Dia tidak suka menjadi Mawar begini. Mawar yang lemah kerana ditusuk duri sendiri. Dia Mawar dan lelaki itu adalah durinya. Duri yang akan membunuh dia perlahan-lahan, tanpa ada sesiapa sedar.

"Kau dengar ke tak apa yang aku cakapkan ni?" Soal Engku Raid.

Mawar berdehem perlahan dan mengangguk. Dia kembali memandang ke luar tingkap. Engku Raid pula hanya fokus kepada pemanduan.

Lama mereka diam sebelum keheningan suasana ketika itu dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit Mawar. Terkial-kial Mawar membuka beg silangnya.

"Hello..." kedengaran lembut suara Mawar.

Sesekali Engku Raid mengerling Mawar. Berlapis-lapis dahi dia berkerut saat melihat Mawar tersenyum-senyum sambil bercakap dengan pemanggil di sebalik talian.

Amboi, gembira betul. Siapa pula yang hubungi gadisnya itu.

"Err kalau sekarang tak bolehlah. Saya ada hal ni." Mawar mencuri pandang ke sebelah.

Pantas dia mengalihkan pandangan ke hadapan semula saat anak matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu. Dia menggigit bibir bawahnya.

"Arr mungkin hujung minggu ni boleh kot. Nanti saya ajak Anna sekali, boleh?" Soal Mawar kepada si pemanggil tadi.

"Okey, bye..." Mawar menamatkan panggilan dengan senyuman lebar di bibir. Nafas dihela panjang, dia pandang sekilas ke sebelah.

"Siapa call?" Wajah Engku Raid kelihatan tegang, tidak setenang awal tadi.

Mawar pula jadi takut melihat wajah lelaki itu. Dia sekadar menggeleng dan memandang ke hadapan kembali. Soalan Engku Raid dibiarkan tidak berjawab.

"Mawar Adelia Qashrani..."

Mawar mengeluh saat mendengar Engku Raid menyebut nama penuhnya. Tahulah dia bahawa kemarahan lelaki itu pasti akan meletus beberapa saat sahaja lagi.

"Kawan saya." Jawabnya perlahan.

"Siapa?"

"Kan saya cakap kawa—"

"Aku hanya benarkan kau berkawan dengan Anna, tapi aku tak rasa yang call tadi tu Anna. So you tell me, who is your freaking friend?"

Terdiam Mawar mendengar kata-kata Engku Raid. Dia terjatuh dalam jerat lelaki itu lagi. Entah dia selamat atau tidak, dia tidak pasti.

"Adam...kawan sekuliah saya." Mawar memejamkan mata. Dia tahu, dia tidak boleh menipu Engku Raid.

"Oh Adam..." Engku Raid menjatuhkan kepala beberapa kali. Wajah dia langsung tidak terpalit dengan sebarang senyuman, meskipun senyuman sinis.

"Do you know what is the punishment for people who disobey me?"

Tubuh Mawar menggeletar saat mendengar soalan Engku Raid. Dia memegang kuat tali pinggang keledarnya dengan mata terpejam. Dia tak akan selamat hari ini.




Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now