19

1.7K 246 42
                                        

Mata ku sembab kerana menangis semalaman karena si beruk Kim Taehyung tu.

Awal awal dah kena reject weh. Hilang semangat nak pergi kampus.

Aku turun tangga dengan langkah yang malas. Saja nak lengahkan masa sedangkan mamat berlagak aka Kim Rowoon tu dah tunggu dekat bawah.

" Hannah, Rowoon ambil kamu ya nanti balik? Jaga diri. Belajar rajin rajin jangan tau nak curi perhatian crush je " Pesan mama sambil tangannya sibuk mencuci pinggan di singki.

Adu sentap pulak dengan ayat terakhir tu.

" Hm yelah " Aku tuangkan air teh panas ke dalam mug.

" Tak nak makan dulu? " Aku menggelengkan kepala.

" Kalau kamu lapar, ajak lah Rowoon tu bawak kamu makan eh? Mengeratkan silaturrahim gituew "

Nak tersembur air teh. Mengeratkan silaturrahim whut? Tolong lah. Silaturrahim aku dengan Taehyung pun belum dieratkan lagi. Ha, suruh lah Rowoon tu beratur ikut giliran lah ye.

" Pape jelah. Bye Hannah pergi dulu " Ujar aku malas. Kasut dipakai lalu aku menuju ke sebuah kereta hitam mewah yang dah lama tunggu dekat depan pintu pagar rumah aku.

Pintu bahagian penumpang ditutup dengan malas lalu badan aku sandarkan pada kerusi penumpang.

Rowoon yang asyik melayan gadjet pintarnya menyimpan telefon di dalam poket seluar. Wajah aku dijeling malas.

" Kenapa lambat? "

Ek eleh kerek betul. Biar ah lambat ke cepat. Tak suruh kau ambil aku pun.

" Saja nak melengahkan masa awak " Jawab aku selamba. Rowoon terkedu dengan sikap aku yang berani menjawab padahal kenal pun tak itu.

" Aku ada benda lagi penting nak kena buat jadi tolong lah jangan nak bazirkan masa aku lagi "

Ayat dia asal sama macam Taehyung weh hsusush aku rindu Taehyung.

" Kalau dah tahu masa awak tu emas, tak payah lah datang ambil saya " Aku merengus kasar.

" Menjawab eh kau? Kalau bukan sebab mama kau dan mama aku, tak ada maknanya aku nak layan kau baik baik sekarang ni "

Terherot-herot mulut aku menyumpah dia di dalam hati. Dasar kaum abuja.

" Hantar lah saya cepat. Banyak cakap pulak "

Rowoon berdecit kasar sebelum menolak gear ke depan. Pedal minyak ditekan dan kereta mula meluncur laju.

***

Mata aku asyik meliar mencari Taehyung. Tak jumpa pula kelibat mamat ni. Nak kata dia tak datang, jauh sekali sebab beliau seorang yang rajin datang walaupun sudah nazak.

" Hannah Jung, kamu budak dari bidang apa ni? " Suara Pensyarah Lee buatkan aku terhinjut bahu kerana terkejut. Wuish main cak cak pula pensyarah ni.

" Kenapa? Madam nak bawak saya masuk bidang madam ke? " Soalan dibalas dengan soalan.

" Dah saya tanya tu jawab jela. Main tarik tali pulak ea kamu ni? "

" Mana ada main tarik tali cikgu. Pintu yang tarik pun saya pergi tolak " Gurau aku dengan sengihan tapi mendapat tamparan pada belakang badan.

" Serius lah sikit, Hannah Jung "

Aku menggaru kepala yang tak gatal. Mesti mood pensyarah Lee kelaut hari ni. Selalu boleh je bawak gurau. Period mungkin.

[C] One More Time • Kim TaehyungWhere stories live. Discover now