:: chapter 11 ::

13 5 1
                                    

Kosong. Fikiranku menjadi kosong serta merta. Aku berdiri terpaku, cuba mencerna fakta yang baru dibisikkan Taehyung itu tadi. Lembap. Otakku menjadi lembap. Buat seketika, aku tidak dapat memahami apa maksud bicara lelaki itu.

"Jerit.. banyak kali?" Aku mengerutkan dahiku. Bodoh sementara.

Taehyung tersenyum sinis. Dia kemudiannya menepuk-nepuk bahuku sebelum melangkah pergi. Di saat aku mula memahami maksud ayatnya tadi, Taehyung sudah pun ghaib dari pandanganku.

"Bedebah kau!"

Dalam keadaan marah, aku terus berlari sekuat hati untuk mendapatkan lelaki itu. Ketika aku tiba di lobi hospital, Taehyung sudah pun masuk ke dalam Mercedes hitamnya yang sudah sedia menunggu. Aku menyumpah seranah akan staminaku yang lemah. Tak guna! Aku takkan dapat mengejar dia kalau begini!

"SYAITAN!! JANGAN LARI!!!" Aku melaung sekuat hatiku.

Taehyung yang sudah pun memasukkan separuh tubuhnya ke dalam kereta melambai ke arahku. Sejurus pintu kereta ditutup oleh pembantunya, kenderaan itu terus meluncur pergi. Meninggalkan aku yang masih tercungap di lobi. Aku cuba mengejar kenderaan itu namun ianya hanya sia-sia apabila kereta itu bergerak semakin laju. Aku yang semakin berang terus menyumpah seranah.

"SYAITAN!!! JANGAN LARI!!! BIAR AKU BUNUH KAU!! BIAR AKU BUNUH KAU!!!! DASAR PENGECUT!!!" pekikku sekuat hati. Kerikil jalanan yang tidak berdosa tidak pasal-pasal menjadi mangsa sepakan geramku.

Aku yang tidak dapat menahan perasaanku akhirnya jatuh tersungkur di jalan tar. Air mataku tumpah deras. Membayangkan saat akhir Yeri di tangan durjana itu menyakitkan hatiku. Membayangkan rasa takut yang dialami gadis kesayanganku sebelum detik kematiannya cukup merobekkan jantung. Aku mengetap gigiku dengan geram. Kereta hitam itu aku hanya mampu ku ekori dengan anak mata.

"Aku sumpah Kim Taehyung, aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri. Aku sumpah!"

***

Aku mengeluarkan segala barangan yang ada dari dalam laci meja dapurku. Aku menterbalikkan isinya ke atas lantai sebelum mencari senjata yang boleh aku gunakan. Semuanya tumpul. Semuanya tidak mempunyai kuasa untuk membunuh. Pisau sompek. Screw driver patah. Bodoh Yoongi! Kau sepatutnya sekurang-kurangnya menyimpan pisau daging tajam dalam rumah. Tidak berputus asa, aku menyelongkar lagi segala isi rumahku. Bawah katil. Atas almari. Tak ada! Kurang ajar! Tuhan juga tidak mahu memihak denganku ketika situasi seperti ini.

"Kau cari apa Yoongi?" soal tuan rumah ketika wajah dempaknya terjengul di muka pintu.

Aku yang malas melayan mengabaikannya, meneruskan usaha pencarianku. Lelaki itu yang semestinya dapat membaca niatku berdasarkan selerakan alatan tajam di lantai mula mengerutkan dahinya tidak senang.

"Kau nak cari Kim Taehyung ke?"

Mulutku spontan mendesis mendengar nama binatang itu. Rasa marahku semakin meluap membayangkan wajah sinisnya padaku siang tadi. Bukan main bangga syaitan tu membunuh Yeri nampaknya.

"Bukan cari sahaja. Aku akan bunuh dia! Aku akan cincang dia! Aku akan lumatkan dia! Aku akan hancurkan dia! Sejuta kali ganda lagi teruk dari apa yang dah dia buat pada Yeri!" deramku penuh kebencian.

Tuan rumah melepaskan keluhan tidak senang. "Kau tahu kan dendam tidak akan pernah berakhir dengan baik?"

"Memangnya hidup aku baik kah selama ini? Tuhan tidak pernah adil terhadapku. Manusia tidak pernah adil terhadapku. Dalam hidupku cuma ada Yeri dan bedebah itu dah ambilnya dariku. Lagipun ini bukan dendam. Ini pengadilan. Aku sedang memberikan syaitan itu erti pengadilan yang sebenar. Kalau undang-undang tidak mampu menghukumnya, biar aku sahaja yang mengajarnya!"

"Suga, baik kau fikir semula masak-masak. Kalau kau pergi dapatkan Taehyung pun, aku yakin kau sendiri yang akan mati dibunuh. Dia kaya, banyak kroni, banyak pengawal. Kau seorang diri tidak akan berdaya melawan dia. Kau sendiri yang akan rugi nanti. Kematian Yeri juga tidak akan dapat dibela. Aku yakin ada cara yang lagi baik untuk menghukum anak orang kaya tu."

Aku terus jatuh melutut di lantai. Spanar karatku terlepas dari tangan. Air mataku gugur lagi. Sesungguhnya aku sangat cengeng mengenangkan Yeri. "Kalau begitu, cara apa lagi yang harus aku lakukan. Yeri sangat kasihan. Dia tidak bersalah. Dia terlibat dalam hal ini kerana dia ingin menolong aku. Sepatutnya dari awal lagi, aku menjauhkan diri dari Yeri. Pasti Yeri masih hidup lagi. Bahagia dengan alam kolejnya. Semua ini salahku... semua ini salahku..." rintihku lemah. Bahuku tersenggot-senggot apabila aku menangis teresak-esak. Tuan rumah yang simpati terhadapku terus memelukku sebelum menepuk bahuku.

"Aku tidak tahu bagaimana tetapi aku yakin pasti ada cara lain. Membunuh Kim Taehyung semestinya bukan salah satu daripadanya."

Mendengar kenyataan dari tuan rumah membuatkan aku terus termenung jauh. Memandang alatan tumpul yang mungkin tidak akan mencalarkan Taehyung walau sedikit pun. Memang benar, aku langsung tidak mempunyai daya. Aku tidak mempunyai kekuatan super mahupun senjata canggih. Pisau pun tumpul. Inikan pula untuk aku membunuh Taehyung. Tetapi ini tidak bermakna aku perlu berdiam diri. Kematian Yeri perlu dibela. Aku yang semakin serabut menggosok-gosok rambutku tidak keruan. Apa yang harus aku lakukan memangnya?

"Sa-Saya mungkin ada cara untuk tangkap Kim Taehyung," kata satu suara tiba-tiba. Aku yang terkejut memandang ke arah pemiliknya. Seorang gadis dengan mata bengkak dan wajah dibasahi air mata sedang berdiri di muka pintu. Wajahnya kelihatan takut-takut tapi ada tekad yang kuat pada matanya.

Aku mengerutkan dahiku. "Kau kawan Yeri kan?"

"Ya. Kita pernah bertemu sebelum ini. Saya Tzuyu," ujarnya memperkenalkan diri.

Aku memandangnya dengan curiga. "Apa kau buat dekat sini?"

Tzuyu yang kelihatan sedikit menggeletar menarik nafas dalam. Matanya meliar di lantai rumahku, cuba mencari kekuatan untuk menyokong dirinya."Sa-Saya terdengar apa yang Taehyung katakan pada awak dekat hospital tadi... Pa-Pasal dia bunuh Yeri..."

Aku mendiamkan diriku seketika. "Jadi?"

"Sa-Saya bercadang nak bantu awak tangkap Kim Taehyung. Masukkan dia ke lokap. Balas segala perbuatan jahat dia. Terhadap Yeri. Terhadap semua perempuan tu."

Aku menaikkan keningku. "Maksud kau?"

Tzuyu yang tadinya kelihatan ketakutan kini memandang tepat pada mataku. Aura yakin menguasai dirinya seolah-olah dia sudah membuat keputusan paling besar dalam hidupnya. Aku semakin tertanya-tanya.

"Saya mungkin ada rahsia paling besar Kim Taehyung dan saya jamin rahsia ini pasti akan buat Kim Taehyung jatuh."

Aku memandang Tzuyu dengan pandangan tidak percaya. "Rahsia apa?"

"Rahsia koleksi rambut Kim Taehyung," jawabnya yakin. 


Bersambung....

rain in my summer | min yoongi [on-going]Where stories live. Discover now