:: chapter 9 ::

7 5 0
                                    

"KELUAR KAU, YOONGI! DASAR PEMBUNUH!!"

"KAU MEMANG CELAKA!!"

Bunyi riuh berkumandang dari halaman rumahku. Aku yang sedang berbaring di katil burukku terus bangun menuju ke luar. Setelah sepanjang malam tidak dapat melelapkan mata, aku yang serabut sudah tidak mampu lagi untuk melayan kerenah manusia. Rela sahaja aku mengamuk memukul mereka semua. Asalkan aku dapat melepaskan puting beliung yang menyesakkan di dadaku ini.

"KAU MEMANG TAK GUNA!!! BERANI KAU BUNUH BUDAK PEREMPUAN TU!!!"

"AKU DAH CAKAP SEKALI PEMBUNUH SELAMANYA PEMBUNUH!!"

"DIA NI MEMANG TAK BOLEH PERCAYA!!"

Penduduk kampung yang berkumpul mula memakiku sejurus melihatku. Seperti kebiasaannya, ada antara mereka yang memegang kayu, batu dan berbagai senjata, siap sedia untuk memukulku. Aku memutarkan bola mataku. Siapa pula mati kali ni?

Seorang gadis yang menangis teresak-esak mara ke hadapan. Meludahku secara tiba-tiba. Matanya bengkak teruk seperti sudah menangis berjam-jam lamanya. "KAU MEMANG BINATANG!! YERI PERCAYAKAN KAU!! DIA BELA KAU!! SETIAP MASA DIA PUJI KAU!!! DIA KATA KAU TEMAN LELAKI TERBAIK!! KAU BUDIMAN!!! TAPI INI YANG KAU BALAS!!! AKU HARAP KAU MATI!!! MATI YOONGI!!!" pekik gadis itu  sebelum dia datang memukulku dengan tangannya. Namun, tindakannya itu segera dihalang oleh beberapa orang kampung yang berdiri di sebelahnya.

Kalau bumi itu diperbuat dari kaca, pasti ianya sudah pecah sekarang ini. Kalau ianya diperbuat dari air, pasti kering sekarang ini. Kakiku yang tadinya sekeras besi kini selonglai jeli. Air mataku mula bergenang. Tidak percaya dengan apa yang aku dengar.

"Ye-Yeri?" soalku memandang orang kampung, mengharapkan jawapan. Namun seperti biasa, hanya pukulan yang menjadi balasan.

##

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Siling putih menjadi penyambutku. Aku yang masih pening-pening lalat cuba mengingat apa yang terjadi sebelum fikiranku terus menerpa ke arah Yeri.

"YERI!!!!" pekikku tiba-tiba. Aku cuba bangun tetapi dihalang oleh sepasang tangan gempal. Tuan rumah sewa ku memegang kedua tanganku sebelum mengisyaratkan aku untuk baring semula. Namun aku yang sudah tidak keruan, berkeras untuk meninggalkan katilku, mencari Yeri! Melihat wajah manisnya untuk menyangkal auta merapu yang ku dengar tadi! Itu tidak mungkin sama sekali! Merapu! Yeri masih hidup!

"Dia dah tak ada Yoongi. Mereka jumpa mayat dia pagi tadi dekat lombong. Di-dibunuh," jelas tuan rumah sedikit tergagap. Wajahnya kelihatan sugul sekali menyebabkan aku tidak dapat mengesan sebarang kebohongan dari wajah dempak itu.

Tubuhku yang tadinya penuh kekuatan bagai lembu dipalu jadi longlai tak bermaya. Aku terbaring lemah. Tanganku terketar-ketar kerana menahan kesedihan. Dadaku menjadi sebak yang teramat sekali. "Di-Dibunuh?"

Tuan rumah mengangguk perlahan. "Aku simpati Yoongi di atas kehilangan kau."

"Tak mungkin. Saya baru jumpa dia malam tadi," balasku lemah. "Kami baru berbual. Lepas tu dia keluar.. Lepastu..." Aku teringat tindakan ku yang membiarkannya keluar seorang diri. Aku teringat amarahku padanya yang membuatkan gadis itu jauh hati. Semua memori malam tadi mula berpusar semula dalam kepala. Mencari mana silapnya. Mana logiknya. Ini gila!

"Saya tak percaya! Selagi saya tak jumpa Yeri! Selagi saya tak nampak dengan mata kepala saya sendiri tubuh Yeri! Saya takkan sesekali anggap Yeri dah tak ada! Tak mungkin! TAK MUNGKIN!!!!!"

##

Lantai bumi bagaikan tanah jerlus yang menyedutku ketika aku melihat tubuh pucat itu. Yeri kaku terbaring sepi di dalam kamar mayat itu. Wajahnya sepucat salji. Tiada lagi rona merah darah di pipi dan bibirnya. Tiada lagi senyuman manis. Tiada lagi tawa hilai. Semuanya tiada. Hanya ada jasad kosong yang tidak berpenghuni.

Lututku yang lemah terus kehilangan kekuatan untuk menampung tubuhku.Tuan rumah yang menemaniku segera menyambutku yang sudah menangis teresak-esak. Bagai orang gila tetapi aku sudah tidak peduli lagi. Duniaku hancur dengan perginya Yeri.

"Siapa- Siapa yang bunuh kau?!" rintihku. Aku terus memeluk erat tubuh gadis itu, tidak mahu melepaskannya. Tidak mahu menganggap ianya realiti. Oh, Tuhan! Jadikan ianya mimpi! Jadikan ianya fantasi! Aku mahu bangun dari tidur ini sambil Yeri mengomel mengutip pakaian kotorku. Aku mahu dimarahinya kerana tidak habis makan. Aku mahu dicubit kerana mencuri-mencuri mengucupnya ketika tidur. Aku mahu semua ini berakhir. Aku mahu semua ini pergi. Aku mahu Yeri! 

rain in my summer | min yoongi [on-going]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum