Star menggenggam tangannya. Dia berdiri lalu tubuhnya menghilang. Wynde dan Dryel mula memandang sekeliling.

  ZAP!

  Satu libasan pedang menyinggah tubuh Wynde. Wynde yang terkejut terus mengamuk apabila pelepahnya gugur ke lantai.

  ZAP!

  Dryel masih berdiri teguh walaupun tubuhnya sudah dilibas.

  ZUP!

  Satu anak panah meluncur laju ke arah Dryel. Dryel tidak mengendahkannya. Sebaik sahaja dia berpaling, dia agak terkejut melihat tubuh Violet yang terapung dengan bebola api di tangan.

  Dryel yang tidak sempat mengelak berdesis sedikit. Heh, sikit je.

  Sementara itu, Wynde pula sibuk mempertahankan pelepahnya daripada dilibas oleh Star. Kadangkala dia mengepak sayap sehinggakan api yang sepatutnya dihala ke arah Dryel membara dan menyambar tubuh tiga rakan seperjuangannya.

  Saat Violet mahu meminta maaf, tubuhnya terasa seperti dihempas. Dia mengerang kesakitan. Star dicampak ke tepi.

  'Kuatnya...' bisik Violet, dalam hatinya.

  "Kerjasama."

  Semua memandang Rien.

  "Huh?"

  "Kerjasama. Kalau korang perasan, mereka berdua saling bekerjasama menumpaskan kita. Jadi.... Mari kita bekerjasama melawan mereka," kata Rien, serius.

  "Mereka lebih besar dan kuat," keluh Star.

  "Dua lawan empat, siapa menang? Sekarang ini kita tak lihat kekuatan, sebaliknya kerjasama antara kita. Kalau kita melengkapi, semuanya amat mudah." Aurora yang sedari tadi berdiam diri kini bersuara.

  Star berpandangan dengan Violet. Perlahan, mereka mengangguk.

  "GROAHHH!!"

  "ELAKK!!" tempik Star. Tangannya dinaikkan ke atas, seolah-olah cuba melindungi diri.

  BOOOMM!

  Kabus menutupi pandangan mereka. Sebaik sahaja semua membuka mata, sebuah pelindung berwarna kuning menjadi tatapan. Wajah berpaling ke arah Star.

  Tangan Star bercahaya kekuningan.

  "Mari tamatkan segalanya." Aurora tersenyum sinis. Tangannya dihala ke hadapan lalu sebilah pedang yang terhasil daripada kristal muncul. Dia pantas berlari ke hadapan lalu tubuh Wynde menjadi sasaran.

  Saat Wynde mahu mengepak sayap, dia terus meraung apabila terasa sakit.

  Saat itu, Violet, berdiri di situ dengan busur di tangan. Anak panahnya meluncur laju ke arah Wynde.

  Wynde yang kelihatan hilang fokus terhadap Aurora menyebabkan gadis itu mula mengambil kesempatan. Bilah pedangnya laju melibas tubuh Wynde.

  Dryel yang melihat tidak mendiamkan diri sebaliknya mengangkat ekornya, mahu melempar gadis itu.

  Malangnya, ekornya itu telahpun dilibas dengan pedang milik Rien.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now