§ Episod 18 §

1.3K 134 2
                                    

[malam]

Kelihatan semua pelajar mula menuju ke bilik masing-masing untuk tidur memandangkan hari semakin malam

Satu persatu bilik di asrama mula terpadam lampunya membuatkan suasana Akademi itu semakin sunyi dan gelap,hanya lampu jalan sahaja yang menyinari tempat itu

Tetapi lampu di bilik latihan nampaknya terbuka menandakan masih ada penghuni di dalam bilik itu

Dan penghuni itu adalah Gempa dan Yuki

Mereka masih berlatih untuk Ujian kedua besok yang akan menentukan sama ada mereka layak ke Ujian akhir atau tidak

"Baiklah,itu sahaja untuk hari ni. Dah semakin malam ni,mari kita ke bilik masing-masing" kata Gempa lalu memasukkan kertas itu ke dalam beg yang selalu dia bawa

Kertas itu mereka mengunakan tadi untuk merancang strategi mereka

Mereka pun menuju ke pintu lalu membuka pintu itu dan terus keluar dari situ

Sebaik sahaja pintu di tutup,lampu bilik latihan itu terus terpadam

Mereka berjalan menuju ke bangunan asrama lelaki dan perempuan,mereka melimpasi taman yang tak jauh dari bangunan asrama itu

Tiba-tiba..

Siuhh~~

Angin malam meniup lembut ke arah mereka,terasa sejuk sahaja.

Serentak langkah Gempa dan Yuki terhenti,mereka terus menoleh ke arah taman

Bulan malam bersinar indah menjadi lampu yang menerangi taman itu,di tengah-tengah taman itu terdapat pondok tempat Gempa,Yuki,Zen dan Zui duduk pagi tadi

Tapi kali ini,mereka melihat bayangan dua orang sedang berada di pondok itu,seorang duduk dan seorang lagi sedang berdiri

Yang duduk itu seorang perempuan manakala yang berdiri seorang lelaki memakai hood ungu menutupi kepalanya

Perempuan itu sedang memandang ke arah bulan yang bersinar terang,dia berambut hitam dan memakai baju hitam dengan skaf merah

"Hermmm...." Kelihatan Yuki memandang tajam ke arah lelaki yang berdiri itu,begitu juga dengan Gempa

Mereka merasakan sesuatu,sesuatu yang membuatkan suasan di sekeliling mereka terasa sangat menyeramkan

Gelang di tangan Yuki bersinar membuatkan Yuki menggenggam tangannya tetapi Gempa cepat-cepat memegang tangan Yuki,menyuruhnya untuk bertenang

Tiba-tiba,perempuan itu menoleh ke arah Gempa dan Yuki,mata merahnya bersinar indah apabila terkena sinaran cahaya bulan malam

Perempuan itu diam sebentar tapi tak lama lepas itu dia tersenyum nipis,pandangannya kelihatan hangat memandang ke arah mereka

Deg

Gempa dan Yuki terus tersentak,suasana yang mereka rasakan menyeramkan itu terus beruba serta merta

Tak lama lepas itu,

Gempa pun terus menunduk hormat begitu juga dengan Yuki dan tundukkan mereka di balas oleh perempuan itu

Lelaki yang berdiri di sebelah perempuan itu memandang Gempa dan Yuki dingin,dia tidak membalasnya kerana dia tahu penghormatan itu bukan untuk dia

Gempa dan Yuki terus pergi dari situ,berjalan ke dalam bangunan asrama

Gempa menggenggam perlahan tangan Yuki,dia tahu siapa perempuan itu

Walaupun ini kali pertama dia bertemu perempuan itu

The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang