BAB 6

69 6 0
                                    

Segalanya akan terbongkar disebalik cinta yang kau bina...

Langkahnya diatur dengan perlahan-lahan menuruni tanggang. Memandangkan usianya yang sudah lanjut, bila bila masa sahaja boleh tergelincir.

Sementara menunggu isteri tercintanya menyiapkan sarapan pagi, Tengku Adnan mengambil keputusan untuk membaca surat khabar setelah sekian lama dia tidak menyentuh surat khabar itu.

Kadangkala hanya dua kali sebulan Tengku Adnan sempat membelek surat khabar, selebihnya banyak dihabiskan dengan duniawi.

Soal syarikat, hartanah dan saham sentiasa berlengar-lengar dalam hidupnya. Tidak pernah lari semua itu dalam hidupnya.

Melihat suaminya sudah berada di meja makan, terus Tengku Raisha membawa bihun goreng yang dimasaknya tadi lalu diletakkan di atas meja.

Sememangnya Tengku Raisha lebih gemar memasak dari dulu lagi. Katanya lebih sedap jika Tengku Adnan merasai air tangannya.

Dia berlalu ke dapur semula untuk mengambil teh tarik yang kerap menjadi kegemaran suaminya itu.

"Abang..." panggil Tengku Raisha dengan lembut sambil menuangkan teh tarik itu ke dalam cawan.

"Hmm?"

"Saya rindu la dekat Mia. Bila saya boleh jumpa dia?" soal Tengku Raisha lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil anak matanya melirik ke arah Tengku Adnan. Berharap agar suaminya itu perasan akan maksud lirikannnya.

Tengku Adnan yang perasan akan lirikan Tengku Raisha yang sarat dengan kerinduan itu menyimpan surat khabar sebelum membalas pertanyaan Tengku Raisha.

"Sayang, sabarlah sikit. Bukannya lama Mia dekat sana..."

Perlahan-lahan Tengku Adnan mengambil kedua-dua tangan Tengku Raisha dan memegangnya dengan erat. Dia tahu akan perasaan yang dialami oleh isterinya itu.

Perasaan seorang ibu terhadap anaknya. Perasaan seorang ibu apabila kehilangan anaknya. Perasaan seorang ibu kepada anaknya yang sudah lama tidak mendengar khabar berita.

Tengku Raisha melepaskan keluhan yang berat. Tangan Tengku Adnan yang sedang menggenggam erat tangannya ditarik Tengku Raisha dengan lembut. Tidak mahu Tengku Adnan memegang tangannya hanya kerana simpati.

"Abang tak faham..."

"Abang faham sayang. Abang faham perasaan sayang tapi sayang kena ingat, ini semua untuk keluarga kita juga."

"Kan bagus kalau kita report polis saja. Tak adalah anak kita terlibat. Abang pun tahu bukannya lama dia dekat sana. Bertahun-tahun. Jangan-jangan sampai dia umur 19 tahun pun belum tentu habis dendam ni."

Kali ini apa yang dilontarkan oleh Tengku Raisha itu benar. Kata-katanya tidak pernah salah. Segala isi hati yang tersirat diluahkan segalanya kepada Tengku Adnan.

"Sayang, abang tak nak libatkan polis dalam hal macam ni. Ada sebab kenapa abang tak nak libatkan polis. Tak salah kita libatkan Mia sebab dia tu dari dulu lagi dah pandai dalam dunia perisikan ni."

"Pandai pun, masih budak lagi kan."

"Budak pun, mesti pandai jaga diri kan."

Tengku Raisha terus menampar lembut lengan Tengku Adnan apabila mengajuk ayatnya semula lalu meletus tawa kecil. Pandai encik abang kita ni, menutup perasaan resah yang sedang bergelora di hati.

"Dah tak mahu sedih-sedih. Nanti dia balik juga ke pangkuan kita."

Pegangan yang dipegang erat mula dilepaskan sebelum digantikan dengan sebuah pelukan. Pelukan yang hangat buat isterinya. Untuk mengembalikan kekuatan sang isteri.

Hadir senyuman manis di bibir Tengku Raisha tatkala dipeluk. Seperti tahu sahaja. Rindu Tengku Raisha akan pelukan hangat itu. Pelukan yang mampu menerbitkan senyuman manis.

"Terima kasih abang, sebab sudi dengar isi hati saya..."

Juga itu, Tengku Raisha membalas pelukan itu dengan penuh perasaan rindu dan sayangnya. Hanya Tengku Adnan yang dapat memahami dirinya. Dirinya yang sentiasa berfikir negatif. Dirinya yang sering memerlukan dorongan.

Tengku Adnan juga turut tersenyum mendengar kata akhir daripada Tengku Raisha. Senyuman kali ini hanya dapat dibalas dengan nipis. Senipis epirdemis bawang.

Entah mengapa, hatinya terdetik sesuatu. Seperti bakal ada seseorang yang menghancurkan Rafeeka. Seseorang yang paling rapat dengan mereka. Tapi agaknya siapa, eh?

Tok! Tok! Tok!

Ketukan di pintu utama menyedarkan pasangan itu daripada melayan perasaan. Lalu tubuh Tengku Raisha dilepaskan lembut.

Bingkas Tengku Raisha bangun lalu membuka pintu utama itu dengan langkah yang cepat. Melihat gerangan yang mengetuk pintu itu, bibir Tengku Raisha tersenyum lebar sebelum mempelawa orang itu masuk ke dalam rumahnya.

"Kamu apa khabar Aidan? Dah lama pak cik tak dengar cerita tentang kamu ni," soal Tengku Adnan, senada sambil anak matanya memandang wajah anak kawannya itu sebaik sahaja Tengku Aidan.

"Khabar baik alhamdulillah. Biasalah Tengku. Sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Saya datang ni pun bersebab," balas Tengku Aidan sambil tersenyum manis. Dia mengambil roti sandwich yang telah disediakan lalu dibawa ke pinggannya.

Memang Aidan dari dulu lagi tidak suka makan makanan berat di awal pagi. Biasanya hanya roti yang menjadi santapannya.

"Sebab apa tu?" soal Tengku Raisha sambil berkerut dahi menahan seribu. Dia menuangkan teh tarik di dalam cawan lalu diletakkan di hadapan anak buahnya itu.

"Saya cari Mia. Dia ada tak?"

Anak matanya mula meliar melihat sekeliling sebelum jatuh di raut wajah Tengku Adnan yang tiba tiba kelihatan serius.

"Dia... err..."

Kata-kata Tengku Raisha yang tidak sempat ingin menghabiskan dipotong laku oleh Tengku Adnan. Tegas nadanya bersuara.

"Kami dah halau dia keluar."

Membulat mata Tengku Aidan mendengarnya. Secepat ini perempuan itu keluar dari rumah ni? Bagus! Ini yang aku mahu. Dia tersenyum sinis di dalam hati. Gembira tak terkata Tengku Aidan dengan berita itu.

Namun cepat-cepat Tengku Aidan berubah air mukanya kepada sedih.

"Tapi kenapa? Takkan la pak cik dengan mak cik sanggup halau dia keluar. Diakan anak pakcik yang pak cik sayang."

Sengaja Tengku Aidan menyoal. Ingin mengorek rahsia lebih lanjut lagi. Tak perlulah dia membayar orang upahan untuk mencari maklumat tentang Mia ni.

Tengku Adnan mengeluh kecil sambil mengalihkan anak matanya memandang Tengku Raisha. Ingin meminta pendapat isterinya terlebih dahulu. Anggukan kecil itu menjadi bukti bahawa Tengku Raisha ingin menyuruhnya supaya berahsia dahulu.

"Dia... bawa jantan masuk rumah kami. Pak cik pun tak tahu nak kata apa lagi. Tak sangka kami ada anak macam tu. Mungkin ini balasan Allah kepada kami."

Senada suara Tengku Adnan membalas. Tengku Aidan pula, semakin girang dia mendengar semua itu. Huh! Memang padan dengan muka korang.

Memang patut pun dapat balasan semua tu. Tapi aku nak tengok korang sengsara. Lebih daripada yang ini. Tak apa, tunggu masa menentukan semuanya. Bila dendam sudah terbalas, baru puas hati aku.

"Eh, dahlah jom kita makan. Lupakan semua tu. Lagipun nasi dah jadi bubur kan," celah Tengku Raisha menyedarkan lamunan Tengku Aidan.

Tengku Aidan hanya membalas dengan senyuman palsu sambil mengangguk kecil. Terus dibawa masuknya roti sandwich itu ke dalam mulutnya. Tunggu je aku Mia, aku akan datang!






























~CikSwan

MY HEROKU MR EGOIS [Slow Update] Where stories live. Discover now