:: chapter 5 ::

8 5 1
                                    

"Yoong..." sapa gadis itu ketika dia datang ke rumahku pagi itu. Wajahnya yang sembab menunjukkan dia mungkin menangis sepanjang perjalanan ke rumahku tadi. Aku memandangnya dengan serba salah. Perbualan Yeri dengan ayahnya tadi masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Aku menatap wajahnya dalam-dalam. Terdapat kesan merah yang jelas di pipi gadis itu. Pasti tu kesan tamparan tadi... Keluhan terus meluncur dari bibirku.

"Yeri, baliklah... Kau tahu kan kau tak boleh berada dekat sini..."

"Tak... Saya tak tahu... Kenapa saya tak boleh berada di sini?" suaranya mula bergetar.

"Kau tahu, Yeri. Jangan nak pura-pura tak tahu..."

Aku yang tidak sanggup memandang wajahnya lagi terus berpaling ke belakang, berniat untuk masuk ke dalam rumahku sebelum esakan Yeri mula kedengaran. Nampaknya gadis itu menangis semula. Tindakannya ini membuatkan aku terhenti.

"Saya tak faham... Kenapa semua orang macam ni...?"

Aku ketika itu mengigit bibirku dengan geram. Kalaulah aku juga tahu kenapa...

"Baliklah, Yeri... Aku merayu... Tolong jangan timbulkan masalah lagi... Dah cukup dah yang ada ni... Aku tak nak kau..."

"Tak nak. Saya nak duduk sini. Semua ni terjadi sebab orang kampung ingat awak bunuh semua orang tu... Hakikatnya awak tak bunuh pun kan? Kenapa nak takut? Kita tak buat benda salah..."

"Ianya tak mudah, Yeri... Kalau orang kampung tu percaya cakap aku, dari awal lagi aku takkan kena pulau macam ni... Hakikatnya anak chaebol tu dah racun fikiran penduduk, aku tak boleh nak buat apa... Ni takdir yang aku..."

PANG! Satu tamparan hinggap dipipiku ketika itu. Yeri telah memusingkan badanku secara mengejut dan menampar pipiku. Aku yang tersentak memegang pipiku yang berdenyut-denyut sebelum memandangnya.

"Saya tak pernah jumpa orang selemah awak dalam hidup saya... Awak sepatutnya bela diri awak tapi awak biarkan orang pijak diri awak... Jangan risau... Kalau awak tak nak buat, biar saya buat!" katanya dengan air mata yang berjujuran sebelum berjalan pergi meninggalkan aku.

Aku ketika itu hanya mampu mengeluh perlahan. Semuanya makin rumit sekarang...

***

Aku baru sahaja pulang dari kerjaku di kedai dobi seperti biasa apabila aku terlihat kelibat Yeri di simpang itu. Aku yang masih tidak dapat melupakan situasi semalam terus menyorokkan badanku dibalik tong sampah untuk melindungi diriku. Tindakanku ini ku kira berjaya kerana Yeri langsung tidak menyedari kehadiranku.

Aku baru sahaja ingin menarik nafas lega apabila gadis itu tiba-tiba membelok ke kanan simpang. Aku mengangkat keningku kebingungan. Bukan rumah dia dekat simpang kiri ke? Simpang kanan kan bandar? Tertanya-tanya dengan arah tujunya, aku mengekori gadis itu.

Mulutku hampir melopong apabila aku tiba di lokasi yang menjadi destinasi Yeri. Sebuah rumah agam besar yang hanya layak dimiliki oleh watak utama drama fikirku. Aku mengerutkan dahiku. Dah kenapa dia ke sini? Ni rumah siapa pula?

"Maaf, Encik Kim ada?" soal gadis itu kepada mikrofon kecil di tepi pagar. (macam dalam drama korea.. yang owner rumah boleh cakap dengan orang kat luar tu...)

"Encik Kim ada. Ada apa ya?" balas suara dari mesin itu.

"Saya nak jumpa dia boleh?"

"Cik siapa?"

"Kim Yerim. Saya ada urusan dengan Encik Kim."

"Oh, masuklah." Sesaat kemudian, pintu rumah itu terbuka dan Yeri masuk ke dalam rumah itu.

Aku yang tadinya menyorok di dalam semak berdekatan terus berlari ke pintu utama rumah itu. Aku merenung nama yang tercatat di plak nama di situ. Dahiku aku kerutkan dengan rasa kurang senang.

"Kediaman Kim V... Bukan ke ni...?"

***

Didorong rasa ingin tahu, aku memanjat pagar rumah itu secara senyap-senyap. Kelakuanku itu hampir sahaja terbongkar dengan tukang kebun rumah itu yang muncul secara tiba-tiba. Mujur sahaja pakcik tua itu berpatah balik. Kemudian, dengan langkah terjengket-jengket aku masuk ke dalam rumah itu, cuba mencari Yeri. Aku cuba mengesan keberadaan gadis itu. Namun, hampa menguasaiku. Rumah tu besar sangat.

"APA NIIIIIIIII??!!!!"

Aku yang terkejut dengan teriakan itu membulatkan mataku. Bukan ke tu suara Yeri?

"LEPASKAN AKU!!! LEPASKAN AKU!!"

Teriakan itu semakin lama semakin kuat dan semakin terdesak kedengarannya. Peluh sejuk menitis dari dahiku. Apa yang terjadi? Aku yang semakin risau menolak satu per satu pintu bilik itu. Mana ni? Arghhhhhh, cepatlah! Yeri dalam bahaya!

BAM! Aku menolak satu pintu dan jantungku bagai nak gugur melihat situasi di dalam bilik itu. Yeri yang menangis teresak-esak sedang terbaring di atas katil dalam keadaan baju blousenya terbuka butangnya. Di atasnya pula terbaring seorang lelaki sedang mengucup leher gadis itu sambil tangannya meraba-raba ke dalam pakaian Yeri. Darahku terus menyirap dan semakin menyirap apabila aku melihat wajah pelaku perbuatan durjana itu. Kim Taehyung, si pemfitnahku ketika sekolah dahulu!

"KURANG AJARRRR!!!" pekikku sebelum menghayunkan penumbukku tepat ke wajahnya.

rain in my summer | min yoongi [on-going]Where stories live. Discover now