BAB 7

146 8 1
                                    

Segalanya akan terbongkar disebalik cinta yang kau bina...


Copthorne Orchid Hotel Penang itu telah menjadi tempat Rafeeka dan kawan-kawannya yang lain untuk menginap. Hotel ini terletak di kawasan pantai dan juga mempunyai sebuah kolam renang luaran.

Suasana yang nyaman dan indah membuatkan ramai pelancong memilih hotel ini sebagai tempat penginapan. Sejuk mata Rafeeka memandang keindahan ciptaan Tuhan.

Setelah memilih bilik, Rafeeka terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Segala sakit sendinya akibat asyik bersandar di kerusi kereta dengan tempoh yang lama membuatkan Rafeeka sedikit letih.

Berbanding dengan drebar barunya, dia lagi letih. Nasib baik hotel di penginapan ini mempunyai lagi satu bilik, kalau tidak tak dapat la drebar Rafeeka melepaskan rasa letihnya. Lagipun sehari sahaja. Esok dah nak balik dah.

"Feeka, aku nak charger kau jap. Aku lupa pula nak beli charge. Boleh?" celah Irdina menyedarkan Rafeeka yang baru ingin memejamkan mata.

Charger yang berada di dalam beg galanya diambil Rafeeka sebelum menghulurkan kepada Irdina.

"Nah..."

Tersenyum girang Irdina menyambutnya lalu mengerdirpkan matanya.

"Thank you my darling."

Hanya Irdina, Syafiqah dan Rafeeka sahaja yang berada di dalam bilik itu. Bilik hotel ini pula ditempah dua sahaja.
Bilik yang kedua pula didiami oleh Ayuni, Syaffina, Iman Diyana dan Zulaikha. Agaknya muat tak mereka di sana?

Syafikah yang baru keluar dari bilik air, terus melangkah ke balkoni. Sempat juga Syafikah memanggil kawannya yang lain.

"Kenapa?" soal Irdina, lembut sambil menjongketkan keningnya. Dia berdiri do sebelah kiri Syafiqah manakala Rafeeka berdiri kanan. Melihat angin agak kuat, Rafeeka memegang erat tudungnya agar tidak menampakkan dada.

"Lepas ni kita pergi Air Terjun Titi Keruangan nak tak? Dah lama aku tak pergi dekat situ."

Anak mata Rafeeka yang asyik memandang depan, menoleh ke arah Syafiqah. Berkerut dahi Rafeeka mendengar cadangan Syafiqah itu. Bukan ke tempat tu dah kotor?

"Tapi aku dengar tempat tu..."

"Apa, berpuaka?" Belum sempat Rafeeka ingin berkata, Irdina sudah memotongnya. Difikirkan kawan sahaja, kalau tidak sudah lama Rafeeka sekeh kepala Irdina yang suka menyampuk.

"Isy, kau ni Irdina. Apa kata macam tu. Bukanlah..."

Sempat Rafeeka menghadiahkan jelingan tajam buat Irdina. Irdina membalas dengan sengihan lebar. Sudah lama dia tidak melihat jelingan manja Rafeeka. Rindu!

"Habis tu?" soal Irdina dan Syafiqah serentak.

"Kotor."

Satu perkataan, lima huruf yang dilontarkan oleh Rafeeka itu membuatkan mereka berdua mengangguk perlahan tanda memahami. Mereka tahu Rafeeka memang tidak suka dengan kotor.

Dalam kelas, kalau kotor sikit mesti Rafeeka akan bersihkan. Rafeeka ni sebenarnya OCD. Al-maklumlah ya!

"Alaa...kita cuba je pergi. Okay? Nanti bagitahu yang lain-lain. Aku nak masuk tidur kejap."

Cepat Syafiqah melangkah ke katil setelah selesai berkata-kata. Dia tidak sabar ingin merasai nikmat katil yang empuk itu.

"Aku pun masuk dulu Feeka. Aku nak buat air. Dahaga."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY HEROKU MR EGOIS [Slow Update] Where stories live. Discover now