1 - Lusia

26K 1.2K 36
                                    

Adelia menoleh ke arah papanya , Tuan Wafiq Zaith. Dia sangkakan mereka pulang ke rumah papanya di Pulau Pinang kerana setiap kali tiba musim cuti sekolah , dia akan duduk sebulan dengan keluarga belah papanya. Maka , setiap kali tiba giliran papanya dia akan terbang sendiri ke Pulau Pinang tetapi kali ini perjalanan di dalam kapal terbang lebih lama daripada biasa.

"Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian , kita akan tiba di Lusia dalam masa 10 minit lagi. Diminta semua penumpang duduk ditempat masing-masing dan memakai tali pinggang keselamatan." Ucap kapten yang bertugas.

Lusia ?

Tuan Wafiq perasan yang anak gadisnya memandang ke arahnya dengan muka seperti bertanyakan kepadanya arah tujuan mereka. "Kita akan sampai Lusia." kata Tuan Wafiq. Adelia masih memandangnya , kali ini dengan riak muka bertanyakan kenapa.

"Bila dah sampai papa akan terangkan semuanya." kata Tuan Wafiq lagi.

Setelah mereka mendarat , keluar sahaja dari perut kapal terbang mereka tiga beranak dijemput oleh sekumpulan lelaki bersuit hitam. "Selamat kembali Tuan Putera dan Tuan Puteri." Ucap seorang lelaki yang bersuit grey , berbeza dengan sekumpulan lelaki yang berpakaian suit hitam. Lelaki itu berdiri di sisi papa bersama ipad di tangannya.

"Selamat datang ke Lusia , Tuan Puteri Adelia Humaira." ucap lelaki itu. Adelia memandang pelik ke arah papanya saat mendengar namanya disebut oleh lelaki tadi.

"Izinkan patik perkenalkan diri patik. Patik adalah pelayan ayahanda tuan puteri." kata lelaki itu. "Tuan Puteri Adelia boleh panggil Patik , Syam." kata lelaki itu lagi. Adelia hanya diam tidak membalas.

"Syam , bilik Lia dah sedia ke ?" soal Putera Wafiq.

"dah Tuanku. Baginda begitu teruja hendak berjumpa dengan cucunya Tuanku." cerita Syam.

Adelia seperti mula faham apa yang berlaku di sekelilingnya dan siapa dirinya. Dia dapat rasakan bahawa kehidupannya akan berubah. Puteri Kasih perasan akan raut wajah anak tirinya yang berubah. Dia memeluk erat bahu Adelia. "Mommy and papa ada, sayang. Untuk maklumat sayang , nenda tak sabar untuk berjumpa dengan Lia." kata Puteri Kasih.

" Nenda ?"

"atuk." terang Puteri Kasih. Dia faham kalau Adelia tidak begitu biasa dengan Bahasa istana.

.

.

.

.

.

.

Maybach hitam yang dinaiki mereka tiba di kawasan istana. Pagar dibuka luas oleh pengawal keselamatan sebaik sahaja kelibat Maybach hitam kelihatan. Berderet - deret kereta masuk ke dalam kawasan istana mengiringi Maybach hitam. Pintu gerbang istana sahaja sudah cukup melambangkan bertapa mewahnya kawasan istana ini. Adelia memerhatikan sahaja taman-taman bunga di kiri dan kananya. Terdapat juga kolam di tengah-tengah taman. Semua pekerja yang sedang bekerja berhenti melakukan aktiviti mereka dan berdiri tegak menghadap kereta Maybach hitam bagaikan memberi hormat pada keluarga istana itu.

Adelia memandang pelik ke arah mereka sebelum menoleh ke arah Puteri Kasih. Dia tak tahu lah ini memang protokal setiap istana atau hanya di Lusia sahaja. "Lia akan biasa dengan semua ni" kata Puteri Kasih.

Tidak lama selepas itu , kereta mereka berhenti di hadapan sebuah bangunan utama istana. Tergamam Adelia melihat saiz bangunan itu. Besar dan berdiri megah bagaikan melambangkan kekuatan dan kehebatan keluarga diraja. Saat pintu dibuka oleh pelayan istana , Tuan Puteri dan Tuan Putera melangkah keluar terlebih dahulu. Tersenyum mereka melihat reaksi puteri mereka.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now