Jungkook naikkan kening.

" Bila bila kau free nanti, jumpa aku "

Lalu Taehyung terus pergi meninggalkan Jungkook yang terpinga-pinga.

***

" Ma, tadi Hannah nampak ada aunty ni pakai rantai yang sama dengan kita punya " Beritahu aku kepada mama yang sibuk memotong daun bawang di dapur.

" Yeke? Sama macam kita punya? " Tanya mama, meminta kepastian. Sup daging di dalam periuk dikacau setelah meletak bahan-bahan ke dalam periuk.

Aku mengangguk dua kali.

" Ha ah. Dia cakap dia beli untuk dia dengan anak dia jugak. Tapi tak heran lah sebab mama pun belikan untuk Hannah jugak kan? "

" Beli untuk anak dia jugak? "

Aku mengangguk kepala lagi.

Kata-kata aku membuatkan mama tersentak sedikit. Tangannya berhenti mengacau sup daging.

Terkedip-kedip dungu aku pandang mama. On the way nak kena rasuk ke apa ni?

" Ma, kenapa? " Aku menyenggol lengan mama.

Mama terus tersentak dari lamunan dia, kembali ke realiti.

" Hah? Oh, tak ada apa apa " Mama menggeleng kepala seraya tersenyum pendek.

Aku mengangkat bahu melihat kelakuan mama yan tiba tiba berubah menjadi aneh tu.

" Aunty, dah siap masak ke? Nak Kook tolong? "

Soal Jungkook sambil memasuki ruangan dapur. Selamba betul dia berjalan masuk. Aku pandang dia tidak percaya. Rasanya aku dah halau dia tadi.

" Kau buat apa dekat sini? Kan aku dah suruh balik?! " Jerkah aku. Jungkook sengih dan pandang mama.

" Hannah, mama yang suruh Jungkook datang. Dah, pergi sediakan meja. Kita makan sama sama ya? "

" Mama! Jungkook ada rumah sendiri kan? " Aku merengek kecil. Aku pandang Jungkook di sebelah yang sudah tersengih-sengih kemenangan. Aku siku kang.

" Aunty Jeon takde kat rumah. Takkan nak biarkan Jungkook makan maggie je? Kesian dia bodoh nanti macam kamu "

Ayat terakhir mama membuatkan aku mendengus geram. Bukan nak backup aku. Aku menghentak-hentak kaki tanda protes.

" Mama ni ! "

" Kalau tak nak lambat makan, dengar cakap mama ya Hannah? "

Aku menggulingkan bebola mata.

" Hm yela. Sini, kau! " Aku menarik telinga Jungkook dengan kuat dan mengheretnya keluar dari ruang dapur.

Kau ingat kau raja rumah ni?

" Kau sediakan meja. Aku nak naik atas mandi " Arah aku.

" Anything for you baby "

" Ee aku tibai kau satgi ! "

***

Aku tak tahu lah apa masalah Taehyung.

Sekejap dia baik dengan aku. Sekejap dia buat tak kenal aku.

Ni dah masuk seminggu dia tak cari aku, tak bercakap dengan aku. Seakan-akan dia langsung tak kenal aku.

Pandang aku pun dia tak nak. Totally like a stranger .

Suka tau mainkan hati aku sampai macam ni hm.

Tak kisah lah. Yang janji aku nak cakap dengan dia juga.

Aku duduk di bangku taman kampus. Bibir dijuihkan sambil kepala tersengguk-sengguk mencari kelibat Taehyung.

Haih tunggu dia pun macam tunggu duit jatuh dari langit.

Tak lama selepas tu, aku nampak susuk tubuh lelaki yang aku tengah tunggu sedang keluar dari kereta.

Senyuman lebar mula memancar di wajah. Ketika dia lalu di kawasan taman, aku terus berlari anak untuk mendapatkan Taehyung.

Bahunya aku tepuk perlahan. Mungkin dia tersentak, bahu dia terhinjut sikit dan dia berhenti berjalan untuk pandang aku.

" Hai hihi " Aku tersengih. Taehyung cuma menayangkan wajah kosong.

" Penat aku tunggu kau tau tak? "

" Tak suruh tunggu aku pun " Balas Taehyung datar. Aku mencebik.

" Jom lah masuk kelas sama sama. Dah alang alang kan? " Aku menyenggol lengan dia dengan kening diangkat-angkat nakal.

Taehyung melepaskan keluhan panjang lalu sambung berjalan. Aku cepat cepat jalan di tepi dia. Tak nak kena tinggal.

" Tae, kau kenapa ek dah seminggu tak cari aku? " Soal aku.

" Cakap dengan aku pun kau tak nak. Ee, macam bagi fakehope je kau ni " Sambung aku.

Taehyung diam saja. Langsung tak tergerak nak balas kata kata aku ni. Hm, tabah jelah cakap dengan tunggul kayu.

" Hmm Taehyung, nanti lepas kelas kita pergi makan jom? Nak tak? "

Sekali lagi aku dengar keluhan keluar dari mulut Taehyung. Dia berhenti melangkah. Aku turut begitu.

" Jung Minhee, boleh tak kau berhenti buat macam kita ni rapat sangat? "

Lepas dengar ayat tu, jantung aku rasa bagaikan ditikam kuat. Serta merta senyuman aku mati.

" T-tapi .. "

" Aku tak kenal kau dan aku bukan kawan kau. Mind your own business " Ucapnya kemudian ingin melangkah pergi.

Aku terasa hati dengan ayat dia.

Tak perlu lah cakap sampai macam tu dekat aku. Aku pun ada perasaan.

Baru saja Taehyung hendak pergi, ada seorang perempuan datang menghampiri dia.

Aku usya perempuan tu atas bawah.

" Taehyung "

Ok Im Eunhye rupanya.

[C] One More Time • Kim TaehyungWhere stories live. Discover now