak!" Kata Yanita meninggikan suaranya,dia risau jika Gempa terlalu memaksa dirinya

"Tapi saya juga tidak mahu Yuki mencederakan siapa-siapa" kata Gempa memandang ke arah Yanita

"Gemp-"

"Saya sudah berjanji pada ayah dia..yang saya akan jaga Yuki dan sekarang Yuki berada di bawa jagaan saya.."

"Saya..yang menjaganya jadi sekarang tanggungjawab saya untuk hentikan semua ini" kata Gempa lagi lalu tersenyum

Yanita diam

'Beta adalah pemerintah! Beta yang menjaga dan melindungi jadi sekarang tanggungjawab Beta untuk hentikan semua ini!'

Cebisan memori Yanita datang lagi,kata-kata dari Gempa membuatkan dia ingat akan kata-kata Ratu dulu

Yanita pun mengeluh perlahan lalu mengangguk

"Baiklah tapi tolong benarkan aku membantu kau"

"Ya,saya memang perlukan bantuan kakak" kata Gempa tersenyum lega

Gempa pun menarik nafas cuba mengawal rasa sakit yang semakin masuk ke seluruh tubuhnya itu

"Kakak..tolong keluarkan kertas berwarna emas di dalam beg kecil saya" kata Gempa lagi menarik beg belakangnya

Yanita pun mengeluh lalu mengambil beg Gempa dan mengeluarkan sebuah gulungan kertas berwarna emas

"Apa yang ingin kamu buat?"

Gempa membuka gulungan kertas itu lalu terlihat sebuah lambang 'Protection' di dalamnya

Gempa pun memandang ke arah Yuki dan Shadow

"Saya akan tamatkan semua ini" kata Gempa serius

————

"Ini sangat teruk! Kita tidak boleh hanya melihat,kita harus hentikan semua ini" kata Taufan berdiri

"Kita tidak boleh masuk campur,itu melanggar Kod SV " kata Hali datar

"Tapi kita tidak boleh hanya melihat! Kau tidak nampak apa yang aku nampak Hali..aura gelap Shadow berpindah ke arah Yuki!" Kata Taufan meninggikan suaranya

Hali memandang ke arah Taufan

"Sejak bila..kau jadi perduli dengan benda di sekeliling kau?"

Taufan terdiam

"Apa kerana..adik Solar itu..ingatkan kau pada adik kau?"

Deg

"Aku ingat,adik kau pun dapat sumpahan tu bukan? Apa kerana itu kau kesah?"

"Apa yang akan kau buat untuk hentikan dia?"

Hali berdiri

"Apa kau akan bunuh dia..macam yang kau buat pada adik kau?" Tanya Hali lagi

Taufan diam mendengar kata-kata Hali,dia menunduk memandang lantai

"Hali..kau tahu kan yang aku sangat menyesali dengan perbuatan aku itu..."

Taufan mengenggam tangannya

"Kau tahu kan yang aku menyesal melakukan tindakan begitu..."

"Aku...."

"Tidak ingin mengulangi kesilapan itu lagi.." kata Taufan perlahan

Hali tersenyum lalu menepuk perlahan bahu Taufan

"Ya aku tahu..aku hanya ingin mendengar kata-kata itu lagi dari mulut kau"

"Aku akan tolong tapi kita berdua saja tidak akan cukup" kata Hali lagi menurunkan tangannya

Taufan pun tersenyum lalu mengangguk faham

"Blaze" Panggil Hali memandang ke arah seorang lelaki berambut oren yang duduk di sebelahnya

"Baiklah, apa kita tidak ajak mereka yang lain?" Tanya Blaze lalu berdiri

"Aku tidak rasa mereka akan tolong lagipun Ice tidak ada di sini" kata Taufan

"Yah,si pemalas tu tengah ada misi dan teruknya dia pergi tanpa aku" kata Blaze memasang wajah tak puas hati

"Kalau mereka tak nak,kita tiga sahaja lah ni?" Tanya Blaze

"Nampaknya begitu tapi kalau aku boleh yakinkan mereka,mungkin mereka mahu" kata Hali

Dia pun memandang ke arah dua orang yang sedang berdiri tak jauh dari tempat mereka bertiga berada

"Yah tak apa lah,kita boleh panggil mereka berdua tu kalau keadaan tidak boleh di kawal sangat" kata Blaze

"Sudah,kita tidak ada masa..kita tidak tahu apa yang akan terjadi nanti"

Lalu mereka pun terus berlari masuk ke dalam medan perlawanan

[TBC]

Author nak umumkan yang cerita ini akan tamat tak lama lagi!! Yeahh!!

Mesti korang pelik

Kenapa nak tamat sedangkan Gempa belum selesaikan semuanya? Dan Yuki belum jadi manusia?

Khu khu

Sebabnya adalah

Author nak buat book ke-2 yeahhh!!

Untuk book pertama ni tentang Gempa dan Yuki berjaya selesaikan Ujian mereka je

Nampaknya para pahlawan tertinggi akan menghentikan Yuki guys khu khu

Tapi..berjaya kah mereka?

Sebab kita tidak tahu macam mana kuat kah racun kegelapan itu

'Mereka' yang di maksudkan Blaze,Taufan dan Hali tu nanti korang akan tahu di ep seterusnya

Oke bye:)

The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓}Where stories live. Discover now