§ Episod 26 §

1.5K 146 30
                                    

Ayeah!~~ author back semua TvT..lepas post cerita ni tolong bagi author rehat

Btw semua! Follow lh ig author [@ lynne_lie9] Author tengh belajar melukis tpi masi belum post..mungkin besok post kot TvT

-------------------------

BOOM!!

"Arkk!!" Letupan kuat terjadi membuatkan Hali,Taufan dan Blaze terjatuh kebelakang

Hali bangun cuba menahan rasa sakit di tubuhnya,kali ini kecederaan yang dia alami agak teruk

Luka di pipinya kelihatan dan baju di bahu kirinya sedikit terkonyak

Dia memandang ke arah Taufan dan Blaze yang terbaring tidak sedarkan diri akibat letupan petir tadi

Ya, tadi itu adalah letupan petir dari kuasanya sendiri dan Hali bernasib baik kerana letupan itu tiada efek terhadap dirinya

Tetapi...

"Cough! Cough!" Hali pun terus batuk sambil menutup mulutnya

Matanya membesar apabila melihat darah keluar dari mulut dia. Dia..batuk berdarah

"Darah..? Aku sakit ke..kejap,tak..ini racun.." bisik hati Hali lalu terus menuju ke Taufan dan Blaze

"Tak guna! Mereka juga terkena racun!" Bisik hati Hali apabila melihat kulit Taufan dan Blaze perlahan-lahan menghitam

Hali pun memandang ke arah Gempa,Yanita dan Thorn

Mereka bertiga tidak apa-apa disebabkan Gempa sempat mengunakan sihir Protection dia dan itu membuatkan Hali lega

Bzz! Bzz!

Suara rejatan elektrik kedengaran dan itu membuatkan Hali memandang ke depan semula

Yuki mengerakkan tangan dia seperti sedang mengeluarkan pedang dan serentak itu kelihatan satu pedang berbentuk halilintar di tangan dia

Pedang yang sama seperti dimiliki oleh Hali,cuma bezanya warna pedang petir itu berwarna hitam. Ianya begitu disebabkan campuran racun

Yuki berhenti di depan Hali membuatkan Hali memandang dia

Yuki mengangkat pedang dia ke atas ingin menghayunkan pedang itu ke arah Hali

Hali membesarkan matanya,dia tidak sempat mengelak dan itu membuatkan dia menundukkan kepala dia

Dushh!!

Satu letupan kedengaran di situ

Hali yang tidak merasakan apa-apa terus membuka matanya lalu memandang ke depan

Pedang Yuki bertembung dengan pedang milik Solar

Yuki yang terkejut terus mengundur

"A-abang..?" Kata Yuki melalui telepati

"Aku memang sudah agak ini akan terjadi. Kau tidak sepatutnya kembali Aoi" kata Solar dingin

Pedang milik dia dihalakan kearah Yuki

"A-apa..apa maksud abang?" Yuki memandang wajah sedih,pedang di tangannya jatuh

"Solar..suruh dia berhenti" kata Hali sambil menahan rasa sakit di tubuhnya,racun itu mula bertindak

"Tidak! Aku sudah fikirkannya. Mungkin betul aku rasa bersalah dengan apa yang terjadi 7 tahun lepas" Solar memandang tepat ke mata Yuki

"Aku sepatutnya tidak benarkan kau berkawan dengan dia tetapi...ini memang sudah terlambat ya?" Sebuah senyuman sedih terukir di bibir dia

The Missing Prince | Prince Gempa S1 {✓}Where stories live. Discover now