BAB 2

88 8 0
                                    

Segalanya akan terbongkar disebalik cinta yang kau bina

Aidan Mikail menghirup sedikit air kopi yang dibancuh oleh Puan Zalidah tadi sebelum meletakkannya semula diatas meja.

"Bila nak langsungkan perkahwinannya?" Soal Tengku Aisyah bersama senyuman yang manis. Gembira bila dapat tahu anak sahabatnya itu, Ridwaneesa bakal melangsungkan perkahwinan.

Anak lelakinya yang disebelah hanya mampu mendengar sahaja. Kelihatan juga wajahnya yang masam mencuka dengan perbualan mereka berdua.

Sesekali Tengku Aishah menjeling kearah anak gadis sahabatnya itu yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Langsung tiada adab sopan pada tetamu.

"Hujung bulan tak silap saya. Awal senang sikit. Lagipun bakal menantu saya tu nak sambung belajar dekat Singapura. Jadi lebih baik cepatkan perkahwinannya. Nanti tak adalah si Nessa ni kena rembat lagi."

Tengku Aishah hanya menganggukkan kepalanya dengan balasan Puan Zalidah itu.

Aidan yang sedari tadi asyik mendiamkan diri, hanya tersenyum mendengarnya. Pelik-pelik zaman sekarang ni. Adik dibenarkan kahwin dahulu. Patutnya kakak. Memang tradisi keluarga ke?

"Tapi tak apa ke kalau si Nessa tu langkah bendul dulu? Sepatutnya kakak dia yang kahwin dulu," soal Aidan, mencelah seketika setelah sekian lama mendiamkan diri.

Bukan apa, bosan. Dalam kepala ni asyik fikir balik saja. Bila mengenangkan perangainya abangnya pagi tadi, rasa menyesal dapat abang macam tu. Menyesal setuju tadi.

"Aku rasa tak apa kut. Lagipun zaman dah moden kan. Eh, anak kau ni dah umur berapa?" balas Puan Zalidah sambil anak matanya melirik ke arah Aidan. Sengaja dia mengelak daripada menjawab soalan tersebut. Agak sensitif baginya apabila disoal begitu.

Aidan yang menyedari dirinya dipandang oleh Puan Zalidah, hanya tersenyum nipis. Nama pun tak kenal. Takkan nak ramah pula kan.

"Baru tingkatan satu. Tapi nakalnya tak payah cakaplah, penat saya layan karenah dia..."

Tengku Aishah menjawab sambil memandang wajah Aidan dengan pandangan tajam.

Aidan hanya tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak bergatal.

Dia tahu, ini mesti pasal hari tu punya. Orang perempuan ni kalau dah sekali berlaku sampai bila-bila dibebelnya. Kejadian yang beribu-ribu tahun tu pun akan diungkit. Opss... sorry mummy. Tak sengaja terkutuk pula kaum hawa ni

"Mama, aunty, Aidan, kakak jom kita makan. Makanan dah terhidang atas meja. Nessa dah siapkan semuanya. Nessa naik atas dulu ya," celah suatu suara lunak dari arah belakang.

Aidan menoleh belakang sebelum menghadiahkan sebuah senyuman manis tatkala memandangnya. Cantik sungguh dia.

Tengku Aishah yang melihat Ridwaneesa itu membuatkan sejuk matanya memandang. Bertudung labuh, ayu, lawa, sopan-santun pula tu.

Eh tapi... tadi dia kata kakak? Maknanya perempuan yang tak ada adab ni kakak dia? Jauhnya beza. Tapi rupa sama.

"Eh kamu tak nak makan sekali ke Nessa?" Soal Tengku Aishah dengan intonasi yang lembut.

Wajah ceria Puan Zalidah tadi sudah pun bertukar masam. Perubahan itu dapat ditangkap Tengku Aishah tetapi dia hanya mendiamkan diri. Sedari tadi macam tidak suka saja pada Nessa ini.

"Tak apalah aunty, Nessa kena siapkan sesuatu dulu. Aunty dengan yang lain makanlah."

Balasnya dengan penuh lembut seraya naik keatas dengan langkah yang perlahan.

MY HEROKU MR EGOIS [Slow Update] Where stories live. Discover now