7

1.8K 232 8
                                        

" Taehyunggggggggggggg ! "

Taehyung yang sedang berjalan di hadapan memberhentikan langkahnya. Tubuhnya dipusingkan sedikit untuk melihat gerangan yang baru saja memanggil namanya dengan kuat.

Siapa lagi kalau bukan aku, Hannah Jung, yang jerit nama dia tadi.

" Hai " Aku tersengih kambing.

Keluhan dihela. Taehyung mengangkat keningnya, tanda menyuruh aku sambung bercakap.

" Dah makan? "

Dalam hati aku tak henti-henti memaki diri sendiri. Apa bodoh sangat soalan yang aku ajukan tadi tu?

Taehyung pandang wajah aku kosong sebelum mengangguk dua kali.

" Oh yeke? Ala, baru nak ajak makan " Aku menggosok belakang tengkuk aku. Bibir dijuihkan sedikit kerana berasa hampa.

Selalunya Taehyung akan breakfast dekat kampus. Tapi hari ini lain pulak. Arghhhh

Aku baru pasang niat nak tambat hati Taehyung tak kira apa jua cara sekalipun. Tapi permulaannya pun dah nampak... hm.

Tak apa! Usaha lagi lain kali, Hannah!

" Kalau macam tu, aku pergi dulu " Aku menunduk sedikit sebagai tanda hormat tapi badan aku kaku menunduk selepas Taehyung bersuara.

" Aku boleh teman kau makan kalau kau nak "

Dalam berapa saat juga aku kaku macam ni sebelum aku tegakkan semula tubuh.

Aku tak pekak kan? Aku tak silap dengar kan?

Taehyung baru je cakap yang dia nak teman aku makan?! Kyaaaaaaa!

" A-apa kau cakap tadi? " Aku meminta dia mengulangi soalan.

Taehyung menghela keluhan kemudian berjalan pergi meninggalkan aku di belakang.

Aku segera mendapatkan dia semula dan berjalan bersebelahan dengan dia.

Taehyung memang jenis tak cakap dua kali. Yeah. Pasal tu kalau nak bercakap dengan dia, pastikan telinga kau bersih dari tahi telinga.

" Ehe tak sangka kau nak teman aku makan. Selalunya kan kau reject semua perempuan yang ajak kau makan " Kata aku. Taehyung hanya mengabaikan saja.

" Aku kira beruntung lah kan? Kan? " Tambah aku lagi dengan kening yang dijungkitkan. Jari telunjuk aku mencucuk sisi lengan Taehyung.

Taehyung mematikan langkahnya tiba tiba. Aku pun turut berhenti walaupun dah terlajak ke depan sikit.

" Kenapa kau berhenti?! "

Taehyung menjentik dahi aku kuat. Cukup kuat untuk buat aku rasa sakit.

" Arhh " Rintih aku. Bibir diketap geram memandang Taehyung dengan muka yang tidak puas hati.

" Kau tu bising " Ujarnya tiga patah sebelum melangkah masuk ke kafeteria.

Aku berdecit geram. Dahi aku dielus lembut sebelum aku mengikut Taehyung masuk ke dalam.

Ee!

Tapi heheheheehheeheheh nampaknya aku ada peluang nak rapat dengan Taehyung ni.

Aku membeli roti coklat untuk aku dan sebotol jus epal untuk Taehyung. Walaupun dia tidak meminta aku untuk membelinya, aku nak juga beli untuk dia.

Appreciation gift lah katakan. Even air tu bukan hadiah hahaha.

Aku letakkan botol jus epal itu di depannya seraya menghenyakkan punggung di atas kerusi bertentangan dengannya di meja ini.

[C] One More Time • Kim TaehyungWhere stories live. Discover now