BAB 5

60 6 0
                                    

Segalanya akan terbongkar disebalik cinta yang kau bina...

Rafeeka Damia

"Bundaaaa..."meleret-leret aku memanggil bundaku, Tengku Najwa. Ketika itu bundaku sedang membaca majalah wanita yang tersimpan kemas diatas meja.

Terhenti perbuatannya ketika aku memanggil. Aku tersenyum lebar sebelum mula mendekati Tengku Najwa.

"Kamu dah kenapa Feeka? Dari tadi lagi duk tersenyum-senyum. Peliklah bunda tengok kamu ni," ujar Tengku Najwa sebelum menutup majalah wanita itu lalu diletakkan diatas meja.

Aku terus melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Tengku Najwa. Lengan Tengku Najwa dirangkul lembut olehku sambil kepalaku dilentukkan ke bahu Tengku Zarena.

Ingin bermanja katakan..Ahak! Dan senyuman tidak dilupakan juga. Haa, macam ni baru betul boleh bermanja, senyum tu pun penting jugak tau...

"Minggu depan Feeka nak keluar jalan-jalan dengan kawan. Bunda izinkan tak?" Tanya aku dengan suara yang lembut.

"Jalan-jalan ke atau nak pergi bercuti?" sindir Tengku Zarena sambil tersenyum simpul. Alamak! Bunda kita tahulah...

"Alah sama jelah bunda, jalan-jalan ke atau bercuti ke yang pasti bunda bagi Feeka keluar. Ni bunda izinkan ke tak?"

Tengku Najwa mengangguk kecil sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"Boleh, tapi jaga diri elok-elok. Minggu depan bunda dengan papa nak keluar juga. Kata papa, nak release tension.
Jadi bunda tak adalah minggu depan."

Tangan tengku Najwa mengusap lembut rambut aku. Tatkala mendapat sahaja keizinan itu, bercahaya mata aku apabila Tengku Najwa memberi keizinan kepadaku.

Terus aku mendongak memandang wajah Tengku Najwa sambil menjerit kecil. Tak tergambar gembira aku sekarang ini. Rasa macam nak melompat atas katil pula.

"Aaaaa... terima kasih bunda. Ini yang semakin sayang ni. Muah. Thanks bunda!" jerit kecil aku seraya memeluk Tengku Najwa dengan erat sekali.

Tengku Najwa pun membalas pelukan itu. Sungguh! Bahagia ada family macam ni. Readers di luar sana jangan cemburu pula ya!

*****

Aidil Farhan

"Mummy, minggu depan Paan nak bercuti dengan kawan-kawan. So minggu depan memang Paan takkan ada dekat rumah," ujar seolah-olah meminta izin kepada Tengku Aishah. Takkanlah nak bagitahu pula kan. Nampak sangat tak sabar nak dapat title anak derhaka.

Tengku Aishah ketika itu sedang memasak untuk mereka makan malam, memandang wajah aku dengan kerutan di dahi. Aku ketika itu sudah pun berada disebelah Tengku Aishah sahaja. Sengaja, ingin melihat lauk apa yang ingin Tengku Aishah masakkan.

"Kamu nak pergi mana? Berapa hari? Tinggal dengan siapa?" Soal Tengku Aishah bertubi-tubi. Aku macam biasalah, dah kenal sangat perangai Tengku Aishah yang penyayang dengan anak semua anaknya.

Aku memasukkan tanganku didalam poket sebelum aku duduk di meja makan yang dikhaskan untuk makan ringan sahaja. Macam untuk orang yang sibuk nak pergi ke tempat kerja lah kiranya.

"Penang. Dalam empat hari tiga malam macam tu. Paan tinggal dengan Aruna, Shazwan, dengan Ammarol. Yang lain tu tak dapat pergi."

Selamba aku mengambil buah epal hijau yang berada diatas meja itu lalu menggigit sedikit sebelum bangun lalu membasuh epal hijau itu.

Tengku Aishah pula hanya mengangguk kepala, sedikit. Terus dia meneruskan masakannya tadi.

"Boleh, tapi jaga perangai tu elok-elok. Mummy tak nak kamu tu terpengaruh sangat dengan budak-budak kat luar sana tu," jawab Tengku Aishah memberi keizinan kepadaku. Aku mengangguk kecil sebelum masuk ke bilikku lalu menguncikan pintu.

Aku mula memandang diriku ini. Nak kata gemuk taklah gemuk sangat. Kurus pun tak gemuk pun tak. Sederhana je. Mata pula tak payah cakap, hazel coklat yang sentiasa menjadi igauan gadis.

Sedang aku menilik diri aku ini di hadapan cermin besar, tiba-tiba ada panggilan masuk, lekas aku mencapai sebelum menjawab tanpa memandang nama panggilan itu.

Macam aku tak kenal siapa yang suka telefon waktu maghrib macam ni. Hari-hari mesti dia akan telefon tepat pada pukul tujuh.

"Assalamualaikum Paan, minggu depan kau jadi tak nak pergi?" soal Aruna dengan nada yang dingin disertai dengan salam.

Aruna ni kalau dingin mesti ada apa-apa jadi ni. Kawan dah lama, kenal sangat perangai dia tu. Aruna dengan aku ni dua kali lima aje. Dingin, beku, ego dan suka sakitkan hati orang. Tapi aku taklah beku sangat cuma nakal sikit.

Bagi Aruna pula, semestinya dia rasa puas sangat-sangat dapat buat macam tu.

"Waalaikumussalam... kenapa suara kau dingin? Bergaduh dengan Malissa ke?"
Soal aku seraya membuka laci meja yang pertama lalu mengeluarkan sebuah album milikku.

Aku meletakkannya diatas meja sebelum melabuhkan punggung di atas katil.

"Ish... apa kena mengena dengan Malissa pula. Aku kan tak suka dia dah. Dahlah kau jadi tak pergi minggu depan?"

Kedengaran dengusan dihujung talian. Marah nampak? Lantak dekat dialah, nak marah ke tengking ke malas nak layan.

"Mestilah aku jadi pergi. Kau jadi tak? Lagipun bukannya mahal sangat pun kan?"

"Aku tak rasa aku boleh pergi," jawab Aruna sambil anak matanya memandang kota-kota yang tersergam indah. Sewaktu itu, dia sedang berdiri di balkoni sendirian.

"Kenapa?"

"Esok aku bagitahu. Jumpa dekat tempat biasa. Assalamualaikum."

Belum sempat aku ingin menjawab salam, panggilan itu sudah tertutup. Semakin pelik aku dengan perangai Aruna. Ada masalah ke? Ke masalah keluarga lagi?


















































CikSwan~

MY HEROKU MR EGOIS [Slow Update] Where stories live. Discover now