Pagi yang indah dimulakan dengan senyuman mekar di wajah k tipu.
Aku berjalan masuk ke dalam universiti dengan langkah yang malas.
Aku malas sebenarnya nak hadir kelas hari ni lepas apa yang terjadi semalam. Aku jadinya malu nak berhadapan dengan Jungkook sebab menangis macam orang gila.
Dan aku lagi malu nak berhadapan dengan Taehyung. Ugh kenapa hidup aku mesti rumit macam ni?!
Elok, dia tengah ada tidak jauh dari aku sekarang.
" Tae sunbae, minggu ni ada perjumpaan kan? "
Cit, kemain mesra je Taehyung senyum senyum bagai dekat ahli-ahli baru. Selalunya dia lah yang paling susah nak senyum.
Tanpa diduga, mata Taehyung teralih pandang aku. Terus aku pandang tempat lain, buat buat tak nampak dia.
K, aku akan anggap aku tak kenal Taehyung.
Aku jalan laju melintasi Taehyung dengan wajah yang sombong. Tapi ada satu tangan menahan lengan aku. Jadi aku berhenti jalan.
Taehyung lah. Siapa lagi.
" Minhee " Panggil dia.
Bebudak tadi dah bersurai. Patut lah aman dunia.
" Pe? " Aku tak pandang muka dia langsung. Kena buat buat tak kenal lah katakan.
Dia senyap sejenak sebelum melepaskan tangan aku semula. Kepala digeleng.
" Nevermind "
Ucapan dia buat aku rasa nak lempang muka dia pakai kasut. Dah panggil aku, lepastu tak nak cakap pulak!
" Kau marah aku sebab dah bazirkan masa kau semalam. Kau tak fikir ke yang kau dah bazirkan masa aku seminit dua then kau tak nak cakap apa apa. Dengan seminit dua tu aku dah boleh selesaikan tiga soalan Matematik tau tak?! "
Aku menjelingnya halus lantas berjalan pergi berselitan hentakan kaki yang kuat. Geram punya pasal.
Sampai tak sedar tali student batch aku terputus dan terjatuh atas lantai.
***
Mata Taehyung mengikut kelibat Hannah sehingga hilang dari pandangan.
Keluhan berat dilepaskan. Niat nak mintak maaf dekat Hannah terbatal macam tu je kerana ego nya yang tinggi.
Perkataan maaf jarang terkeluar dari bibirnya.
Buat apa minta maaf kalau akan berulang?
Ketika dia ingin pergi, kakinya terasa dipijak sesuatu. Terus matanya memandang ke bawah.
Student batch siapa ni? Dengan tali pun lusuh nak mampus.
Taehyung menunduk untuk mengambil batch pelajar yang entah siapa punya ni.
' Hannah Jung '
Kepalanya digeleng. Tak pernah nak berubah perempuan ni. Selalu sangat cuai. Dah lah bangang hahahahah k.
Batch pelajar itu disimpan dalam poket.
Dia harus menuju ke kelas Inggeris sekarang. Kelas yang sama dengan Hannah.
Cih, ke mana je perempuan tu boleh lari? Nanti jumpa jugak dalam kelas.
Pintu kelas ditolak dari luar. Taehyung melepaskan nafas lega. Syukur, pensyarah masih belum masuk.
Kaki diatur ke tempat duduk paling belakang. Tempat duduk depan dah penuh.
Pensyarah Inggeris memang ramah dan baik dan disukai ramai. Itu fasal tempat duduk depan selalu cepat penuh.
YOU ARE READING
[C] One More Time • Kim Taehyung
Fanfictioni've realized my worth a story between Kim Taehyung and Hannah Jung cover @-channa
![[C] One More Time • Kim Taehyung](https://img.wattpad.com/cover/189268432-64-k823403.jpg)