:: chapter 3 ::

12 6 0
                                    

"Kau tak takut ke dengan aku?" soalku ketika gadis itu datang lagi ke rumahku. Bila aku maksudkan lagi. Aku benar-benar maksudkannya kerana hampir setiap hari Yeri datang ke rumahku, membawa makanan, ubatan dan kadang-kala hanya untuk melihatku memarahinya. Dan yang paling aku tak faham sekali, untuk siapkan assignment. Apa yang seronok sangat di rumah aku ni pun aku tak tahu.

"Tak..."

"Kenapa? Penduduk kampung kan kata aku macam-macam... Pembunuh, perogol, penyangak, pembuli, rosak akhlak... Kau tak takut aku apa-apakan kau?"

"Hurm... tak..."

"Hah?" Aku mengangkat keningku. Yakin sekali gadis itu menjawab pertanyaanku. Macam mana dia boleh yakin sangat ni?

"Sebab saya tak rasa awak orang yang macam tu..."

"Atas dasar apa kau cakap macam tu?"

"Naluri..."

"Naluri? Kau ni peliklah..." Aku ketawa mendengar jawapannya. "Sebab naluri lah kau tolong aku hari tu ni kiranya?"

"Mungkin..." balasnya sambil melemparkan senyuman manisnya.

"Kau memang budak pelik..." balasku sambil menggelengkan kepalaku.

***

"Yoong, betul ke saya dengar awak pernah hampir bunuh orang?"

Aku yang sedang menjamah makanan yang dibawa Yeri untuk aku hampir tersedak

"Mana kau dengar benda ni?"

"Khabar angin..."

Aku mengigit bibirku dengan rasa kurang senang. Akhirnya, Yeri tahu juga. Yalah, satu daerah ni mana yang tidak tahu kisah aku kan? Aku sudah dapat mengagak sahaja aku akan berhadapan dengan situasi ini suatu hari nanti, situasi yang paling aku takutkan sekali.

"Haah," jawabku malas berdalih. Aku tidak berani memandang wajah Yeri pun ketika itu.

"Kau hampir nak bunuh siapa?" soalnya lagi.

Aku yang masih tidak berani memandang matanya berpura-pura khusyuk dengan hidanganku. Aku mencapit beberapa ketul sosej sebelum menyumbatkannya dalam mulutku. Aku kena cool. "Anak chaebol... Dia dengan kawan-kawan dia kacau aku. Aku cuma nak lindungi diri aku je. Tapi, aku tak sangka tumbukan aku hampir nak bunuh dia." (detailskan pasal anak chaebol tipu semua org yg suga cari pasal dulu)

Yeri menganggukkan kepalanya beberapa kali. "Maksudya, awak tak salah la kan? Awak cuma nak lindungi diri awak? Tapi, kenapa orang kampung masih nak salahkan awak?"

Aku tersenyum sinis mendengar soalan itu. "Anak chaebol tu cakap dengan semua orang yang aku yang cari pasal dahulu. Aku tak boleh nak buat apa... Orang lagi percayakan si kaya dari si miskin..."

"Ye ke? Teruknya... Tu ke sebab semua orang tak suka awak?"

"Lebih kurang la..."

"Penduduk tak adil! Walaupun anak chaebol tu kaya, diorang tak patut buat macam tu!"

"Nak buat macam mana kan... Tapi, kau percayakan aku?" soalku dengan kening terangkat. Bagaikan tidak percaya dengan reaksi gadis itu tadi.

"Nae, saya percayakan awak... Kenapa?"

"Tak, cuma pelik je... Selama ni, tak ada siapa nak percayakan aku. Ni... pertama kali... Dia rasa macam pelik sikit..." kataku terharu.

Yeri ketawa kecil melihat reaksiku itu. "Yoongi kiyowo," katanya sambil mencubit pipiku yang penuh dengan sosej itu.

Aku yang rimas terus menepis tangannya. Tak pernah-pernah orang cubit pipiku sebelum ni.

"Awak pernah dengar tak pasal Whale 52?" soalnya kepadaku tiba-tiba.

Aku yang sedang mengunyah nasi menggelengkan kepalaku. "Tak... Apa tu?"

"Ikan paus. Entah kenapa saya rasa awak ni macam ikan paus tu..."

"Ya! Suka-suka hati kau nak samakan aku dengan binatang!"

"Bukan... Maksud saya, awak dengan paus tu ada persamaan..." kata Yeri sambil duduk berteleku di hadapanku. Matanya memandang tepat ke wajahku membuatkan aku sedikit berdebar. Eh, dah kenapa ni...?

"Persamaan apa?" Aku memandang nasiku semula, mengelakkan matanya.

"Whale 52 ni paus istimewa yang hanya ada satu je dekat dunia ni. Setiap tahun, dia akan bersuara untuk memanggil paus-paus lain. Tapi sayangnya, tak ada seekor pun paus yang menyahut."

"Kenapa macam tu?" Aku mula menunjukkan minat.

"Sebab not frekuensi dia tinggi sangat, paus lain tak boleh nak dengar panggilan dia. Sebab tu Whale 52 digelar The Loneliest Whale In The World. Tapi ada orang cakap, Whale 52 makin frust dari tahun ke tahun. Dia tak faham kenapa tak ada paus lain sahut dia. Dia rasa diri dia keseorangan. Dia nak sangat paus lain jawab dia...

Aku mengangkat keningku. "Jadi, apa kaitan dengan aku?"

"Saya pun rasa awak sama. Awak cuma nak orang lain dengar apa yang terbuku di hati awak. Tapi sebab tak ada siapa nak dengar, awak jadi keseorangan. Tapi, jangan risau... Saya dah dengar panggilan awak tu... Biar saya jadi the 2nd whale untuk awak..." kata Yeri sebelum tersenyum dan meletakkan tangannya di atas tanganku.

Wajahku ketika itu terus bertukar kemerahan. "Merepek..."

***

"Pulangkan balik!!" pekikku ketika Yeri merampas kertas coretanku. Aku yang tidak mahu dia melihat isinya mengejarnya ke sekeliling rumah burukku. Yeri yang seronok mengenakanku ketawa bagai nak gila.

"Apa ni, Yoong?" Yeri melihat isi kertasku dan mula membacanya dengan kuat. "...Di tengah-tengah lautan ini.... Seekor paus kesunyian sedang menangis...Walau sekuat mana ianya berteriak, tiada siapa yang menyahutnya...Akhirnya ia kesunyian dan memilih untuk mendiamkan diri... Walau siapa aku di masa lalu, aku tidak peduli lagi..."

Wajahku ketika itu sudah merah padam.

"Eh, tak tahu pulak Yoong ni orangnya puitis.... Woahhh" Yeri mengetawakan aku sebelum menepuk tangan dengan girang. Aku yang tidak dapat menahan lagi rasa maluku mengejar lagi gadis itu.

"BAGI BALIK!!!" pekikku.

"TAK NAK!! NAK BACA SAMPAI HABIS!!"

Aku akhirnya berjaya merenggut hujung blouse gadis itu dan menariknya ke arahku. Yeri yang terkejut tidak dapat mengimbangi dirinya dan akhirnya kami berdua terus terjatuh di atas lantai.

"Ahhhh..." Aku menggosok-gosok kepalaku yang sakit kesan terhantuk di lantai. Aku cuba bangun dari jatuhku itu sebelum menyedari sesuatu sedang terbaring di atasku. Ketika itu, aku dapat merasakan nafas gadis itu di atas dadaku. Yeri yang kelihatannya turut baru menyedari hal itu memandangku dengan cemas.

"Ah, maaf.... Maaf..." katanya sambil beralih dari badanku. Wajahnya kemerahan. Aku juga tanpa disangka-sangka dapat merasakan wajahku bertukar panas buat seketika. Perasaan apakah ini...?!

rain in my summer | min yoongi [on-going]Where stories live. Discover now