"Hrmm... okeylah. Kesian ibu Syah ni." Syahadat mengalah. Fikirannya sudah terbayang makan tengah hari. Perutnya serta merta menyanyi. Syahdat memuncung, terpaksalah dia menahan sekejap.

  "Syah tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana. Ibu janji, ibu masuk kejap je." pesan Syuhada. Dalam hatinya dia risau untuk meninggalkan Syahadat keseorangan lagi-lagi di tempat awam sebegini tapi dia memang tak boleh tahan sekarang.

Bagaikan belatuk Syahadat menganggukkan kepala. Dia mula bercangkung di sudut dinding. Bagasi hitam di sebelahnya dibiarkan di sisi. Dagu dipangung, menghabiskan waktu menanti si ibu.





  SYUHADA membetulkan awning tudungnya melalui pantulan wajahnya pada cermin. Usai dia berpuas hati, laju dia melangkah keluar. Tempat di mana dia tinggalkan Syahadat dia tuju.

Dan-dan...

Tiada.

  Mahu putus bekalan oksigen saat Syuhada tidak nampak bayang anaknya. Yang tinggal hanyalah bagasi hitam mereka. Jantungnya mula berdegup kencang. Mata segera melilau sana sini mengharapkan Syahadat tidak menghilang jauh namun hampa.

Liur diteguk kesat

  "Syah? Syah jangan main dengan ibu please. Syah kata Syah lapar, ibu dah keluar toilet ni."

  Kosong.

  Syuhada gigit bibir. Tak sepatutnya dia tinggalkan anaknya sekecil 7 tahun itu bersendirian. Lihat apa dah jadi. Kepalanya buntu. Dia mula meramas jemarinya.  Perasaan di hati sudah gundah-gulana. Tak tenteram dirinya sejak tadi. Bahkan dia sendiri boleh mendengar degup jantungnya yang berentak pantas, ibarat mahu keluar dari tubuhnya.

Syuhada menarik bagasi mereka lalu kakinya mengorak langkah ke kaunter pernyataan yang terletak di tengah pusat lapangan terbang Kuantan.

  "Cik, boleh tak cik buat pengumuman? Anak saya hilang."

  Gadis yang bertugas hanya mengangguk.

  "Butiran?"

  "Nama dia Farhan Syahadat. Pakai baju kemeja lengan panjang warna biru, seluar jeans hitam. Dia pakai topi biru. Dia ada galas beg panda warna putih hitam."

  Gadis tadi laju mencapai mic lalu ditekan satu butang. Suaranya mula bergema di sekitar lapangan terbang Pahang tersebut. Syuhada dalam hati berdoa akan keselamatan anaknya.  Wajah Farhan serta merta terbayang. Apa dia nak jawab dengan Farhan kalau dia gagal nak jaga hasil cinta mereka? Matanya mula berkaca-kaca.

Farhan...

  "Ibu!"

  Laju Syuhada angkat kepala dan kelihatan satu budak berlari terkedek-kedek dengan beg pandanya. Semerta dia sedar gerangan kerdil itu. Terus pecah empangan mata Syuhada.

  "Syah!"

  Pandangan orang sekeliling tidak dihiraukan. Mereka tak tahu betapa nak tercabutnya nyawa dia bila anaknya hilang. Didakap anak itu penuh erat.

  "Syah pergi mana? Syah tahu tak ibu risau sangat? Syah dah tak sayang ibu ke?" Syuhada tolak bahu Syahadat perlahan. Wajah Syahadat dipandang. Diusap setiap inci wajah Syahadat.

  "I love you ibu tapi tadi Syah jumpa papa!" jelas Syahadat dengan senyuman di bibir. Syuhada kerut dahi.

  "Syah mengarut apa ni? Mana ada papa. Papa dah meninggal tujuh tahun lepas. Setiap minggu kita jumpa papa,kan? Syah lupa ke?" Rasa sebak mula menghurung sekeping hati Syuhada. Semudah itu anaknya percaya orang lain yang mengaku dirinya sebagai Farhan.

  Syuhada naik bingung. Entah gerangan mana yang sanggup mengaku dirinya sebagai papa Syahadat. Kalau dia dapat, memang dia akan tempelak lelaki tu sampai langit ketujuh, lapan, sembilan dan seterusnya! Terus hangin satu badan.

  "Sorry puan. Bukan saya suruh dia panggil saya papa tapi dia tiba-tiba datang, peluk dan jerit nama papa dia. Saya jadi kesian, saya iyakan saja apa yang dia cakap. Maaf kalau puan marah dia panggil saya papa."

"Memang saya marah! Tak ada angin, tak ada ribu, siapa awak nak mengaku--"

Ayat Syuhada tergantung sebaik dia berpaling untuk berhadapan dengan lelaki yang mengaku diri sebagai 'papa'.

Farhan.

Satu nama terlintas. Wajah di hadapannya kini saling tak tumpah seperti wajah Farhan cuma kini sedikit berjambang nipis. Yang lain, sungguh tiada yang beza. Fiturnya sama. Sebijik. Seiras.

"Puan okey tak ni?"

Syuhada pantas mengucap. Tangan mencapai bagasi milik mereka. Dia terus menarik Syahadat berlalu dan meninggalkan lelaki tadi terpinga-pinga. Panggilan dari si dia turut diabaikan.

Seluruh hatinya bergetar. Adrenalin mengalir laju. Cerebrum tak mampu menghantar impulse yang betul ke seluruh badan. Dia yakin dia bermimpi. Banyak kali dia ingatkan kepada diri sendiri bahawa Farhan telah tiada sejak tujuh tahun. Mana mungkin lelaki itu adalah Farhan.

Mustahil!

_____

Dia dah mari haha!

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now