"Syah... Kita balik hotel ya? Syah tak penat ke? Ibu dah penat. Nak rehat. Syah tak kesiankan ibu ke?" pujuk Syuhada lagi.

  "Papa ikutkan?" tanya Syah, entah macam mana dia boleh terfikir. Lelaki bernama Aizat tercengang. Dia baru saja tiba dan tiba-tiba dipeluk dipanggil papa dan sekarang nak ikut mereka pulang? Eh pelik betul.

  "No!" jawab Aizat dan Syuhada serentak. Syahadat memandang wajah mereka secara selang seli sebelum dia mencebik. Rinik-rinik air mata mula jatuh ke pipi. Tangannya sudah menggigil sebelum pegangannya terlepas dari seluar Aizat.

  Syuhada menghela nafas.

  "Syah, tak naklah macam ni. Kata nak pergi zoo?"

  "Syah nak papa!" laungnya kuat dan pecah empangan matanya. Hingus mula mengalir.  Wajahnya berkerut seribu. Batang lolipop menjadi tempat dia lepaskan segala kegeraman. Beberapa tapak ke belakang diatur secara tidak sedar.

  Aizat mula serba salah walaupun dia tahu dia tak sepatut rasa macam tu. Dia langsung tiada kena mengena dengan mereka berdua. Aizat mula mencangkung untuk menyamakan ketinggian mereka.

  "Syah, isn't it?" tanya Aizat namun tak dibalas Syahadat. Dia tak faham.

  "Okay. Listen Syah. Papa ada kerja. Nanti papa tak sibuk, papa jumpa Syah dengan mama--"

  "Ibu." Syahadat membetulkan.

  "Yes ibu. Nanti papa datang. Sekarang Syah ikut ibu balik, okay sayang?" Lelaki itu mula menyentuh ubun-ubun Syahadat sebelum diusap lembut. Rasa kasihan menerpa melihat wajah kemerahan Syahadat.

  Syahadat memandang Aizat lama.

  "Promise?" Syahadat sudah keluarkan jari kelingking. Aizat tarik senyum ikhlas.

  "Promise sayang." Dan simpulan mereka bertaut. Aizat seketika mencapai dompetnya. Satu kad dikeluarkan lalu disua pada Syahadat.

  "Ni nombor papa. Kalau ada apa-apa, call papa."

  Syahadat angguk. Kemaman bibir dieratkan. Wajah Aizat tak lepas dari jamuan mata. Dek rasa rindu yang menggebu-gebu, batang tubuh lelaki itu didakap.

  "Syah sayang papa. Papa jangan tinggalkan Syah dengan ibu lagi."

  Aizat terpana dengan tindakan drastik Syahadat. Lelaki itu diam seketika. Wajah Syuhada dikerli, jelas wanita itu sedang menahan rasa. Marah barangkali dengan si anak. Tapi, terdetik dalam hatinya... Betul ke wajahnya sama dengan papa Syahadat?

  "Okey Syah."

  Syuhada alihkan pandangan. Pandangannya kabur, laju dia lap air mata yang tumpah. Dia tak tahu kenapa tapi, situasi antara Aizat dan Syahadat... Dia rasakan seperti Farhan dalam tubuh Aizat.

  Momen yang dia pernah angan-angankan terasa dimakbulkan oleh Tuhan. Buat pertama kali Syahadat menerima pelukan seorang lelaki yang dia sangkakan seorang ayah. Seperti yang dia harapkan supaya Farhan dapat memeluk tubuh hangat Syahadat. Ya, rasa itu terlalu membuak-buak untuk menyatukan dua insan.

  Dan lihatlah saat ini...

  Tuhan, perancangan apa yang kau takdirkan buat aku dan Syah? Aku tak kuat, bisik hati kecil Syuhada.

  "Sekarang ni, Syah ikut ibu balik ya? Papa ada kerja nak buat. Syah jangan nakal-nakal. Jangan buat ibu risau lagi."

  "Okey papa. Love you."

  "Love you too."

  Syahadat laju mengucup pipi Aizat. Lelaki itu tersenyum dengan kepolosan Syahadat. Dia kemudian bangun. Wanita yang merupakan ibu Syahadat dipandang. Dia perlu perjelaskan justifikasi tindakannya. Tiada ibu di dunia suka jikalau lelaki yang tak dikenali mudah-mudah membiarkan anak mereka dekat dan rapat dengan manusia tak dikenali. Dianggap sebagai suami wanita itu, lebih parah kerana mereka tiada hubungan. Mereka hanya manusia yang berselisih di bumi Pahang ini.

  "Puan--"

  "Let's go Syah."

  Laju kaki mereka meninggalkan Aizat terkontang-kanting di situ. Aizat hanya menghantar mereka pergi walaupun sedikit terasa dengan tindakan Syuhada. Sekurangnya, dia sudah minta maaf atas silapnya tetapi kenapa gadis itu seperti tidak suka dengan dirinya? Apa-apa pun, Aizat mengaku silapnya. Tak patut dia menipu anak kecil itu. Dek kekalutan, dia tersilap langkah. Padahnya, penipuannya mula meleret panjang.

  Aizat senyum segaris lalu ditarik bagasinya pergi. Rasa penat badan memaksa dia untuk ke hotel yang didiaminya.






  SYUHADA mencabut tudung bawalnya lalu dicampakkan dirinya ke atas katil. Penat masih tak hilang. Sudahlah penat, terjadilah pula kejadian yang tak diingini. Apa nak jadilah nasib dirinya?

  Syuhada mencapai telefon pintarnya dari seluar labuhnya lalu dihidupkan. Wajah Farhan dan dirinya tersenyum mematikan pandangannya. Dia ukir senyuman kecil. Rasa rindu buat Farhan tidak akan pernah hilang. Sentiasa muncul di sudut terdalam hatinya. Dia dah pergi, dan takkan pernah kembali. Rindunya ini takkan pernah terbalas.

  "Ibu ibu!" Syahadat mula panjat katil dan bersila di sebelah Syuhada.

  "Apa Syah?"

  "Syah nak call papa."

  Senyuman Syuhada mati. Laju dia bangun. Wajah anaknya yang masih berharap dipandang lama.

  "Syah merepek apa ni?"

  "Papa bagi nombor papa. Call la ibu. Syah nak cakap dengan papa. Nak story banyak benda." Kad kerja Aizat disua pada Syuhada. Ibunya menyambut baik. Dia meneliti kad tersebut sebelum dia mencebik geram.

  Lelaki ni suka-suki je nak bercakap. Sekarang dah susah. Syahadat mula fikir papanya masih hidup. Nampaknya, makin serabutlah hidup dia.

  Syuhada raup wajah. Dia benar-benar tidak tahu perancangan takdir yang bakal terlakar.

  "Tak naklah." Kad tadi dihulur kembali. Syuhada mula bangun dan merenggangkan badan. Suasana petang di luar dijenguk sekejap sebelum bagasi hitam mereka diletakkan ke atas katil.

  Perlahan-lahan dia buka zip. Dahinya mula berkerut seribu. Satu per satu pakaian dilihat.

  Ni bukan pakaian mereka.

  Syuhada mula mengimbas memori dan wajahnya terus pucat. Sah, mereka tertukar bagasi. Aizat tidak perasan bahawa dia terambil bagasi yang bukan miliknya.

  Anaknya yang masih merenung kad kerja Aizat dipandang. Syuhada pejam mata. Pelipis terasa berdenyut-denyut. Macam mana ni?

_____

Dedicated To Wife ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon