:: chapter 6 ::

9 5 2
                                    

"Kau tahu kan apa pun yang korang buat, aku akan terlepas?" kata Taehyung sambil menyilangkan kakinya dan duduk dengan angkuh di balai itu. Senyuman sinis tertampal di wajahnya sambil dia memandang aku dan Yeri. Aku yang sedang menenangkan gadis itu yang masih teresak-esak hanya mampu mengetapkan gigiku. Nasib dibalai, kalau tak dah lama aku belasah budak ni.

Tidak lama kemudian, pegawai polis datang semula ke kaunter aduan itu sambil membawa fail. "Saya rasa Encik Kim Taehyung harus dilepaskan. Tiada bukti yang menunjukkan Cik Kim Yerim dicabul oleh Encik Kim Taehyung."

Aku membeliakkan mataku tidak percaya. "ENCIK DAH GILA KE? BUKTI TERANG-TERANG..."

"Saya tak rasa aduan dari seorang bekas pembunuh dikira sebagai bukti yang kukuh. Dan tengoklah, saya rasa Cik Kim Yerim tak apa-apa... Saya rasa dia baik-baik sahaja."

Aku mengigit bibirku dengan geram. "HABIS TU TAKKAN DIA NAK DATANG DENGAN BAJU TERLONDEH PULAK!!! BERAPA DUIT YANG KIM TAEHYUNG DAH BAYAR HAH??!!"

"Kalau Encik berkelakuan biadap dekat sini, saya akan masukkan Encik pula ke dalam balai! Jadi, jaga mulut Encik!"

Aku mengepalkan tanganku dengan geram. Kurang ajar punya Taehyung!

"Nampaknya saya dihantar ke sini atas aduan yang tidak berasas. Tikus-tikus ni membuang masa saya kelihatannya..."

"Maafkan saya, Encik Kim..."

"Tak apa. Ini memang tugas awak. Awak dah jalankan tugas awak dengan betul. Alang-alang saya dibalai ini, saya pula nak buat aduan. Saya nak buat aduan dekat Min Yoon-Gi atas tuduhan menceroboh rumah saya dan saya juga nak failkan saman malu atas tuduhan yang dia buat tadi."

Aku memandang lelaki itu dengan pandangan tidak percaya. "KURANG AJAR KAU KIM TAEHYUNG!!! KAU NAK GUNAKAN NAMA AKU LAGI!!!"

"Aku tak gunakan. Kau memang salah pun di sini."

"ARGHHHH!!!"

"Kali ni aku yakin kau akan ke penjara!" kata Kim Taehyung sinis. "Encik Polis, cepatlah saya nak membuat aduan ni..."

Aku mengusut-ngusutkan rambutku dengan geram apabila aku melihat polis itu mula menaip-naip sesuatu di komputernya. Kurang ajar! Maruah Yeri tak terbela dan sekarang aku ke balai pula!

"Saya... ada bukti..." kata Yeri tiba-tiba. Aku menaikkan keningku kebingungan. Setelah berdiam diri sejak tadi, tiba-tiba Yeri bersuara pula.

"Bukti apa?" soalku.

Dengan tangan terketar-ketar, gadis itu mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya, perakam suara.

"Dekat dalam pita ni, ada rakaman suara Taehyung yang dedahkan pasal plot dia perangkap Yoong beberapa tahun dulu dan ada rakaman suara dia cuba mencabul saya. Saya rasa bukti ni sudah cukup kan Encik polis?"

***

"Saya lega semuanya dah selesai. Nama awak dah bersih, orang tak halang kita berkawan lagi..." kata Yeri beberapa hari selepas kejadian itu berlaku. Aku yang turut sama lega menarik nafas dalam-dalam. Udara kebebasan, fikirku. Setelah Taehyung ditahan polis, khabar angin tentang kejadian itu cepat sekali tersebar di kawasan kejiranan itu. Sejak hari itu, persepsi penduduk mula berubah. Mereka tidak menghina aku seperti dahulu lagi walaupun mereka masih mengabaikan aku. Malu mungkin, fikirku.

"Aku pun... Tapi kau ni pun satu. Kenapa buat benda macam tu terburu-buru? Nasib baik aku ekori kau. Kalau aku tak ekori kau apa yang terjadi agaknya. Dah lah Taehyung hampir sentuh kau. Aku rasa macam nak mati tau tak nampak benda tu jadi," keluhku. Yeri yang berjalan di sebelahku hanya menundukkan kepalanya, diselubungi rasa bersalah mungkin.

Aku kemudiannya menghentikan langkahku dan memusingkan Yeri agar kami berhadapan. Aku memandang tepat ke matanya sebelum berkata, "Janji dengan aku, jangan buat perkara macam ni lagi".

Wajah Yeri sedikit kemerahan ketika itu.

"Janji tak?"

"Janji... Yoong ni bising lah! Semua dah selamat, kan?" rungutnya sebelum meninggalkan aku. Aku yang ditinggalkan hanya ketawa di belakang.

"Tunggu la..."

"Tak nak!"

***

Aku sedang meneguk minumanku apabila mataku entah kenapa tertarik dengan sesuatu, bibir Yeri. Aku hampir tersedak apabila menyedari kelakuanku itu. Macam mana aku boleh terpandang bibir dia yang lembut, pink, cantik, mungil.... ARGHHHH!!! Apa kena dengan aku ni???!!!

"Yoong, kenapa?" soalnya apabila aku terbatuk-batuk.

"Tak-Tak ada apa-apa..."

Ianya tidak berakhir di situ apabila aku mula memerhatikan collarbone gadis itu yang tersorok disebalik kolar bajunya. Kalaulah aku boleh... Apa yang aku fikirkan ni????

"Yoong....? Okay tak?" soalnya apabila melihat wajahku yang kemerahan.

"Okay... okay..."

"Yoong peliklah..." katanya sebelum ketawa kecil. Aku yang tidak tahu hendak berkata apa hanya membalas ketawanya.

Aku kemudiannya menggaru kepalaku kebingungan. Kenapa aku jadi macam ni? Aku dah start pandang dia sebagai perempuan ke? Yoon-Gi kau jangan lupa dia tu terpelajar, kau tu miskin. Tak layak dengan dia... Dia sudi berkawan dengan kau pun kau dah patut bersyukur. Jangan lebih-lebih, Yoon-Gi!

***

Kami berdua baru sahaja keluar dari gerai makan itu ketika Yeri menarikku ke tepi tiba-tiba. Aku yang kebingungan mengikuti sahaja tindakannya sebelum memandangnya dengan dungu.

"Kenapa?"

"Cepat, lindung muka awak!!" bisiknya sambil memalingkan badannya ke belakang. Aku yang masih tidak mengerti hanya berdiri dengan bingung.

"Cepat..." bisiknya lagi sebelum memusingkan badanku. Sungguhpun begitu, tindakan Yeri itu dikira agak terlambat kerana orang yang ingin dihindarinya itu terus memanggilnya dari jauh.

"Yeri!!!"

Yeri terus mendesis ketika itu.

"Ahhh, Tzu-yu... Lama tak jumpa..." balasnya sambil melemparkan senyuman tidak ikhlas.

"Awak buat apa dekat sini?"

"Saya...? Jalan-jalan lah..."

"Ohh, ini siapa?" soal gadis bernama Tzuyu itu apabila dia menyedari kehadiranku.

"Dia..."

"Oh, ini ke teman lelaki awak yang awak cakap tu? Min Yoon-Gi?"

Aku terus membulatkan mataku. Teman lelaki?

Wajah Yeri entah kenapa kemerahan ketika itu. "Aishhhh!!!"

"Ya! Kau nak pergi mana?!" pekikku ketika gadis itu terus meninggalkan kami berdua.

"Jangan tanya!" balasnya pendek sebelum hilang dalam kegelapan malam.

Tzuyu yang kebingungan memandangku dengan tertanya-tanya. "Saya ada salah cakap ke?"

"Saya tak tahu..." balasku sambil mengangkat bahuku. Aku kemudian menunduk hormat kea rah Tzuyu sebelum mengikut jejak Yeri. Sepanjang aku berlari mengejarnya itu, fikiranku dipenuhi dengan pelbagai soalan. Teman lelaki? Yeri mengaku aku teman lelaki dia depan kawan-kawan dia ke? 

rain in my summer | min yoongi [on-going]Where stories live. Discover now