37

1.7K 243 89
                                        

Taehyung melirik pada jam tangan di pergelangan tangannya.

" Hurry up. 10 minutes cukup kan untuk kau? " Taehyung menjungkitkan keningnya.

" Kau dengan budak Hannah tu bercinta ke? " Sera tidak membasa-basi, dia terus ke point sebenar.

Taehyung mengetap bibir. Dia dah agak pasti Sera akan menyoalkan perkara ini.

" None of you business, Sera. "

" Aku cuma tanya je. Aku rasa soalan aku tak ada lah susah sangat kan nak jawab? "

Taehyung menghela nafas kasar. Memang patut lah dia anti Sera ni dari dulu lagi. Suka menyibuk hal orang. Perangai macam syaitan. Syaitan pun tak nak sekaum dengan dia.

" Dah, kau pergi balik je lah. You are just wasting my time " Taehyung memalingkan tubuh dan mula melangkah pergi.

" Putus dengan dia. Tinggalkan dia "

Langkah Taehyung segera mati. Dia berdiri statik dengan tubuh masih membelakangi Sera.

" Why must I? "

Bunyi derapan tapak kasut tumit tinggi Sera kedengaran menghampiri Taehyung.

" Aku tahu dia tu sukakan kau bagai nak rak sampai rak pun boleh runtuh. Tapi, kalau dia tahu pasal apa yang kau buat masa kau putus cinta dengan Eunhye dulu, kau yakin ke dia masih akan sukakan kau? " Soal Sera sinis.

Taehyung mengetap bibir dan pusingkan tubuhnya semula. Sera sudah tersenyum sinis melihat reaksi Taehyung.

" Oh jadi kau nak ungkit hal lama aku tu sekarang ni? " Muka Taehyung yang tadinya tenang kini mula bertukar ketat. Urat-urat di leher sudah kelihatan.

" Memang hampir semua orang dekat kolej tu tahu aktiviti kau tu dulu but not Hannah. Dia baru pindah right tahun lepas? Mesti dia tak tahu and mesti best kalau dia dapat tahu "

" Kau tak ada hak nak ungkit aib aku, Sera. Aku dah tak buat benda tu "

Sera meniup kukunya dan pandang Taehyung dengan wajah sinis.

" Kalau Hannah tahu, dia akan tinggalkan kau, Taehyung. Dia perempuan jugak dan perempuan mana yang sukakan lelaki yang dah pernah rosakkan ramai perempuan sebelum ni? "

" Dah berapa banyak perempuan kau rosakkan? Kononnya kau berdendam dekat perempuan. Kau ingat perempuan ni apa? Mainan kau? "

Taehyung mula mengepal tumbukan. Kalau diikutkan hati memang nak cekik je perempuan depan dia ni. Tapi dia sabar. Kita tengok dulu sejauh mana permainan perempuan ni. Nanti baru fikir lain nak lempang ke tumbuk.

" Hannah tak akan tinggalkan aku. Aku yakin dengan perasaan dia "

Sera melepaskan ketawa. Kepalanya digeleng berulang-ulang kali. Hampir menitis air mata dia sebab ketawa.

" Hati manusia bukan dinding, Kim Taehyung. "

" Apa yang kau nak sebenarnya, Han Sera? " Soal Taehyung keras. Dia mula berasa tergugat dengan kedudukan dia di dalam hati Hannah.

Dia sudah mula terfikirkan reaksi Hannah jika Hannah mengetahui tentang aibnya yang sudah lama tertutup itu.

Kalau jika soal dia merokok, menjadi kaki minum, dan turut mencuba sedikit dadah dahulu itu tidak menjadi isu besar untuk Hannah. Tapi ini..

[C] One More Time • Kim TaehyungWhere stories live. Discover now