68 - Tariff tak dibenarkan

Comincia dall'inizio
                                    

Melihat Syariff yang sudah lena , Adelia menggoyangkan tangannya di hadapan Syariff buat beberapa kali. Wajah Syariff ditenungnya dengan dekat , diam-diam dia mencium pipi Syariff dan mendekati telinga Syariff.

"Tariff rindukan babah. Cepat sembuh tau babah." bisik Adelia. Dengan beralaskan lengannya di sisi katil , dia mula tidur secara duduk.

Pagi itu , Adelia yang bangun terlebih dahulu daripada Syariff. Sebelum Syariff bangun , Adelia segera membersihkan dirinya. Sejak bangun tadi , dia terus khabarkan berita Syariff sudah sedar kepada ahli keluarga yang lain. Pasti , sekejap sahaja lagi mereka akan tiba.

Adelia memandang ke arah Syariff yang masih lagi nyenyak walaupun dia sudah selesai membersihkan dirinya. Ni lah orang yang kata dia dah terlebih tidur. Gaya tidur macam tak tidur !  Bubur untuk sarapan pagi pun jururawat dah hantar. Kenapa tak bangun lagi ?

"Takkan lah ?" Adelia mula risau.

Dia mendekati katil Syariff. "Syariff , bangun. Bangunlah , Syariff !" tubuh Syariff digoncangnya sekuat hati.

Terus tersedar Syariff. Dia memandang Adelia dengan muka terkejut. "Kenapa ni ?" Adelia segera memeluk leher Syariff.

"Li..Lia ingat abang tak sedarkan diri. Lia ingat abang akan buat Lia tunggu lagi. Lia ingat—" Adelia terdiam saat dia merasakan Syariff menggosok lembut belakang badannya , memujuknya agar bertenang.

"Saya takkan buat awak tunggu saya lagi." balas Syariff.

Adelia merenggangkan pelukan mereka. "Saya sediakan air untuk bersihkan awak pagi ni. Lepas tu kita makan ya ? Family yang lain mungkin akan sampai sekejap sahaja lagi." kata Adelia.

Syariff tidak pula bising. Dia hanya ikut sahaja apa yang Adelia suruh. Melihat Adelia lap badan dia membuatkan dia tergelak kecil.

"Kenapa ?" soal Adelia.

"Rasa macam mimpi , bangun-bangun dari tidur tuptup dah ada wife. Cantik pula tu." kata Syariff. Adelia mencubit hidung Syariff.

"Aou ! Sakitlah." adu Syariff.

"Awak tu bukan mimpi tapi lupa." tegur Adelia.

"Masa untuk breakfast !" kata Adelia apabila selesai membersihkan Syariff untuk pagi ini. "Thank you , Sayang." ucap Syariff. Baru nak suap Syariff , Adelia baru teringat sesuatu.

"Awak makan sendiri dulu. Saya nak call Vince jurp." tanpa menunggu balasan Syariff , Adelia terus melangkah keluar dari wad itu. Syariff memandang mangkuk bubur di hadapannya dengan pandangan kosong.

Adelia segera membuat panggilan kepada Vince. Dia takut dia dah terlambat.

"Tuanku." tegur Vince sebaik sahaja panggilan berjawab.

"Jangan benarkan Tariff ikut sama." arah Adelia.

"Tuanku , Tariff—"

"Mamma !" tiba-tiba kedengaran suara Tariff kuat dari hujung sana.

"Tariff , Vince tengah bercakap dengan mamma kan ?" tegur Adelia.

"Mamma , Tariff dah siap nak jumpa babah. Mamma ada nak pesan apa-apa tak ?" soal Tariff.

"Mamma tak benarkan Tariff ke hospital." kata Adelia. Terus terdiam Tariff apabila mendengar arahan Adelia. Dia tahu Adelia serius dengan maksudkan yang dia tidak dibenarkan.

"Kenapa ?" soal Tariff sepatah , nada suaranya juga berubah serius.

"Babah tak sihat."

"Tapi kenapa Tariff tak boleh ?" soal Tariff dengan nada suara yang makin meninggi. "Tariff , mamma kena off call."

"Mamma , kenapa Tariff tak boleh ke hospital ?" desak Tariff.

"Sebab nanti Tariff yang sedih." balas Adelia sebelum dia menamatkan panggilan. Tariff memandang lama telefon Vince walaupun panggilan sudah ditamatkan.

"Tuan muda Tariff." tegur Loki , risau dia apabila Tariff tiba-tiba sahaja berubah angin. Tadi bukan main ceria.

"Saya tak pergi." kata Tariff sebelum berlari naik ke biliknya. Loki memandang Vince untuk penerangan.

"Tuan Puteri Adelia tak benarkan Tariff ikut serta." terang Vince bersama keluhan kecil.

"Kenapa ?"

"Tu bukam urusan kita , Loki." tegur Vince. Terus tertunduk kepala Loki. "Maafkan saya Cik Vince."

"Dah , buat kerja kamu." arah Vince sebelum dia beredar.

Adelia yang baru sahaja selesai menamatkan panggilan terduduk lemah di tempat menunggu. Dia boleh bayangkan bertapa kecewanya Tariff saat ini.

Keadaan Syariff yang baru sahaja sedar membuatkan dia tidak mahu mendera atau mendesak Syariff untuk ingat apa yang berlaku sekarang. Kedatangan Tariff nanti bukan sahaja melukakan Syariff tetapi akan melukakan Tariff juga.

Adelia lebih rela Tariff marah dan kecewa padanya sekarang daripada kecewa dan bersedih yang babah dia tidak ingat siapa dia. Perihal Tariff , Syariff perlukan masa.











×××
Jangan marah marah gengz

Adelia HumairaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora